Secawan Kopi Mampu Kurangkan Risiko Dijangkiti COVID-19?

Share

Kopi antara minuman paling popular di dunia kerana rata-rata masyarakat memilih kopi sebagai hidangan tidak kira ketika waktu pagi atau pun sewaktu berehat bersama teman-teman.

Jika tidak, masa kan terdapat banyak coffee house yang wujud di seluruh dunia dengan aneka pilihan pelbagai jenis kopi.

Ada yang menganggap minuman kopi boleh menyebabkan ketagihan. Tidak pasti sama ada benar atau tidak, tapi sebagai peminat kopi kami juga tidak menafikan yang ketagihan kopi sememangnya wujud. Hiks!

Untuk peminat tegar minuman kopi, Remaja nak kongsikan satu berita baik untuk korang. Satu kajian ilmiah telah dijalankan dan hasilnya menunjukkan bahawa dengan minum secawan kopi setiap hari dapat mengurangkan risiko anda dijangkiti COVID-19.

Dalam satu laporan yang dikeluarkan oleh Fox News, melalui kajian ilmiah yang diterbitkan di Nutrients yang dilakukan oleh para saintis dari Northwestern University terhadap lebih 40,000 peserta yang telah dibahagikan mengikut faktor umur, jantina dan sejarah perubatan.

Para penyelidik mendapati bahawa mereka yang minum secawan kopi atau lebih setiap hari mempunyai kurang risiko untuk dijangkiti dengan wabak COVID-19, berbanding dengan mereka yang sama sekali tidak minum kopi.

Pengambilan kopi mempunyai kesan positif terhadap biomarker keradangan seperti CRP, interleukin-6 (IL-6), dan faktor nekrosis tumor I (TNF-I). Perkara yang perlu diperhatikan di sini adalah bahawa biomarker ini juga dikaitkan dengan tahap parah dan kematian akibat COVID-19.

Tidak hanya kopi, para penyelidik juga menemui beberapa makanan yang mampu untuk mengurangkan risiko COVID-19.

Hasil kajian kami menyokong hipotesis bahawa faktor pemakanan dapat mempengaruhi aspek yang berbeza dengan sistem kekebalan tubuh, termasuk kerentanan terhadap COVID-19. …”kata para penyelidik seperti yang dilaporkan oleh Wion.

Wah, info menarik ni kan. So korang ‘pekena kopi’ ke hari ni?

Sumber : Fox News

Published by
Nana