Ketika ini sedang bergema isu penglibatan wanita transgender dalam sukan untuk wanita tulen. Semuanya bermula apabila Lia Thomas,22 yang membesar sebagai seorang lelaki dan kemudiannya memulakan transisi menerusi terapi hormon sebagai wanita transgender telah memenangi tempat pertama dalam pertandingan renang wanita National Collegiate Athletic Association(NCCA) 2022 di Amerika Syarikat.
Kemenangannya pelajar University of Pennsylvania itu mengalahkan pemenang tempat kedua sukan Olimpik Tokyo 2020, Emma Weyant menjadi kontroversi, kerana dia sebelum ini sudah tiga tahun bertanding dalam kategori lelaki namun tidak mencapai kejayaan signifikan sehinggalah memilih untuk menjadi wanita transgender dan bertanding dalam kategori wanita.
Dek kerana isu ini, tanda pagar #savewomensports sedang menjadi hangat apabila majoriti masyarakat tidak bersetuju dengan penyertaan mereka yang dilahirkan sebagai lelaki secara biologi untuk bertanding dalam sukan wanita.
Memetik kenyataan yang dimuat naik oleh Angela Morabito, bekas setiausaha media bahagian pendidikan Amerika Syarikat, dia menulis, “Tepukan gemuruh untuk Emma Weyant, perenang University of Virginia kerana memenangi tempat kedua dalam acara 500-meter gaya bebas di belakang Lia Thomas. Tempat kedua adalah tempat pertama yang baharu. #savewomensports.”
Round of applause for Emma Weyant, the UVA swimmer who placed second in the 500y freestyle tonight, behind Lia Thomas. Second is the new first. #savewomenssportspic.twitter.com/NtHookm3qQ
Antara luahan yang mendapat ciapan ramai lagi adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh organisasi American Principles. Ciapan tersebut berbunyi, “Lia Thomas menjadi seorang lelaki selama 21 tahun dalam hidupnya. Tahun ini dia mula bertanding dalam sukan wanita dan menjadi juara kebangsaan. Sukan anak perempuan kami bukan rancangan B untuk atlet lelaki yang gagal.”
Lia Thomas spent 21 years of his life as a man.
He started competing against women in swimming this year and became a national champion.
Memetik pandangan daripada selebriti terkenal Pierce Morgan menerusi temubualnya bersama Fox News. “Anda boleh menyokong hak transgender, seperti yang saya lakukan. Dan anda boleh percaya bahawa individu trangender boleh mempunyai kesaksamaan dan kesaksamaan sepenuhnya, sehingga ke tahap di mana situasi itu mewujudkan ketidaksamaan baharu,” katanya.
Kenyataan ini merujuk kepada perdebatan berterusan tentang isu ‘keadilan berbanding kebersamaan’ yang telah muncul dengan penguasaan Lia Thomas dan dasar baharu NCAA mengenai kelayakan atletik pelbagai jenis transgender dan jantina untuk menyertai sukan.
Salah seorang pengguna Twitter yang dikenali dengan nama Eliana Silver memberikan pendapat yang, tidak bersetuju atlet transgender menyertai sukan wanita bukan satu kebencian terhadap golongan transgender yang digelar transphobia.
Ads
Opposing Lia Thomas swimming for the female team is not transphobia. The argument of transphobia is used to cover up the fact that you all KNOW it’s unfair to the hundreds of athletes competing against her. By catering to woke culture the NCAA is hurting so many female athletes.
Ujarnya, “Tidak bersetuju apabila Lia Thomas berenang untuk pasukan wanita bukanlah transphobia. Hujah transphobia digunakan untuk menutup fakta bahawa anda semua tahu yang perkara ini adalah tidak adil kepada ratusan atlet yang bersaing dengannya. Dengan menyalurkan budaya ‘woke’, NCAA sebenarnya menyakiti ramai atlet wanita.”
Jika dilihat pada kes Lia Thomas ini dia jelas memiliki kelebihan dengan genetik lelaki dan bentuk tubuh yang lebih besar dan tinggi berbanding wanita biasa. Tambahan pula isu menjadi lebih hangat apabila dia sebelum ini berada dalam pasukan lelaki dan prestasinya tidak begitu cemerlang, sebaliknya apabila menyertai kategori wanita dia berjaya menjadi juara mengalahkan pemenang pingat perak sukan Olimpik.
Isu ini telah menjadi perdebatan hangat bukan sahaja dalam kalangan warganet, namun ia turut didebatkan oleh orang berpengaruh. Menyelesaikan isu ini umpama menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan berselerak. Keadilan bukan hanya untuk sesetengah pihak sahaja, namun untuk semua.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ads
Ads
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Walaupun dunia K-pop diwarnai oleh kemeriahan muzik baharu pada tahun ini, itu tidak bermakna tiada kontroversi yang berlaku.
Terbaru, salah seorang anggota kumpulan GOT7 iaitu Youngjae telah dituduh sebagai seorang pembuli di satu ruang komuniti online (seperti forum). Dakwaan tersebut dilayangkan kelmarin (20 Oktober) oleh seorang netizen yang tidak didedahkan identitinya.
Dakwaan tersebut membabitkan kes yang dikatakan berlaku semasa Youngjae masih bergelar pelajar di Mokpo Technical High School. Pendakwa berkata Youngjae pernah membulinya dahulu.
Meskipun beberapa portal media di sana menggelar dakwaan itu tidak berasas kerana fakta yang diberikan oleh pendakwa tidak benar, dakwaan tersebut telah merebak kepada pengetahuan peminat di seluruh dunia.
Keadaan ini memaksa syarikat naungan GOT7 iaitu JYP Entertainment untuk mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kes ini.
Pendekatan ini dilihat positif memandangkan banyak syarikat naungan kumpulan K-Pop selalu lambat untuk memberi kenyataan rasmi berhubung skandal yang melanda artis mereka. #NoShade
Kenyataan daripada JYP ini juga hanya dikeluarkan SELEPAS wakil mereka telah menemui pendakwa tersebut secara berhadapan.
Ini menunjukkan bahawa JYP bertindak adil dan ingin mendengar penjelasan kedua-dua buah pihak.
Selepas berjumpa, JYP menyimpulkan bahawa pendakwa itu tidak mempunyai bukti yang sahih. JYP juga memberi amaran kepada mana-mana pihak yang menyebarkan khabar angin tidak benar dan tanpa bukti mengenai artis mereka. Mereka tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.
Wow, nampaknya JYP benar-benar tegas dengan kes sedemikian rupa dan menjaga artis naungan jika mereka berada di pihak yang benar.
Syabas!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas pengumuman pembatalan kemunculan Red Velvet di SBS Gayo Daejeon, SM Entertainment kini sudah pun mengeluarkan kenyataan kedua yang menjelaskan dengan lebih terperinci tentang kecederaan yang menimpa salah seorang ahli kumpulan tersebut, iaitu Wendy.
Pihak pengurusan itu mendedahkan Wendy telah mengalami beberapa kecederaan serius dan akan sepenuhnya memberi tumpuan kepada proses pemulihan untuk masa terdekat.
Semasa rehearsal untuk persembahan individunya di SBS Gayo Daejeon, Wendy telah jatuh dari pentas. Gadis itu segera dipindahkan ke hospital untuk pemeriksaan menyeluruh dan mereka mendedahkan dia mengalami kecederaan pada wajah, pinggul sebelah kanan serta pergelangan tangannya.
Buat masa ini, Wendy sedang menunggu pemeriksaan tambahan selepas menerima rawatan kecemasan di hospital.
Kelab peminat mereka, Reveluv turut meluahkan rasa pada kepada pihak SBS kerana tidak membuat permintaan maaf terhadap Red Velvet, Wendy dan SM Entertainment. Mereka juga marah apabila SBS menyiarkan persembahan Red Velvet semasa pra-rekod sebelum kecederaan yang menimpa Wendy.
Semoga Wendy cepat sembuh dan kembali aktif seperti dahulu..
Setelah perletakan jawatan oleh Tan Cheng Hoe sebagai ketua jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan sebagai tanda mengambil tanggungjawab di atas penyingkiran awal pasukan Harimau Malay dalam saingan Piala AFF 2020, akhirnya kekosongan kerusi panas tersebut terisi jua selepas tempoh 18 hari.
Ucapkan hello kepada ketua jurulatih baharu, Kim Pan-gon sebagaimana diumumkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebentar tadi di sidang media Mesyuarat Khas Pertama Jawatankuasa Eksekutif FAM penggal pertama 2021-2025 sebentar tadi.
Pemilihan Kim Pan-gon ini rata-rata disambut baik oleh pemina bola sepak dek pengalamannya yang luas sebelum ini ketika mengendalikan beberapa pasukan antarabangsa.
Kongsi Presiden FAM iaitu Datuk Hamidin Mohd Amin, mereka telah menerima banyak permohanan dari seluruh dunia bagi mengisi jawatan itu. Setelah penilaian rapi dilakukan dan tiga orang calon disenarai pendek, Kim Pan-gon dilihat sebagai individu paling sesuai pada waktu ini.
Bagi korang yang tidak begitu mengenali beliau, berikut merupakan lima fakta menarik mengenai orang kuat pasukan Harimau Malaya terbaru ini.
01
Kim Pan-gon merupakan jurulatih bola sepak yang berasal dari Korea Selatan. Kini berusia 52 tahun, beliau sebelum ini pernah mengemudi pasukan kebangsaan Hong Kong bagi penggal 2009-2010 dan 2012-2017.
Ketika masih bergelar pemain bola sepak profesional, beliau pernah bermain untuk pasukan Ulsan Hyundai dalam Liga Bola Sepak Korea Selatan.
03
Setelah beliau menerima tawaran sebagai jurulatih Malaysia, beliau bakal meninggalkan jawatan sebagai Pengarah Teknikal Persatuan Bola Sepak Korea dan dijangka tiba di Malaysia pada bulan Februari ini bagi memulakan tugas barunya.
04
Difahamkan, Kim Pan-gon akan membawa bersama empat orang penolong lain dari Korea Selatan bagi membantunya termasuklah penolong jurulatih & teknikal, jurulatih fizikal, jurulatih penjaga gawang dan penganalisa. Mereka turut ditawarkan dengan tempoh kontrak yang sama.
05
Buat masa ini, Kim Pan-gon telah diikat dengan kontrak dua tahun bersama FAM di mana ia boleh disambung lagi sekiranya beliau berjaya meningkatkan prestasi pasukan bola sepak Malaysia. Harapan FAM kini adalah untuk beliau membawa Malaysia layak ke Piala Asia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Hey football lovers!Oh, kami tidak bermaksud all you boys yang gemarkan sukan bola sepak. Sebaliknya, kami tahu ramai peminat bola sepak yang terdiri daripada...