Sedih Internet Explorer Dihentikan, Lelaki Ini Sanggup Tempah Batu Nisan Khas

Share

 

Selalunya, sesebuah tugu akan dibina bagi mengenang jasa individu yang telah banyak menabur bakti kepada kawasan tertentu ataupun bagi mengenang kisah sejarah yang berlaku sekaligus mendidik generasi baru mengenainya.

Namun, lain pula ceritanya dengan ‘tugu’ yang satu ini. Well jujurnya, ia kelihatan lebih seperti batu nisan berbanding tugu!

Seorang jurutera perisian di Korea Selatan baru-baru ini telah sanggup menempah batu nisan yang memakan kos 430,000 won atau kira-kira RM1,459 sebagai simbol memperingati keputusan syarikat Microsoft untuk menghentikan pelayar web, Internet Explorer pada minggu lalu.

Lelaki yang dikenali sebagai Jung Ki-young itu berkata, idea tersebut memakan masa sebulan untuk direalisasikan. Apabila diamati secara dekat, permukaannya mempunyai catatan berbunyi, ‘Ia adalah alat yang baik untuk memuat turut pelayar lain’.

Sumber Foto : Kiyoung Jung
Sumber Foto : Kiyoung Jung

Gambar batu nisan itu kemudiannya tular di Korea Selatan setelah ia ditempatkan di atas bumbung sebuah kafe yang dikendalikan oleh keluarga Ki-young di bandar selatan Gyeongju.

Katanya, “Ia telah memainkan peranan yang besar dalam urusan kerja saya. Saya sememangnya berasa sedih atas kehilangannya yang pernah mendominasi enjin carian utama pengguna internet satu masa dahulu.

*

Untuk pengetahuan, Internet Explorer telahpun beroperasi selama 27 tahun. Apabila ia dilancarkan pada tahun 1995, Internet Explorer pernah menjadi pelayar web paling digemari di seluruh dunia lebih-lebih lagi setelah ia digabungkan dengan sistem pengendalian Windows yang dibangunkan oleh Microsoft.

Bagaimanapun, sejak akhir era 2000, Internet Explorer mula dipinggirkan setelah ramai pengguna mula beralih kepada pelayar Google Chrome atas sebab kepantasan operasinya. Kini, Internet Explorer telahpun dijenamakan semula kepada pelayar yang lebih pantas, Microsoft Edge.

P.S: Tiada sesiapa pula bina batu nisan untuk MySpace dan Friendster.

BACA LAGI : Kelajuan Muat Turun Internet Mudah Alih Di Malaysia Kedua Paling Perlahan Di Asia Tenggara – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ