Pada minggu lalu, REMAJA pernah melaporkan mengenai penjualan tiket seawal 7 pagi untuk tayangan filem Avengers: Endgame di pawagam GSC dan TGV Malaysia.
Berita tersebut sedikit sebanyak telah mengejutkan netizen yang tidak percaya ketaksuban penonton di Malaysia yang ingin merebut tiket filem tersebut pada minggu pertama tayangannya, sehinggakan pawagam perlu membuat slot tayangan ekstra.
Nampaknya, peminat siri Marvel di Indonesia juga mengalami simptom yang sama. Tetapi mereka advance sedikit, Avengers: Endgame di sana akan mula ditayangkan bermula jam 5 pagi.
Ads
Sebelum waktu solat Subuh tu!
Info tular ini pada awalnya dikongsikan di akaun Facebook ‘Fans Filem Box Office’. Tertera di posting tersebut yang 12 pawagam Cinemaxx terpilih di Indonesia akan mula menayangkan filem tersebut seawal jam 5 pagi pada 24 April ini.
Ads
Ia akan terus ditayangkan sekerap mungkin hingga jam 5 pagi pada 25 April agar seramai mungkin peminat Avengers boleh menonton pada hari pertama tayangan.
Hebatkan?
Harapnya, penonton di Indonesia tidak memuat naik apa-apa spoilers lah pada hari itu.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berkahwin di usia muda adalah perkara biasa dan sudah dipraktikkan sejak dahulu lagi dan ini boleh dilihat pada perkahwinan ibu bapa kita dahulu kala. Banyak kebaikan yang boleh diperolehi sekiranya korang menamatkan zaman bujang di usia yang masih muda.
Namun, ramai di antara rakyat Malaysia kini terlalu mementingkan kerjaya, perkahwinan dan membina keluarga bukanlah menjadi keutamaan mereka.
Berbeza dengan pelakon, Elfira Loy, 29, yang sudah hampir empat tahun melayari bahtera rumah tangga menyifatkan perkahwinan adalah satu tanggungjawab yang tidak mudah untuk digalas.
Memetik laporan Harian Metro, Ibu kepada dua cahaya mata ini berpendapat bahawa banyak pengorbanan yang perlu dilakukan dalam memastikan kehidupan rumah tangga kekal harmoni dan bahagia.
“Sebelum berkahwin, persepsi saya terhadap perkahwinan ini berbeza dan selepas melaluinya memang apa yang saya fikir sebelum ini tak sama.
“Saya rasa orang yang dah berkahwin saja akan tahu apa itu perkahwinan sebenar. Ia bukan mengenai dua hati saja.
“Selain itu, banyak pengorbanan dari sudut perasaan, kerja, hati serta masa. Hanya orang yang matang boleh melaluinya. Kalau tak matang memang akan selalu ada pergaduhan sepanjang perkahwinan,” katanya.
BERKAHWIN KETIKA KERJAYA DIPUNCAK
Ditanya kenapa dia memilih untuk mendirikan rumah tangga ketika namanya berada di puncak, Elfira berkata, soal populariti bukan sesuatu yang dikejarkan selama ini.
“Itu bukan keutamaan dari awal saya masuk dalam bidang hiburan ini. Saya bergelar artis sebab nak kukuhkan nama. Segala gelaran atau penghargaan yang diberi, itu semua orang yang beri. Saya hanya fokus kepada kehidupan sendiri dan tak pernah rasa perbezaan itu,” katanya.
Dalam pada itu, Elfira turut menasihatkan sesiapa yang ingin berkahwin muda supaya mencari ilmu mengenai perkahwinan terlebih dulu.
“Perkahwinan ini bukan mudah. Jadi kena cari ilmu mengenai perkahwinan terlebih dulu baru ambil keputusan berkahwin.
“Perkahwinan ini bukan sekadar suka sama suka, kemudian ajak berkahwin. Banyak ilmu yang perlu dipelajari.
“Bagi saya, melayari rumah tangga ini perlu ada keikhlasan. Ikhlas itu yang akan buat semua benda menjadi mudah,” katanya.
Untuk info, Elfira mendirikan rumah tangga dengan Faris Khairol Anwar pada 1 Januari 2019 di Cyberjaya. Pasangan ini dikurniakan dengan dua cahaya mata, Rayyan dan Aria.
Kepayahan berkahwin pada usia muda memang tak disangkal, jadi kahwinlah bila sudah bersedia dari semua segi okay!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Buat kali pertama sejak kelahiran puteri sulung Ayda Jebat dan Nabil Mahir pada 21 September lalu, pasangan selebriti itu telah berkongsi wajah bayi mereka menerusi Instagram.
Bayi seberat 2.77 kilogram semasa dilahirkan di sebuah pusat perubatan dekat Kuala Lumpur kelihatan cukup comel dengan sepasang mata berwarna seakan-akan kelabu cair. Sambil memuat naik foto tersebut, Ayda dan Nabil turut berkongsi nama yang diberikannya untuknya.
Bukan saja Ayda dan Nabil memuat naik foto Ana Nayla di akaun media sosial masing-masing, mereka juga telah mencipta akaun Instagram khas untuk Ana Nayla. Untungnya menjadi bayi popular bualan orang ramai, akaun tersebut telahpun mencecah 53.4 ribu pengikut (setakat artikel ini dikarang) biarpun usia Nayla baru mencecah seminggu.
Catat ‘Ana Nayla’, “Assalamualaikum uncle aunty. Ana Nayla sayang semua. Doakan Ana Nayla selalu ya!”
Di akaun Ayda pula, kapsyennya berbunyi, “Sepatutnya keluar harini tapi tak sabar nak jumpa uncle aunty hihi! Doakan Ana Nayla supaya sentiasa selamat, disayangi dan menjadi anak yang baik ya.”
Sebelum ini, Ayda dan Nabil sering menggelar puteri sulung mereka ini sebagai Baby Wuff. Proses pembedahan caesarean terpaksa dilakukan setelah bayi tersebut dilahirkan seminggu lebih awal berbanding jadual sebenar.
Walaupun dunia semakin berubah dengan pantas, esen kepada ciri-ciri kepimpinan masih sama seperti zaman terdahulu.
Sejak kecil, kita dibesarkan dengan kisah-kisah pemimpin hebat dunia Islam yang banyak mengubah corak kepimpinan dan kehidupan masyarakat Islam sedunia.
Mungkin sempena Pilihan Raya Umum ke 14 ini, kita boleh mengharapkan agar ciri-ciri lima pemimpin hebat Islam ini ada dalam diri calon mana-mana parti.
Gemar Turun Padang
Walaupun diberikan tampuk kuasa pemerintahan, ia tidak harus disalah guna untuk menguntungkan diri sendiri dan orang terdekat. Sebaliknya, rakyat yang memerlukan bantuan dibela.
Saidina Umar al-Khattab mudah menitiskan air mata jika ada rakyat yang kelaparan. Beliau tidak mampu untuk tidur dengan nyenyak sehinggalah dapat memastikan perut rakyat terlah terisi dengan makanan.
Dalam bahasa mudah, seharusnya pemimpin sentiasa berusaha untuk menjamin rakyat dapat hidup dengan selesa.
Membantu Dengan Ikhlas
Satu hari, Saidina Umar al-Khattab bertemu dengan seorang ibu yang memasak batu hanya untuk menghiburkan anaknya yang menangis kelaparan. Semuanya gara-gara tidak mampuk memiliki makanan.
Pada waktu itu juga, beliau memikul sekarung gandum dari gudang negara untuk diberikan kepada wanita tersebut namun merahsiakan kerja amalnya itu. Dalam dunia sekarang, janganlah pemimpin mengharapkan liputan media untuk datang sebelum mereka menghulurkan tangan bantuan.
Ikhlaslah ketika membantu rakyat.
Pikul Amanah Negara
Pemimpin hebat, Khalifah Umar bin Abdul Aziz akan memastikan rakyat di bawah kepimpinannya tidak lagi terdiri daripada golongan penerima zakat. Penurunan statistik kemiskinan semasa zamannya menjadi penanda betapa sistematik cara beliau menguruskan amanah dan ekonomi negara.
Berani Pertahankan Rakyat
Panglima kaum Muslimin, Salahuddin al-Ayyubi menghabiskan separuh daripada kehidupannya untuk membebaskan negeri Muslim daripada cengkaman penindas. Bagi beliau, tidak sejengkal pun tanah kaum Muslimin boleh dihina atau dirampas oleh sesiapa pun.
Beliau pantang menyerah tatkala berada di medan jihat sehingga beliau begitu disegani oleh pemimpin dunia pada waktu tersebut.
Sumber: Timbalan Mufti Perak
* * * * *
Diharap bakal pemimpin daripada mana-mana parti boleh mencontohi sifat kepimpinan yang ada pada mereka ini. Bukan sekadar menaburkan janji manis dan beramah mesra semasa tempoh berkempen saja.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...