Selalunya, sesebuah tugu akan dibina bagi mengenang jasa individu yang telah banyak menabur bakti kepada kawasan tertentu ataupun bagi mengenang kisah sejarah yang berlaku sekaligus mendidik generasi baru mengenainya.
Namun, lain pula ceritanya dengan ‘tugu’ yang satu ini. Well jujurnya, ia kelihatan lebih seperti batu nisan berbanding tugu!
Seorang jurutera perisian di Korea Selatan baru-baru ini telah sanggup menempah batu nisan yang memakan kos 430,000 won atau kira-kira RM1,459 sebagai simbol memperingati keputusan syarikat Microsoft untuk menghentikan pelayar web, Internet Explorer pada minggu lalu.
Lelaki yang dikenali sebagai Jung Ki-young itu berkata, idea tersebut memakan masa sebulan untuk direalisasikan. Apabila diamati secara dekat, permukaannya mempunyai catatan berbunyi, ‘Ia adalah alat yang baik untuk memuat turut pelayar lain’.
Ads
Gambar batu nisan itu kemudiannya tular di Korea Selatan setelah ia ditempatkan di atas bumbung sebuah kafe yang dikendalikan oleh keluarga Ki-young di bandar selatan Gyeongju.
Katanya, “Ia telah memainkan peranan yang besar dalam urusan kerja saya. Saya sememangnya berasa sedih atas kehilangannya yang pernah mendominasi enjin carian utama pengguna internet satu masa dahulu.
*
Ads
Untuk pengetahuan, Internet Explorer telahpun beroperasi selama 27 tahun. Apabila ia dilancarkan pada tahun 1995, Internet Explorer pernah menjadi pelayar web paling digemari di seluruh dunia lebih-lebih lagi setelah ia digabungkan dengan sistem pengendalian Windows yang dibangunkan oleh Microsoft.
Bagaimanapun, sejak akhir era 2000, Internet Explorer mula dipinggirkan setelah ramai pengguna mula beralih kepada pelayar Google Chrome atas sebab kepantasan operasinya. Kini, Internet Explorer telahpun dijenamakan semula kepada pelayar yang lebih pantas, Microsoft Edge.
P.S: Tiada sesiapa pula bina batu nisan untuk MySpace dan Friendster.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebelum ini kami pernah menyiarkan artikel tentang Thailand antara negara Asia terawal bakal menerima pelancong asing dengan pengecualian kuarantin wajib.
Thailand bercadang untuk mengecualikan kuarantin wajib kepada pelancong asing yang sudah divaksin apabila tiba di pulau peranginan Phuket bermula 1 Julai ini.
Terbaharu, Thailand dilaporkan akan membuka pintu masuk ke Phuket mulai Isnin depan kepada 66 negara yang berisiko rendah dan telah divaksin. Semua pelancong dari negara-negara tersebut perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum memasuki Thailand di bawah skim Phuket Sandbox.
Antara negara-negara yang tersenarai adalah seperti berikut:
1. Albania
2. Andora
3. Antigua and Barbuda
4. Australia
5. Austria
6. Azerbaijan
7. Bahrain
8. Barbados
9. Belgium
10. Bhutan
11. Brunei
12. Bulgaria
13. Cambodia
14. Canada
15. Chile
16. China
17. Croatia
18. Cyprus
19. Czech Republic
20. Denmark
21. Dominica
22. Estonia
23. Finland
24. France
25. Germany
26. Greece
27. Hungary
28. Iceland
29. Ireland
30. Israel
31. Italy
32. Kuwait
33. Laos
34. Latvia
35. Lithuania
36. Luxembourg
37. Malta
38. Mauritius
39. Monaco
40. Morocco
41. Myanmar
42. The Netherlands
43. New Zealand
44. Norway
45. Poland
46. Portugal
47. Qatar
48. Romania
49. Russia
50. San Marino
51. Serbia
52. Singapore
53. Slovakia
54. Slovenia
55. South Korea
56. Spain
57. Sweden
58. Switzerland
59. Turkey
60. United Arab Emirates
61. United Kingdom
62. United States
63. Vietnam
64. Hong Kong
65. Macau
66. Taiwan
Senarai negara-negara yang dibenarkan memasuki Thailand akan dikemaskini setiap dua bulan berdasarkan status COVID-19 di negara tersebut.
Hanya kanak-kanak berumur 6 tahun yang tidak divaksinasi dan bersama dengan ibu bapa yang telah divaksinasi sahaja dibenarkan masuk, tetapi jika kanak-kanak berumur antara 6 tahun hingga 18 tahun yang tidak divaksinasi, mereka perlu melakukan ujian Rapid Antigen semasa tiba di Phuket.
Hm, nampaknya Malaysia tidak tersenarai dalam 66 buah negara tersebut. dengan peningkatan kes positif COVID-19 di negara kita, jangankan nak ke luar negara, nak ke luar daerah pun belum lepas. Hiks!
Bersabarlah wahai rakyat Malaysia. Sama-samalah kita putuskan rantaian COVID-19 ini sebelum boleh menikmati kehidupan pergerakan bebas seperti dahulu.
Cuaca di negara kita yang agak panas menjadi sebab kenapa pentingnya penggunaan penghawa dingin. Bila tiba waktu cuaca panas, kadangkala aircond dirumah sudah tidak terasa sejuk, dek kerana panas yang melampau atau penghawa dingin korang dah lama tak service.
Lagi-lagi bila kes harian Covid-19 meningkat dan kita mula berkerja dari rumah semula.
Rupanya mudah sahaja melakukan sesi service aircond ni, berikut merupakan perkongsian di laman Twitter tentang cara servis aircond sendiri di rumah hanya dengan modah RM25 sahaja.
Harini aku nak share kat korang cara nak servis aircond sendiri kat rumah. Bermodalkan RM25 ringgit jer kompom aircond korang yang kat rumah yang dah tak sejuk tu terus jadi macam baru.
Ada empat step yang mudah. Step easy dan mudah jer:
1. Buka cover aircond dan keluarkan filter. Make sure dah tutup switch aircond tau.
2. Spray cleaner ni dalam cooling fins/coils aircond tu.
Beli spray cleaner boleh dibeli di shopee je.
3. Biarkan dalam 10 minit, kotoran tu nanti akan keluar ikut paip belakang aircond. Tak perlu basuh ke apa dah.
4. Lepas 10 minit pasang balik filter dan cover aircond tu settle.
Amacam mudahkan tip yang dikongsikan ini? Selamat mencuba!
**Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sekali imbas posternya mungkin ramai beranggapan bahawa Killing Gunther merupakan sebuah filem aksi. Sebenarnya, kamu tak salah kerana masih ada elemen aksi turut diselitkan di dalam filem arahan Taram Killam, pelakon komedi yang mucul dari program SNL. Ini merupakan filem pertama arahan Taran Killam, jadi tidak hairanlah sedikit sebanyak filem ini ada kekurangannya.
Jika dilihat di atas kertas, Killing Gunther menjanjikan sebuah kolektif pelakon-pelakon hebat yang terdiri daripada Cobie Smulders, Bobby Moynihan, Hannah Simone, Allison Tolman dan Arnold Schwarzenegger yang memegang watak Gunther. Gabungan hebat ini jika difikirkan mampu menlahirkan sebuah filem komedi yang baik.
Premis Killing Gunther cukup ringkas; Blake seorang pembunuh upahan bersama krewnya ingin mencari dan menghapuskan Gunther yang dipercayai menjadi pembunuh upahan terhebat di dunia. Untuk membuktikan dirinya lebih hebat, Blake harus menyempurnakan misi ini. Dan sepanjang misi ini dijalankan, Blake telah mengupah juru video untuk merakamkan setiap detik misi mereka.
Dan di sinilah kita sebagai penonton melihat rakaman yang dilakukan oleh juru video tersebut. Ia seakan menonton program realiti televisyen yang penuh dengan aksi letupan dan komedi daripada setiap karakter. Jika kamu pernah menonton filem What We Do in the Shadows, itulah corak arahan yang ingin dicapai oleh Taran Killam.
Namun, sayangnya ia tampil dengan banyak kelemahan. Salah satu daripadanya ialah fokus karakter utama yang agak tidak berapa jelas. Karakter-karakter lain juga tidak dikembangkan dengan begitu baik. Kemunculan Arnold Schwarzenegger tidaklah terlalu lama di dalam filem ini. Mingkin ia hanya sebagai gimik.
Walau bagaimanapun, Killing Gunther masih ada elemen komedi yang boleh kita hargai. Walaupun tidak menawarkan plot yang menarik namun kemunculan pelakon-pelakon hebat mungkin mampu mengubati kekecewaan itu.
Killing Gunther kini mula ditayangkan di seluruh negara bermula 2 November 2017.
Rating – 2.5/5
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini tular sebuah video iklan terbaru dari jenama fesyen Korea Selatan ‘Wacky Willy’ berjaya menarik perhatian pengguna media sosial kerana jalan penceritaan komedi...