Kemelut rumah tangga pelakon, Puteri Sarah Liyana dan pengarah, Syamsul Yusof dilihat semakin menghampiri ke penghujungnya susulan kehadiran Puteri Sarah di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada pagi ini bagi memfailkan tuntutan cerai.
Sewaktu ditemui di perkarangan mahkamah oleh rakan pemberita, Puteri Sarah yang ditemani pasukan peguam Syarie dan adik-beradiknya berkata, dia lega semuanya akan terjawab dan selesai tidak lama lagi.
Sembilan tahun katanya bukan satu tempoh sekejap untuknya mendirikan rumah tangga dengan Syamsul. Tambahan pula, tarikh pembicaraan pada 7 Mac itu signifikan buat mereka berdua memandangkan 8 Mac merupakan tarikh ulang tahun kesembilan Puteri Sarah bergelar isteri kepada Syamsul.
Menjawab pertuduhan sesetengah warganet yang menganggap Puteri Sarah sebagai seorang wanita yang menolak poligami dan seorang isteri yang derhaka kerana meminta cerai daripada suaminya, ini respon beliau.
“Sebenarnya, poligami itu indah kalau seorang suami itu berlaku adil dan meminta izin. Tapi sebab Sarah ditipu dan benda pun dah terjadi, jadi ini adalah jalan terbaik untuk Sarah. Alhamdulillah Sarah telah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri secara baik. I did my best.
“Sarah sudah bincang dengan keluarga dan sudah bertemu Ustaz serta Ustazah juga untuk menyelesaikan masalah. Tapi sama juga,” kata Puteri Sarah.
Kongsinya lagi, doa beliau semasa mengerjakan ibadah Umrah tempoh hari telahpun terjawab apabila konflik yang mengancam rumah tangganya terdedah juga.
Selain itu, Puteri Sarah juga mengakui nombor telefonnya sudah tidak lagi dihalang (unblocked) oleh Syamsul dan ia sedikit sebanyak memudahkan mereka menyusun masa perjumpaan untuk berbincang.
Namun tegasnya, sebarang perbincangan selepas ini akan diiringi oleh kehadiran peguam mereka.
BACA LAGI: Walaupun Berada Di Set Lewat Malam, Puteri Sarah Tetap Hadir Di Mahkamah – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.