Perkahwinan Meghan Markle dengan Putera Harry menjadi sorotan seluruh dunia. Bukan kerana Harry yang dahulunya dikenali memiliki ramai teman wanita, sebaliknya disebabkan keturunan Megan yang berkulit hitam.
Bekas pelakon Hollywood yang merupakan wanita berketurunan Afrika-Amerika di sebelah ibunya berkahwin dengan Putera Harry pada 2018 dan kini dikurniakan dua cahaya mata. Seiring dengan perkahwinannnya itu, Meghan secara automatic menjadi kerabat Diraja dan bergelar Duchess of Sussex.
Namun tahukah anda Meghan bukanlah wanita kulit hitam pertama yang menjadi kerabat Diraja bergelar dalam sesebuah institusi Diraja negara barat.
Sebaliknya Angela Gisela Brown terlebih dahulu menjadi seorang puteri apabila dia berkahwin dengan Putera Maximillian dari negara kecil, Leichtenstein pada tahun 2000. Putera Maximillian menrupakan anakanda kedua Putera Hand Adam II dan Puteri Marie.
Setelah berkahwin dia kini digelar Puteri Angela dan memiliki seorang cahayamata dikenali sebagai Putera Alfons yang dilahirkan pada tahun 2001. Jika dilihat mengenai persamaan di antara Angela dan Meghan, mereka berdua sama-sama lebih tua berbanding suami mereka.
Angela memiliki jarak umur 11 tahun dengan Putera Maximillian manakala Meghan pula tiga tahun lebih tua berbanding Putera Harry.
Seperti Meghan, Angela juga merupakan seorang warganegara Amerika Syarikat yang mana dia dan keluarganya bermastautin ke negara tersebut dari Panama pada usia lima tahun.
Angela merupakan seorang pereka fesyen sebelum bergelar kerabat Diraja dan dia pernah bekerja bersama jenama terkemuka, Adrienne Vittadini. Dia merupakan bekas pejalar Parsons School of Design.
Angela memilih untuk mereka sendiri rekaan busana perkahwinannya saat berkahwin dengan Putera Maximillian. Namun apa yang menarik mengenai busana tersebut, jika diamati gaun perkahwinan Meghan Markle yang direkan oleh rumah fesyen Celine kelihatan hampir sama seperti rekaannya. Suratan atau kebetulan?
Kini pada usia 64 tahun, Puteri Angela bahagia bersama suaminya dan keluarga Diraja ini cukup privasi tentang kehidupan mereka, namun kadang-kala mereka tetap muncul di majlis keraian untuk negara kecil tersebut.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.