Ramai mengeluh dengan kualiti udara yang diselaputi jerebu hingga mengakibatkan mata jadi pedih dan kerongkong terasa perit. Malah semakin banyak sekolah-sekolah ditutup kerana bacaan indek udara sangat tidak sihat.
Jika kita mengeluh dan merungut kerana terasa sesak nafas akibat kebakaran lebih 1000 hektar hutan di Kalimantan bagaimana pula nasib dialami oleh penduduk di negeri tersebut yang terdedah secara terus akibat pembakaran hutan yang mencatat beratus-ratus titik panas yang setiap hari semakin membimbangkan.
Dalam kes kebakaran ini, sudah ada kematian dicatatkan apabila seorang bayi, Elsa Pitaloka berusia 4 bulan meninggal dunia akibat sesak nafas.
Kebakaran hutan memaksa pihak berkuasa bertungkus lumus memadamkan kebakaran setiap masa.
Helikopter sudah digunakan dalam memadamkan kebakaran di Kalimantan yang semakin marak
Jika manusia yang punya akal fikiran pun tidak mampu bertahan, apatah lagi nasib binatang-binatang di hutan yang menjadi mangsa kekejaman manusia ini.
Paling menyedihkan tentunya nasib-nasib orang hutan yang kelihatan kelemasan menahan asap tebal hingga terduduk dan sedang diberi bantuan. Jika ibunya pun tercunggap-cunggap ketika diberi bantuan, apa nasib anak orang utan yang masih kecil yang pastinya tidak mampu menyelamatkan diri dari kebakaran hutan ini.
Ads
Ibu dan anak orang utan ini antara mangsa dalam kebakaran hutan di KalimantanBagi sesiapa yang pernah tengok dokumentari School Of Orang Utan pasti terhibur menyaksikan gelagat orang utan tapi ternyata kini nasib mereka di tangan Allah taala.
Namun apa paling menakutkan tentunya melibatkan kematian ular anaconda yang menjadi penghuni hutan Kalimantan yang hangus terbakar.
Dalam satu akaun facebook atas nama Johan Michael Median Pasha, dia berkongsi seekor ular piton berukuran besar hangus terbakar bersama dengan flora dan fauna lainnya di hutan Kalimantan.
Inilah ular pengaja rimba hutan Kalimantan yang hangus terbakar
Mitos mengenai anaconda atau disebut Raja Ular Hutan Kalimantan ini sememangnya sangat menyedihkan.
Ads
“Suku Dayak di pendalaman hutan Kalimanta menyebut binatang ini sebagai Tangkalaluk/ Phyton Raja Ular Rimba Hutan Belantara Kalimantan dan sering mencari mangsa seperti babi hutan, harimau dahan dan haiwan besar lain sebagai makanannya. Malah predator ini juga mampu meniru suara rusa, orang utan dna suara burung dalam menarik mangsanya. Kepalanya menjuntai di bawah sedangkan ekornya melilit di dahan besar untuk menelan mangsa-mangsanya.Dan kini hangus musnah terbakar,” tulisnya.
“Baru-baru ini saya melihatnya dek kebakaran yang berlaku. Walau sering diceritakan secara lisan oleh kaum Dayak di pendalaman Hutan Kalimantan dan ternyata ia benar-benar wujud menyamai ular jenis Pyhton yang dikatakan sama seperti anaconda di ada di hutan Amazon di Brazil.
Apa yang pasti, tangan-tangan kejam dan kejihilan membakar hutan ini memberi impak bukan saja pada manusia tetapi binatang yang tidak berdosa,”katanya lagi.
Ads
Menyedihkan bukan saja ular besar ini mati tetapi banyak binatang mati terpanggang begitu sahaja termasuk tupai, ular-ular kecil dan sebagainya.
Dalam pada itu Presiden Indonesia, Joko Widodo menekankan langkah pencegahan perlu digiatkan agar pembakaran hutan ini tidak terus merebak kerana sehingga kini lebih 1000 hektar hutan terbakar dengan marak.
Menurut Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG) fenomena El Nino juga menyebabkan musim kemarau di Indonesia pada tahun ini turut menyumbang kepada isu ini sedangkan musim hujan hanya akan turun pada bulan November dan Disember.
Moga jerebu ini segera berakhir dan satu pelan komprehensif harus dilakukan oleh Indonesia agar ia tidak berulang saban tahun. Sumber : FB Kompas Bima.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Peningkatan kes Covid-19 secara drastik di Malaysia semakin meruncingkan hati rakyat awak.
Ramai di kalangan kita yang ‘dihidangkan’ dengan gambaran situasi yang sedang berlaku di bandaraya berstatuskan lockdown.
Seperti di Itali, China dan Amerika Syarikat yang meminta rakyat mereka untuk berada dalam keadaan berjaga-jaga dengan menetap di rumah, pasaraya di sana juga sedang berhadapan kekurangan stok barangan keperluan pada tahap kritikal.
Nampaknya, situasi sama sedang melanda pasaraya di Malaysia bermula hari ini.
Tinjauan REMAJA di beberapa posting yang dikongsikan di media sosial menunjukkan betapa kritikalnya keadaan stok berkurangan di pasaraya AEON.
Beberapa buah cawangan AEON seperti di Shah Alam, One Utama, Kepong dan Metro Prima dilihat ‘diasak’ oleh pembeli sehingga beberapa rak bertukar kosong.
AEON Shah AlamAEON 1 UtamaAEON Kepong
Situasi ini berlaku setelah ramai yang runsing akan kemungkinan Malaysia bertukar status kepada ‘lockdown’. Lalu mereka merebut barangan asas untuk simpanan kecemasan.
Adakah pasaraya di kejiranan korang juga berdepan dengan keadaan sama?
Tapi lain pula situasi yang sedang melanda Amerika Syarikat..
Siapa bilang warga Malaysia tidak mampu untuk mencapai kekayaan hasil usaha dan idea kreatif perniagaan.
Semalam, empat orang individu Malaysia telah diiktiraf oleh penerbitan kewangan Forbes kerana nilai aset mereka yang kini melebihi USD1 bilion atau kira-kira RM4.13 bilion.
Mendahului penerima tersebut merupakan pasangan adik-beradik Tan Yu Yeh dan Tan Yu Wei daripada syarikat MR DIY Ground Berhad yang memiliki kekayaan aset bernilai USD1.8 bilion dan USD1.1 bilion, setiap seorang.
MR DIY merupakan sebuah syarikat berasaskan barangan ‘hardware’ dan ‘homeware’ yang menawarkan beraneka barangan keperluan rumah dengan pelbagai fungsi.
Ia diminati rakyat Malaysia disebabkan harganya yang berpatutan dan bersesuaian dengan kemampuan rakyat.
Tan Yu Yeh bersama rakan perkongsian, Brahmal Vasudevan semasa pembukan stor flagship pertama Mr DIY di Mid Valley Megamall.
Selain daripada pemilik MR DIY, dua lagi individu baharu yang memasuki senarai Forbes’ 2021 billionaires ini ialah G Gnanalingam daripada Westports Holdings(USD1.7 bilion) dan pengasas serta CEO Greatech Technology Berhad, Tan Eng Kee yang dinilaikan pada USD 1.1 bilion.
Nama-nama lain yang mengekalkan kedudukan mereka sebagai seorang billionaire termasuklah Robert Kuok (naik dari USD9.6 bilion ke USD12.5 bilion), Pengerusi Eksekutif Bersama Hong Leong iaitu Quek Leng Chan (USD9.7 bilion) dan Ananda Krishnan (USD5.8 bilion).
Turut serta dalam senarai tersebut ialah Pengasas Top Glove iaitu Lim Wee Chai (USD3.5 biliion), Pengasas Hartalega Holdings (penghasil sarung tangan juga) iaitu Kuan Kam Hon (USD2.6 bilion), Lim Kok Thay (Genting, USD2.7 billion), Lau Cho Kun (Hap Seng Consolidated, USD2.2 billion), Jeffrey Cheah (Sunway Group, USD1.3 billion) dan Syed Mokhtar Al-Bukhary (USD1.2 billion).
Biarpun negara dilanda pandemik COVID-19 pada tahun lalu, individu-individu ini telah membuktikan bahawa ekonomi negara masih berada pada landasan yang bagus setelah mencatatkan peningkatan memberangsangkan bagi perniagaan masing-masing.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Awal minggu ini kita dikejutkan dengan berita kehilangan remaja berusia 15 tahun yang datang bercuti ke Malaysia bersama ahli keluarganya, Nora Anne Quorin di Negeri Sembilan.
Kehilangannya hanya disedari keluarga pada jam 8 malam dan bantuan media sosial turut digunakan untuk mencari Nora.
“Ini adalah Nora Quoirin. Dia hilang di Malaysia, sedang bercuti dengan keluarganya dan tinggal di hotel di Seremban.
“Dia berusia 15 tahun dan mempunyai masalah pembelajaran. Mereka kini tinggal di London, ibunya kini sangat risau. Tolong retweet ini,” pohon individu yang merupakan kawan kepada ibu Nora.
This is Nora Quoirin. She’s missing in Malaysia – was on holiday with her family, staying in a hotel in Seremban. She’s 15 amd has special needs. Her mum is an old friend from Belfast – they now live in London. They are frantic so pls retweet this. pic.twitter.com/RZo6L7HX67
Susulan itu juga, nama Nora Quoirin turut trending di laman Twitter bagi membantu mencari remaja tersebut.
Nafi Kes Culik
Dalam pada itu, memetik Bernama, Polis menafikan kes tersebut sebagai kes penculikan. Ketua Polis Negeri Sembilam, Mohamad Mat Yusop berkata setakat ini tiada sebarang unsur jenayah dikesan dam kes masih diklasifikasikan sebagai kes hilang.
“Kita tidak dapat elemen dan petunjuk menyatakan adat unsur jenayah dan sebagainya sebab itu kita masih yakin mangsa ini hilang dan kita perlu mencarinya. Tiada unsur-unsur jenayah didapati setakat ini.
“Kita juga percaya mangsa masih berada di kawasan sekitar sebab itu aset-aset kita tumpukan di sini seperti Pasukan Gerakan Am, helikopter, bomba, Angkatan Pertahanan Awam, dan Rela
“Sekiranya ada maklumat yang tepat, gunakan dengan saluran betul dan tidak menyebarkan ke saluran tidak betul sehingga media asing memetic sebarang kenyataan sebarangan melalui info tidak tepat.
“Kita boleh mengambil tindakan kepada mereka yang menyebarkan maklumat palsu,” katanya kepada pemberita, semalam.
Sementara itu, operasi pencarian masih tetap diteruskan dan dijalannkan di sekitar kawasan berhampiran. Dijangka, anggota pihak berkuasa akan ditambah untuk operasi tersebut.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
This is not just your regular concert, this is a celebration!Bertemakan ‘Nang Champiyen Nang Legend’, Astro bakal menggegarkan bandar Miri, Sarawak pada bulan Mei...