Tinggal beberapa hari lagi kita akan menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri. Sudah tentu, waktu ini warga kota tengah sibuk membuat persiapan untuk pulang ke kampung halaman.
Tambahan lagi, dengan pengumuman Perdana Menteri mengenai pengecualian bayaran tol bagi Lebuhraya PLUS dan LPT serta diskaun antara 30 hingga 50% di lebuhraya yang lain. sudah pasti memberi keterujaan kepada penguna lebuh raya untuk pulang beraya.
ARTIKEL BERKAITAN : 30 Lebuh Raya Tawar Tol Percuma Sempena Aidilfitri Ini
Namun, musim perayaan inilah setiap tahun kita mendengar tragedi kemalangan jalan raya yang cukup menyayat hati. Pelbagai faktor yang boleh menyebabkan kemalangan tetapi punca yang paling tinggi adalah disebabkan oleh kecuaian pemandu itu sendiri.
Antara sebab utama kemalangan berlaku ialah apabila pemandu terlelap ketika memandu atau dikenali sebagai microsleep.
Untuk pengetahuan korang, Microsleep bermaksud dimana seseorang itu terlelap buat seketika tanpa disedari dan biasanya ia tidak lebih daripada 30 saat di mana pada ketika ia berlaku individu tersebut hilang kesedaran dan tidak mempunyai fungsi responsif terhadap perkara sekeliling.
Berikut 8 tip mudah bagaimana untuk mengelakkan microsleep berlaku ketika memandu.
Elakkan daripada memandu ketika korang berasa kurang alert. Sebaiknya mulakan perjalanan ketika badan berasa paling segar yang maksima.
Rancang perjalanan dengan baik mengikut waktu tidur. Ingatlah tidur yang mencukupi dapat memberikan kondisi fizikal yang lebih peka dengan sekeliling.
Jika memandu jarak jauh carilah teman sekurang-kurangnya seorang. Memandu seorang diri dalam perjalanan jauh cukup membosankan.
Semasa memandu sentiasalah ingat untuk fokus pada jalan raya dan juga kenderaan lain. Jika kita sentiasa beringat InsyaAllah perjalanan akan bertambah selamat.
Jika balik bersama ahli keluarga atau kawan-kawan berinteraksilah dengan mereka dari semasa ke semasa. Jangan biarkan kesemua penumpang tidur dalam satu masa.
Apabila berhenti di R&R, ambil masa 5 hingga 10 minit untuk regangkan badan, berjalan dan basuh muka untuk badan yang lebih segar. Pengaliran arah yang baik boleh memberikan keselesaan bukan sahaja kepada fizikal tetapi mental.
Bagi perjalanan yang lebih efisyen berhentilah setiap 2 atau 3 jam perjalanan. Jangan paksa diri untuk memandu terlalu lama.
Sekarang terdapat beberapa jenis apps anti-tidur yang terdapat di pasaran. Gunakan apps ini untuk membantu korang daripada tertidur semasa memandu. Ia akan berbunyi dan bergegar selang beberapa minit megikut tetapan.
Jadi apakah penyebab utama microsleep?
Punca utama ia berlaku ialah disebabkan badan berasa penat dan berlaku terutamanya bila kurang tidur. Ia juga berlaku dalam situasi bila seseorang berdepan dengan perkara yang dilakukan secara berterusan seperti memandu atau menonton TV. Lebih mengantuk korang rasa lebih tinggi korang berdepan risiko microsleep.
Tambahan jika memandu pada waktu siang di bulan puasa, ia pasti memberi cabaran yang agak tinggi buat pemandu. Jangan kerana perkara ini berlaku nyawa korang dan penumpang yang lain berdepan risiko kemalangan.
Stay safe dan selamat sampai ke destinasi yang igin dituju.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.