Buat kali pertama sejak kelahiran puteri sulung Ayda Jebat dan Nabil Mahir pada 21 September lalu, pasangan selebriti itu telah berkongsi wajah bayi mereka menerusi Instagram.
Bayi seberat 2.77 kilogram semasa dilahirkan di sebuah pusat perubatan dekat Kuala Lumpur kelihatan cukup comel dengan sepasang mata berwarna seakan-akan kelabu cair. Sambil memuat naik foto tersebut, Ayda dan Nabil turut berkongsi nama yang diberikannya untuknya.
Ucapkan hello kepada Ana Nayla Binti Ahmad Nabil!
Nama tersebut dirasakan cukup sinonim dengan mereka berdua memandangkan ia mempunyai huruf initial masing-masing iaitu A untuk Ayda dan N untuk Nabil.
Ana membawa maksud ‘Saya’ manakala Nayla bermaksud ‘Sesuatu Yang Istimewa’. Indah bukan?
ARTIKEL BERKAITAN : MasyaAllah, Indahnya Maksud Nama Baby #Fattzura – REMAJA
Bukan saja Ayda dan Nabil memuat naik foto Ana Nayla di akaun media sosial masing-masing, mereka juga telah mencipta akaun Instagram khas untuk Ana Nayla. Untungnya menjadi bayi popular bualan orang ramai, akaun tersebut telahpun mencecah 53.4 ribu pengikut (setakat artikel ini dikarang) biarpun usia Nayla baru mencecah seminggu.
Catat ‘Ana Nayla’, “Assalamualaikum uncle aunty. Ana Nayla sayang semua. Doakan Ana Nayla selalu ya!”
Di akaun Ayda pula, kapsyennya berbunyi, “Sepatutnya keluar harini tapi tak sabar nak jumpa uncle aunty hihi! Doakan Ana Nayla supaya sentiasa selamat, disayangi dan menjadi anak yang baik ya.”
Sebelum ini, Ayda dan Nabil sering menggelar puteri sulung mereka ini sebagai Baby Wuff. Proses pembedahan caesarean terpaksa dilakukan setelah bayi tersebut dilahirkan seminggu lebih awal berbanding jadual sebenar.
BACA LAGI : Muhammad Afwa Nama Pilihan Siti Nurhaliza & Datuk K, Indahnya Maksud! – REMAJA