Dah masuk hari ke enam kita berada di bulan Ramadan yang mulia lagi penuh keberkatan. Dalam memikirkan nak masak apa untuk berbuka nanti, kami syerkan resipi ayam bakar berempah hasil masakan Pari Malar Thiraisingam yang dikongsikan di blog Masak Apa Hari Ini (MAHN). Menariknya resipi ini telah dikongsikan oleh 28k pengguna. Nampak sangat sedap dan rasanya pasti mengancam.
Ayam bakar berempah ini sesuai dimakan begitu saja atau makan dengan nasi ketika berbuka. Fuhh, memang menambah dua pinggan jawapnya. Lagipun bahan-bahannya agak mudah untuk kita dapati.
Jom try ayam bakar berempah petang nie..
Ayam bakar berempah
Bahan-bahannya :-
1 ekor ayam potong 4
1 labu bawang putih kisar
2 cm halia kisar
1 bawang merah kisar
4 sudu besar gula merah
1 kiub ayam hancurkan
2 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar kunyit
4 sudu besar sos tiram
1 sudu besar serbuk kasar jintan manis (buat sendiri)
1 sudu besar serbuk kasar jintan putih (buat sendiri)
Garam
3 sudu besar jus limau
2 sudu besar butter untuk disapukan atas ayam selepas keluar dari ketuhar
Gunakan pisau tajam dan buat potongan halus di atas ayam.
Cara memasak :
Gaul semua bahan dan sapukan di ayam. Perap selama 2 jam. Bakar diketuhar 250c selama 60 mins.
Nah, siap untuk menu berbuka korang nanti