Saban tahun, tidak sah sekiranya stesen radio Hot FM tidak melancakan lagu khas bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, bukan?
Buat tahun 2022, tradisi sama masih akan diteruskan tetapi pada skala yang lebih besar apabila Hot Fm dan Molek FM buat kali pertamanya telah bergabung tenaga untuk melancarkan sebuah lagu raya berjudul Hangat Beraya.
Karya komposer dan penulis lirik Omar K, Firdaus Rahmat dan Iqie Hugh ini bukan setakat menggabungkan penyampai radio kedua-dua stesen berkenaan. Malah, mereka juga menjemput barisan penyai serta band terkenal tanah air bagi sama-sama memeriahkan lagi lagu berkenaan.
REMAJA berpeluang untuk bertemu dengan penyampai radio Hot FM, Imran Aqil baru-baru ini bagi bertanyakan dengan lebih lanjut mengenai pengalaman kali pertamanya memasuki studio rakaman bagi single Hangat Beraya ini.
Penyampai radio Hot FM, pelakon dan pempengaruh, Imran Aqil.
“Untuk single Hangat Beraya pada tahun ini, ada beberapa artis yang terlibat termasuklah kesemua penyampai Hot FM seperti Haziq Husni, Riena Diana, IU, Farah Fauzana, AG, Fad Bocey dan saya. Kami juga menjemput beberapa penyanyi popular seperti Marsha Milan, Daniesh Suffian dan Naqiu Boboy.
“Pada waktu itu, jujurnya saya struggle memandangkan saya bukanlah seorang penyanyi dan belum berpengalaman berada dalam studio rakaman. Bila dapat tahu mengenai projek ini, itulah perkara pertama yang saya fikirkan; saya tiada bakat nyanyian! (ketawa) Tidak seperti rakan penyampai yang lain seperti Haziq yang sekurang-kurangnya mempunyai suara yang sedap didengar walaupun tidak bergelar penyanyi.
Ads
“Saya ada bertanyakan nasihat daripada Haziq sebelum rakaman dan katanya, “Kau ‘bagi’ je. Penerbit akan tahu ‘membaca’ suara kau dan dia akan fit in suara kau ikut kesesuaian.” Sedikit sebanyak, nasihatnya itu membantu,” ulasnya yang juga merupakan finalis pencarian Hero Remaja 2020.
“Saya pasti lagu ini akan hit kerana ia lain daripada yang lain. Vibe-nya sangat riang dan muda, saya pun tidak sabar menantikannya.”
Perasaan cemas kongsi Imran lagi nyata tidak boleh dielakkan memandangkan dia enggan melakukan kesilapan. Apatah lagi apabila rakaman membabitkan penyanyi profesional.
“Sewaktu saya di dalam studio rakaman, saya tahu Marsha, Haziq dan Daniesh sedang mendengar suara saya. Saya berulang kali meminta maaf jika apa yang disampaikan tidak mencapai expectation mereka.
“Saya kalau boleh tidak mahulah ‘merosakkan lagu orang’ dan mengecewakan pihak yang terlibat dalam rakaman ini seperti rakan penyampai lain serta artis jemputan,.
“Nasib baiklah saudara Firdaus merupakan seorang yang penyabar. Dia berikan tunjuk ajar semasa saya sampaikan beberapa rangkap dalam lagu tersebut dengan meminta saya memilih teknik suara bass yang katanya lebih bersesuaian dengan suara saya,” katanya lagi.
Ads
Single Hangat Beraya ini bakal diluncurkan tidak lama lagi. Kongsi Imran, mereka baru sahaja menjalani penggambaran untuk video muzik Hangat Beraya dan besar harapannya agar ia akan diterima baik oleh semua pendengar serta penonton nanti.
Imran sewaktu ditemui di majlis berbuka puasa bersama rakan bilik ‘Trio 1912’ daripada pencarian Hero Remaja 2020, Nadhir Nasar & Hazeeq Dean, baru-baru ini.
Menyentuh mengenai pengalaman tahun pertama Ramadan sebagai seorang penyampai radio, Imran menyifatkannya sebagai berbeza memandangkan dia perlu berada di konti berseorangan setiap Isnin hingga Jumaat bagi segmen Hot Flix bermula jam 8 malam hingga 12 tengah malam.
Ads
“Awal Ramadan lalu, saya rajin juga berbuka puasa di luar dengan rakan lain. Tetapi disebabkan waktu berbuka yang terlalu hampir dengan segmen saya, saya jadi letih bila perlu bergegas selepas makan. Akhirnya, saya berbuka sahaja di konti sampailah sekarang.
“Pengalaman berbuka seorang diri adalah sesuatu yang baru untuk saya. Ia secara tidak langsung membuatkan saya lebih menghargai waktu berbuka bersama keluarga dan rakan-rakan semasa hujung minggu.
“Untuk beraya nanti, insyaAllah saya masih berkesempatan untuk menyambutnya bersama keluarga tetapi pada hari yang mana satu; ia masih tertakluk kepada jadual di antara para penyampai,” simpulnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tiada perkataan lain yang boleh digambarkan oleh penulis dan rakan media lain yang duduk di barisan hadapan (fine, barisan kedua) pentas pertunjukan fesyen Rizalman For Zalora yang berlangsung hari ini selain daripada wow!
Dua bulan sudah berlalu sejak gambar teaser koleksi Rizalman For Zalora ini dimuat naik di media sosial milik jenama Rizalman dan akhirnya hari yang ditunggu-tunggu oleh peminat fesyen tanah air tiba juga.
Terlebih dahulu, paparan teaser koleksi ini sudah berjaya menarik rasa ingin tahu di kalangan netizen. Mengapa Rizalman memilih kebudayaan masyarakat India sebagai idea pakaian Hari Raya? Apa signifikan watak Paro, Kunti dan Tuan Tanah dalam koleksi Rizalman For Zalora? Mengapa Izara Aisyah menjadi muse beliau pada kali ini?
Trust us, bermacam-macam soalan dilontarkan oleh netizen di ruang komen.
Namun, Dato Rizalman tidak mudah melatah dengan komen sebegitu. Malah, if you look at it from another point of view, komen sebegini menunjukkan netizen sebenarnya tertarik dengan kelainan yang dibawa oleh beliau.
10 Minit Untuk Intro Je
Bertempat di Stadium Chin Woo Kuala Lumpur, Dato’ Rizalman sememangnya terkenal sebagai penggiat seni fesyen tanah air yang gemar tampil lain daripada yang lain demi mencabar landasan fesyen sedia ada di Malaysia. Jika orang lain mengambil jalan A, beliau pastinya memilih jalan B, atau C.
Ibarat berada di set penggambaran filem Bollywood, susunan prop, muzik dan poster yang dipasang semuanya begitu kena dengan konsep masyarakat India.
Kalau tak, tak adalah introduction music hampir 10 minit dipasangkan pada speaker! Hehe..nak bagi mood dan feel datang katanya.
Beralih kepada persembahan fesyen yang dipamerkan untuk koleksi Rizalman For Zalora ini, penulis dan para jemputan sememangnya menantikan untuk melihatnya secara LIVE.
Walaupun Rizalman telah memuat naik lebih 20 imej kempen dengan pakaian raya berbeza di Instagram, penulis merasakan seperti banyak lagi sebenarnya pakaian yang ditawarkan untuk koleksi kali ini.
Setiap pakaian raya yang disarungkan oleh model lelaki dan perempuan sememangnya kena dengan tema, namun masih moden untuk korang gayakan ke acara-acara dan majlis tertentu. Dari perincian yang diletakkan pada pakaian koleksi ini, penulis dapat membayangkan betapa banyak research yang dilakukan oleh team pereka Rizalman bagi memastikan kepuasan pembeli dijamin 100 peratus.
Di penghujung acara, kami dikejutkan dengan persembahan encore tarian Bollywood oleh penari berpakaian serba hitam dan oleh Izara Aisyah serta Dato’ Rizalman sendiri!
Apapun, tahniah penulis ucapkan kepada team Rizalman dan semua yang terlibat sejak awal tahun ini lagi. Diharap agar lebih ramai pereka fesyen yang mengikut jejak langkah Rizalman (bukan meniru design-nya okay!) untuk mempersembahkan sesuatu yang istimewa setiap kali tibanya musim perayaan Aidilfitiri.
Maklumlah, Raya kan setahun sekali – haruslah ia diraikan sehabis baik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi mereka yang lahir sekitar tahun 80 dan awal 90-an, pastinya korang sangat mengenali suara ngilai dan susuk yang menakutkan yang sering menghiasi muka depan VCD pada suatu ketika dahulu. Siapa lagi kalau bukan Mak Lampir.
Walaupun kisah Mak Lampir ini berasal dari Indonesia namun ia cukup dekat bagi masyarakat Malaysia kerana penjualan VCD Mak Lampir pada ketika itu sangat memberangsangkan.
Namun, ada berita tidak baik untuk peminat Mak Lampir ini apabila beliau dikhabarkan sudah menghembuskan nafasnya yang terakhir baru-baru ini pada usia 68 tahun.
Perkara itu dimaklumkan oleh cucunya, Ify Alyssa yang juga merupakan seorang penyanyi menerusi laman Instagram.
Mak Lampir atau nama sebenarnya, Farida Pasha juga merupakan pelakon popular di Indonesia. Pernah memegang watak dalam sinetron popular Misteri Gunung Merapi dilaporkan telah meninggal dunia disebabkan pandemik Covid-19.
Takziah kami ucapkan buat semua ahli keluarga Farida Pasha dan Al-fatihah buat pelakon ini.
Berita baik buat peminat filem siri seram Scream, naskhah terbaharu filem ini bakal ditayangkan pada 20 Januari 2022 dengan dibintangi barisan pelakon popular seperti Melissa Barrera, Kyle Gallner, Mason Gooding, Mikey Madison, Dylan Minnette, Jenna Ortega, Marley Shelton, Courteney Cox, David Arquette, Neve Campbell.
Dua puluh lima tahun selepas rentetan pembunuhan kejam menggemparkan bandar Woodsboro, seorang pembunuh baharu telah memakai topeng Ghostface dan mula menyasarkan sekumpulan remaja untuk membangkitkan semula rahsia dari masa lalu yang membawa maut di bandar itu.
Apakah seterusnya bakal berlaku kepada bandar itu? Ha, korang kena saksikan sendiri filem ini di pawagam tidak lama lagi.
Tapi sebelum itu, Remaja nak ajak korang yang bertuah untuk menonton tayangan perdana Scream pada minggu hadapan dengan hanya menjawab soalan mudah.
Tarikh: 19 Januari 2022 Masa: 8.00 malam Lokasi: GSC The Starling
Penyertaan hanya dibuka kepada individu yang tinggal di Lembah Klang dan sudah menerima dua dos lengkap vaksin COVID-19. Pemenang bertuah akan diumumkan di DM instagram. Korang berpeluang memenangi 4 tiket tayangan perdana secara percuma dan pastikan akaun Instagram korang boleh diakses secara umum.
Good luck guys!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!