Selepas hadir dengan filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah, pelakon dan usahawan terkenal, Nur Fazura bakal muncul dengan naskhah terbaharu lakonannya selepas enam tahun tidak mewarnai kaca televisyen.
Menurut pelakon karya popular Pisau Cukur, dia mendedahkan tiada watak-watak yang menarik dan kekangan masa untuk menguruskan perniagaannya punca dirinya sudah lama tidak muncul menerusi naskhah tempatan.
ARTIKEL BERKAITAN: Enggan Bawa Watak Stereotaip, Fazura Mahu Angkat Martabat Wanita Menerusi Produksi Jenama Sendiri
“Saya kini sedang dalam pengambaran drama. Baru sahaja selesai pengambaran dengan TV3 dan sekarang bersama Astro pula. Jadi, bulan ramadan ini jangan muak lihat muka saya ya.
“Sudah semestinya, saya dah lama rindu nak kembali berlakon. Cumanya, tiada watak-watak yang menarik dan kekangan masa dengan perniagaan saya. Tetapi, Alhamdulillah kali ini rezeki,” katanya kepada Remaja.
Dalam pada itu, pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin ketika ditemui semasa majlis pelancaran koleksi raya, Fazbulous Raya 2024 berkongsi, dia menzahirkan keterujaan akhrinya dapat mengubati kerinduan para peminatnya setelah ‘terpikat’ dengan tawaran-tawaran projek yang diterimanya itu.
Pada masa sama, ibu kepada seorang cahaya mata itu berharap penonton dapat menerima lakonannya selepas lebih lima tahun tidak muncul dalam naskhah.
“Bagi saya, tahun ini saya terpikat dengan tawaran-tawaran projek yang saya terima. Jadi, pastinya saya sangat gembira untuk kembali semula di kaca televisyen selepas enam tahun. Ya, saya teruja! Sekali lagi, jangan bosan ya lihat muka saya.
“Subhanallah, terima kasih kepada semua kerana ramai yang bertanya bila saya nak kembali berlakon semula.
“Harap saya dapat memenuhi permintaan anda semua. Sebenarnya insecure dengan lakonan saya okey ke tidak. Tetapi harapnya semua suka ya,” tuturnya panjang.
Sekadar informasi, Nur Fazura mencuri perhatian ramai apabila bergandingan bersama suami tercintanya yang juga aktor, Fattah Amin menerusi filem hit Pendekar Awang: Darah Indera Gajah.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Nur Fazura