Sebulan Bertunang, Yonnyboii Dan Pasangan Selamat Bernikah Dalam Diam

Share

Tahniah kami ucapkan buat Yonnyboii dan pasangannya Nik Nazira!

Hanya mengambil masa sebulan  bertunang, penyanyi muda berbakat besar  Yonnyboii atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin telah selamat bernikah semalam iaitu pada 26 November 2021 dengan pasangannya Nik Nazira Nariman, 22.

Gambar Pertunangan: Instagram Nik Nazira

Tiada angin tiada ribut, tahu-tahu selamat bernikah. Alhamdulillah.

Hal ini agak mengejutkan kerana sebelum ini mereka memaklumkan majlis perkahwinan mungkin diadakan pada Januari 2022. Yonnyboii memuat naik satu perkongsian di laman sosial dengan caption ringkas memperkenalkan isterinya.

“Bismillahirrahmanirrahim, hai isteri” 🤍

 

Malah menerusi Instagram isteri kepada pelantun suara lagu ‘Salahku’, Nik Nazira turut memuat naik gambar persandingan selepas mereka bernikah. Majlis ini hanya dihadiri ahli keluarga terdekat dan ia dijalankan secara tertutup.

ARTIKEL BERKAITAN : Imran Aqil & Yonnyboii Harap Situasi Tidak Keruh Sebabkan Isu ‘Tunang’

Walau bagaimanapun, majlis persandingan akan diadakan pada tahun hadapan berkemungkinan sama tarikh dengan perancangan awal yang didedahkan kepada media.

 

Posting tersebut dibanjiri komen positif dari rakan artis, kenalan rapat dan juga peminat mereka. Rata-rata mengucapkan selamat pengantin baru dan mendoakan agar penikahan Yonnyboii dan Nik Nazira terus berkekalan hingga ke akhir usia dan dikurniakan zuriat yang soleh serta solehah.

Gambar : Instagram Yonnyboii

Dah jodohkan…bagus la mempercepatkan benda yang baik. Sama cantik sama padan pasangan ni kan…

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: Instagram yonnyboiiniknazira

 

Published by
Nana