Sedekad Dalam Industri, Janna Nick Kini Bergelar Pengarah Menerusi ‘Delen’

Share

Aneka projek seni telah dicuba oleh Janna, bergelar penyanyi, menjadi hos rancangan popular. Kini gilirannya pula untuk merasmikan kerusi pengarah apabila telemovie arahan pertama Janna berjudul Delen menemui penonton pada jam 9 malam ini di Astro Citra.

Delen mengisahkan tentang kisah cinta remaja tiga segi di antara Delen (Sean LJE), Robert (Dini Schatzman) dan Emily (Janna Nick). Demi merebut cinta Emily, Robert menganjurkan pertandingan berenang dan pemenang pertandingan itu akan berjaya memiiki hati Emily.

Tentunya, rasa cemas menunggu produk keluaran sulung sendiri tidak dapat dielakkan olehnya. Menerusi muat naik oleh Janna sejak 3 hari lalu di Instagram, penulis sudah dapat mengagak perasaan teruja berbaur cemas yang dirasakan olehnya.

“Tugas sebagai pengarah ini memberi kesan pada kerjaya lakonan saya di mana saya kini lebih peka terhadap kerja pengarah dan penerbit.

“Baru sekarang saya rasa macam mana kalau pelakon tidak memberi, sekarang baru faham setiap pengarah ada ‘look and feel’ yang mereka mahukan. Pemahaman pelakon dan pengarah mungkin tidak sama,” jelasnya.

Dengan pengalaman selama 10 tahun sebagai pelakon, Janna tentunya sudah dapat mengagak apa yang diingingkan olehnya sendiri di set penggambaran untuk projek Delen kali ini. Katanya, dia memasuki industri seni ini secara serius, bukannya demi mengejar populariti dan glamor saja.

Peluang melunaskan tugas sebagai pengarah ini juga bukanlah demi mencari keuntungan semata. Janna melihat peluang ini untuk mencari kepuasan apabila dia dapat menentukan bagaimananakah hasil akhir karyanya sendiri.

Untuk pengetahuan, Delen diterbitkan oleh syarikat Janna sendiri iaitu Janna Nick Studios. Disebabkan ini merupakan projek sulung mereka, hati Janna terbuka untuk menerima sebarang kritikan membina demi terus belajar dan memperbaiki diri sendiri.

Tahniah Janna Nick! Nampaknya semakin ramai pelakon muda seperti dan Sean Lee yang kini berani untuk menggalas tugas sebagai seorang pengarah.

ARTIKEL BERKAITAN“More To Come..”Sean Lee Arah Filem Pendek Pertama, 261 Sundays – REMAJA

Published by
FZ