
Berita baik buat peminat kek Secret Recipe, pada 24 Februari nanti korang boleh menikmati tawaran promosi beli 2 percuma 1 kek.
Kami percaya apa-apa promosi yang dibuat oleh Secret Recipe pasti dapat perhatian ramai kan?
Mana tidaknya, kalau korang nak beli sepotong kek disitu pun dah lebih kurang berharga RM10 ke atas. Jadi, inilah peluang untuk korang dapat lebih sikit dengan pembelian yang dibuat.
New York Cheese Cake, Chocolate Indulgence, Oreo Cheese Cake, sebut apa sahaja flavour kek yang ditawarkan di Secret Recipe semuanya jadi favorite pelanggan.
So guys, jom serbu Secret Recipe sempena kempen Kek Mania yang akan berlangsung pada 24 Februari nanti, bermula jam 12 tengah hari sehingga 5 petang.
Promosi ini sah di semua cawangan Secret Recipe seluruh Malaysia.
JPJ Bakal Laksana Ujian Lesen Memandu Secara e-Testing Bermula April Ini

Bagi individu yang ingin mengambil lesen memandu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan sistem pengujian lesen memandu secara automasi atau e-Testing di seluruh negara bermula April depan.
Sistem e-testing ini mengukur prestasi calon melalui ujian memandu secara elektronik dan menjana keputusan ujian memandu secara terus.
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Zailani Hashim berkata sistem bilangan pegawai penguji akan berkurangan apabila sistem ini dilaksanakan kerana ia hanya memerlukan dua penguji sahaja berbanding tujuh ketika ini memandangkan proses itu akan dibantu oleh gajet teknologi.

Menerusi e-testing, pegawai penguji JPJ akan memantau dari bilik kawalan dan calon yang diuji berada bersendirian dalam kereta. Walau bagaimanapun, sistem ini masih melibatkan pembelajaran dalam kelas, litar dan jalan raya.
Sistem seumpama ini juga sudah dipraktikkan di negara seperti Korea dan Jepun, manakala negara kita sedang menuju ke arah tersebut bagi meningkatkan kecekapan perkhidmatan dan kebolehpercayaan masyarakat terhadap sistem pengujian lesen memandu.

Setakat ini, terdapat 232 institut memandu di seluruh negara dan korang boleh mendapatkan aplikasi e-testing ini di pusat penyedia yang dilantik oleh JPJ.
Hm, korang rasa adakah ini satu kelebihan untuk calon kerana dapat mengurangkan gementar ketika melakukan ujian nanti?
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: (1)
19 Sekolah Di Selangor Diarah Tutup Ekoran Penularan Kes Positif COVID-19

Susulan daripada peningkatan kes positif melibatkan petugas dan pelajar sekolah, 19 sekolah di Selangor diarahkan tutup bermula Isnin ekoran kemunculan kluster pandemik COVID-19.

Menurut Astro Awani, antara sekolah yang diarahkan tutup adalah seperti berikut:
• Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Jelutong
• SMK Bandar Sri Damansara 2
• SMK Damansara Jaya
• SMK Seksyen 7
• SMK USJ 23
• SMK Puchong
• SMK Puchong Utama 1
• SMK Seksyen 4 Bandar Kinrara
• SMK Bandar Puncak Jalil
• SMK Seksyen 20
• SMK Puchong Perdana
• SK Puchong Perdana
• SK Bandar Baru Sri Damansara 2
• SK Bukit Kuchai
• SK Bandar Sri Damansara 3
• SK Bukit Jelutong
• SK USJ 20.
• Sekolah Agama Menengah Bestari Subang
• Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yuk Chai.
Pejabat Kesihatan Daerah Petaling berkata penutupan sekolah adalah bertujuan untuk kerja-kerja pembasmian kuman dan aktiviti saringan kontak-kontak rapat.

Pembukaan sekolah akan dimaklumkan dua hari sebelum dan pihak sekolah perlu memastikan semua kontak rapat kepada kes positif dikuarantin. Semua kontak rapat perlu hadir untuk menjalani ujian swab atau diberi surat kuarantin.
Risau pula melihat kes yang seperti tiada kesudahan ini. Diharap agar korang semua jaga diri dan sentiasa memakai pelitup muka dan mengamalkan SOP kita berada di luar.
Sumber: Astro Awani
“Keep Profesional…”, ‘The Pocket Rocketman’ Mohon Rakyat Malaysia Jangan Serang Media Sosial

“Jangan sentuh pelumba Malaysia”
Itu amaran diberikan netizen kepada pelumba lain yang menjadi punca pelumba basikal negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom terjatuh pada saringan kedua acara keirin di Tokyo 2020.
Dan sebagaimana kita tahu tahu, esok merupakan waktu yang getir buat rakyat Malaysia dan atlet trek berbasikal untuk menghidupkan peluang dan harapan merangkul pingat emas negara pertama pada temasya kali ini.

Pelumba berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang dan Shah Firdaus berjaya mara ke suku akhir acara keirin Sukan Olimpik 2020 selepas menamatkan saringan ketiga pusingan pertama dalam kelompok dua terbaik di Velodrom Izu Tokyo.
Azizul juga sempat memuat naik satu video untuk meminta semua rakyat Malaysia mendoakan kemenangan mereka esok. Beliau turut memohon dan menasihati rakyat Malaysia tidak bertindak melulu dengan apa yang terjadi kepada rakan sepasukannya.
Foto kredit : Bernama.com
”Alhamdulillah syukur kerana saya memenangi perlumbaan pertama hari ini dan dapat terus memasuki pusingan suku akhir pada esok hari. Malang buat rakan sepasukan saya Shah Firdaus yang terlibat dalam kemalangan tetapi masih bangkit meneruskan perlumbaan di pusingan repecharge dan turut layak ke pusingan suku akhir bersama dengan saya esok.
“Dengan itu saya ingin memohon jasa baik seluruh rakyat Malaysia supaya jangan kita menyerang social media mana-mana individu kerana kami di sini berlumba secara professional dan semua beraksi dengan semangat kesukanan yang tinggi dan juga Olympic Spirit (semangat Olimpik).
“Saya juga berharap seluruh rakyat Malaysia dapat mendoakan kejayaan kami berdua esok,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.
Sebelum itu, Azizul dengan mudah melayakkan diri ke suku akhir setelah berjaya mengekalkan kedudukan di hadapan pelumba Trinidad and Tobago, Nicholas Paul.
Dalam masa sama, seorang lagi jaguh trek berbasikal negara, Shah Firdaus Sahrom berjaya menempah tempat di suku akhir meskipun berdepan kemalangan pada saringan kedua.
Tak sabar nak lihat aksi pasukan trek berbasikal negara ni…macam ada harapan pingat untuk Malaysia je ni..Mari la kita sama-sama doakan mereka yang berjuang untuk negara ni.
Go..”The Pocket Rocketman” , Go… “giant–killer” Malaysia!!!
Sumber: FB Datuk Azizulhasni Awang