Setiap ibu bapa pasti akan menyokong keinginan anak asal tidak terlalu berlebihan dan memberi kemudaratan. Didikan yang baik disamping ketegasan antara aspek yang menjadi keutamaan dalam membesarkan anak-anaknya yang dilihat semakin mencabar terutama di zaman media sosial ini.
Anak lelaki kepada Norman Hakim dan Abby Abadi, Mohamed Danish Hakim ini bukan saja memiliki luaran yang sempurna, malah personalitinya juga wajar dijadikan contoh kepada anak muda hari ini.
Baru-baru ini, satu perkongsian video milik Danish Hakim mendapat perhatian orang ramai di media sosial.
Video yang dimuatnaik di Instagram nya menunjukan Danish menyertai program Geng Ngaji Musim ke-3 secara dalam talian. Apa yang menarik dan mencuri perhatian ramai adalah, suara Danish mengaji surah An-Nahl ayat 12 di dalam program tersebut kedengaran sangat merdu dan sedap didengari.
Mendengar alunan surah yang di baca itu membuatkan ustazah Farhatul Fairuzah, ustaz Fakhrul Radhi dan Sheikh Abdul Karim Al Makki memuji Danish pandai bertaranum dan memberi nilai markah mumtaz bagi bacaan surah tersebut.
Merendah Diri
Walaupun anak kepada Abby Abadi dan Norman Hakim ini dipuji pandai mengaji namun Danish menunjukan bersikap bersahaja dan merendah diri.
Sebelum dia keluar dari program tersebut, Danish sempat menitipkan pesan dan menulis pesanan tersebut menerusi kapsyen ringkas di Instagram nya.
Malah, warganet juga sempat meninggalkan kata-kata pujian dan semangat kepada Danish.
Kejayaan ini sudah pasti membuatkan kedua orang tua Danish Hakim bangga dan secara tak langsung menjadi inspirasi buat anak muda dan ibu bapa di luar sana untuk menjadikan keluarga ini sebagai contoh terbaik.
Kami pun memang adore keluarga ini dalam mendidik anak-anak mereka. Semoga keluarga ini terus dilimpahi dengan kebahagiaan dunia dan akhirat.
Sumber: Instagram Danish Hakim
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.