Korang dah menjejakkan kaki ke Saloma link? Satu tarikan memukau terbaru di Kuala Lumpur.
Menariknya Saloma Link ini, jambatannya ditaburi dengan cahaya lampu LED dengan berlatarbelakangkan pemandangan pencakar langit KLCC.
Dengan adanya jambatan ini, warga kota boleh berjalan kaki dari Kampung Baru ke KLCC dalam masa 10 minit sahaja, berbanding lebih 30 minit jika melalui jalan raya yang sibuk sebelum ini.
Jambatan ini mengetengahkan konsep sirih junjung dan menjadikan Bridge of Peace di Tbilisi, Georgia sebagai inspirasi
Maka, berpusu-pusulah orang awam terutamanya ‘instaworthy’ berkunjung ke jambatan itu untuk melihat sendiri tarikan terbaru di Kota Kuala Lumpur ini sambil menambah koleksi gambar di instagram.
Menyakitkan Mata
Malangnya, walaupun sudah masuk tahun 2020 satu sifat yang mungkin tidak sepenuhnya orang kita buang ialah tentang menjaga kebersihan di tempat awam. Twitter Cyberjaya Info memuat naik sebuah gambar kesan tumpahan air berperisa di laluan jambatan yang menyakitkan mata.
Jangan bawa minuman, bubble tea, Setabak di Pintasan Saloma ni.
Orang ramai, jalan sikit je memang boleh berlanggar dengan orang lain.
Sama-sama kita jaga kebersihan. ❤️ pic.twitter.com/lGRbKGkYiv
— Cyberjaya Info (@Twt_Cyberjaya) February 10, 2020
Jangan bawa minuman, bubble tea, Setabak di Pintasan Saloma ni. Orang ramai, jalan sikit je memang boleh berlanggar dengan orang lain. Sama-sama kita jaga kebersihan.
Saloma Link Kotor
Pastinya tempat tular seperti ini dipenuhi orang ramai dalam masa terdekat. Seharusnya, kita sendiri peka untuk menjaga prasarana barulah sentiasa kelihatan cantik dan terjaga.
Kalau tidak, harapanlah mahu melihat negara sendiri seindah tarikan pelancongan di negara lain.
Respon Netizen
Rata-rata netizen memberikan respon yang sama iaitu tidak setuju dab menyelar dengan perangai rakyat yang tidak menjaga kebersihan harta benda awam.
Untuk info, Saloma Link merupakan sebuah projek jambatan pejalan kaki sepanjang 370 meter yang menghubungkan Lorong Raja Muda Musa 3 berhampiran stesen LRT Kampung Baru dengan Jalan Saloma yang terletak di sisi bangunan Menara Public Bank, tidak jauh dari Menara Berkembar Petronas (KLCC).
Ish apa la perangai macam ni kan, apa pula pendapat korang?
Sumber : Twitter Cyberjaya Info