Sungguh sedih dan hiba hati ini apabila tergamak manusia yang tiada berperikemanusiaan menyeksa mahkluk tuhan yang tidak berdosa.

Lebih pilu lagi apabila si ‘bulu’ yang comel ini sanggup diseksa dengan kejam sehingga menyebabkan kematian yang menyedihkan.

Ini susulan kejadian seorang lelaki di United Kingdom (UK) didapati bersalah kerana menyeksa anak kucing teman wanitanya dengan menembak dan merendam haiwan itu dengan bahan peluntur sebelum memukulnya sehingga mati.

ARTIKEL BERKAITAN : “Saya Terkilan Semua Ini Salah & Silap Sendiri” -Ibu Terkilan Anak Usia 2 Tahun Meninggal Dunia Akibat Cirit-Birit 21 Kali

Sedih & Pilu, Pemuda Tergamak Seksa Anak Kucing Sehingga Mati

Ads

Menerusi laporan Mirror, pemuda bernama Lewis Hudson dijatuhi salah satu hukuman penjara yang paling lama untuk kekejaman terhadap haiwan.

Pemuda yang baru berusia 23 tahun itu didapati menendang anak kucing yang diberi nama Binx dengan menggunakan but keluli, menyiramnya dalam pancuran air mandian panas dan menghancurkan gigi anak kucing itu.

Dia dikenakan hukuman penjara selama 27 bulan dan larangan seumur hidup untuk memiliki haiwan peliharaan kerana mendera kucing betina tersebut.

Ads

Sedih & Pilu, Pemuda Tergamak Seksa Anak Kucing Sehingga Mati

Dalam pada itu, Menurut Royal Society for the Prevention of Cruelty to Animals (RSPCA), Binx yang berusia 11 bulan itu mengalami tahap keganasan fizikal dan penderitaan psikologi yang mengerikan’ untuk tempoh yang lama sebelum kucing itu dipukul hingga mati.

Selain itu, mahkamah turut dimaklumkan perbuatan mendera itu bermula selepas Lewis berpindah ke sebuah pangsapuri di Prescot, Merseyside bersama teman wanitanya dan Binx pada Ogos 2021.

Ads

Sedih & Pilu, Pemuda Tergamak Seksa Anak Kucing Sehingga Mati

Rakaman video menunjukkan beberapa kecederaan berlaku pada kucing itu dan penderaan berterusan selama kira-kira lapan bulan.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER : Mirror UK

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI