Institusi kekeluargaan adalah antara unit penting dalam kehidupan bermasyarakat.
Tugas ibu bapa bukan habis selepas melahirkan anak,namun harus membimbing dan melindunginya dari ancaman berbahaya.
Tapi mungkin bumi kita ini semakin tenat apabila perumpamaan “harapkan pagar, pagar makan padi ini seringkali berlaku dalam masyarakat kita”. Terbaru seorang pelajar didapati hamil tujuh minggu selepas mengalami muntah-muntah ketika sedang menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)..What?
Paling menyedihkan, kejadian itu berjaya membongkar bahawa ia merupakan perbuatan keji bapanya sendiri yang berusia 41 tahun.
Tertuduh yang juga merupakan bapa kepada empat anak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini atas dua pertuduhan merogol anak sulungnya berusia 12 tahun di sebuah rumah di Kampung Chabang Tiga, Terengganu.
Daripada kes ini seorang aktivis saudara Syed Azmi terpanggil untuk membuka mata orang ramai berapa seriusnya masalah yang meruncing masyarakat ini.
Ada beberapa pengajaran yang masyarakat boleh ambil daripada kes ini.
Learn from this.
- Seorang gadis boleh mengandung bila sudah mula datang bulan. Ramai tak tahu.
- Pentingnya Modul Keselamatan Diri, Sex Education, Relationship, Feelings and Changes dan macam-macam lagi.
- Yang bersalah adalah perogol dan bukan anak.
- Mengandung cuma satu insiden yang berlaku. Merogol, mencabul, Grooming semua ni perlu di lihat juga. Lagi lama buat, lagi lama budak simpan rahsia.
Ishh geram la ada orang perangai macam ni, anak kau sendiri kot. Jijik la perangai macam ini.
Sumber : Awani
7 Pemain Muda Sertai Piala Dunia 2018, Siapa Agaknya Paling Bersinar?
Isi Kandungan
ToggleLebih kurang tinggal seminggu lagi Piala Dunia 2018 akan berlangsung. Confirm ramai yang excited nak menonton sebab punyalah lama menunggu dari lima tahun lepas kan?
Kali ini, nampaknya pasukan yang terlibat banyak mempertaruhkan pemain muda untuk beraksi di pentas dunia. Sudah tentu mereka tidak mahu mensia-siakan peluang yang diberi dan menjadikan Piala Dunia ini sebagai platform untuk bintang muda menjadi idola pada masa hadapan.
Jom kita lihat siapakah pemain-pemain muda yang bakal menyinar di Russia nanti.
1. Trent Alexander-Arnold (England)
Walaupun baru berusia 19 tahun, ia langsung tidak menjadi penghalang buat Alexander-Arnold untuk beraksi bersama para pemain senior yang lain.
Kemunculannya dalam final Liga Juara-Juara mampu meletakkan dirinya sebaris bintang dunia, Cristiano Ronaldo.
Alexander-Arnold bakal menjadi tumpuan pada sayap kanan pasukan England di Piala Dunia 2018 nanti.
2. Achraf Hakimi (Morocco)
Kemunculannya sebagai pemain utama di Real Madrid mungkin tidak sekerap yang lain, namun setiap kali tampil beraksi, pemain berumur 19 tahun ini mampu memukau seperti yang berlaku baru-baru ini, dia telah menyumbat satu gol dalam kemenangan 6-0 Real Madrid ke atas Celta Vigo di Liga Sepanyol akhir musim ini.
3. Andre Silva (Portugal)
Silva mungkin masih berjuang untuk memberikan persembahan terbaik bersama AC Milan musim ini, tapi nasibnya dilihat lebih baik bersama pasukan Portugal kerana dia berjaya menghasilkan 11 gol dalam 20 aksi perlawanan yang disertainya.
Tidak mustahil, pemain muda ini bakal mengejutkan banyak pihak di Piala Dunia 2018.
4. Goncalo Guedes (Portugal)
Seorang lagi wakil dari pasukan Portugal, Goncalo Guedes telah menjaringkan lima gol bersama Valencia di Liga Sepanyol.
Guedes juga antara yang disebut-sebut sebagai ‘bayangan’ Cristiano Ronaldo di usianya yang baru menginjak 21 tahun.
5. Presnel Kimpembe (Perancis)
Kimpembe juga dilihat memiliki kemampuan seperti kapten Manchester City, Vincent Kompany dan bakal bergandingan bersama Raphael Varane atau Samuel Uminit di posisi tengah.
6. Corentin Tolisso (Perancis)
Tolisso memiliki konsistensi yang baik seperti pemain tengah Perancis, Paul Pogba. Dia mempunyai pakej lengkap dalam menyerang mahu pun bertahan, seperti yang telah dibuktikan bersama Bayern Munich pada musim ini.
7. Julian Brandt (Jerman)
Brandt berpeluang besar menjadi pemain sayap terbaik pada masa hadapan. Pemain muda ini berjaya menghasilkan 12 gol bersama Bayern Leverkusen dan tujuh assist di Liga Jerman musim ini.
Dah tak sabar rasanya nak tengok mereka ni beraksi. Sesekali, bagi la chance pada pemain muda untuk menyinar kan. Jangan pandang rendah atas kemampuan mereka kerana tak mustahil satu hari nanti, bintang-bintang muda ini juga mampu menempa kejayaan di mata dunia.
All the best guys!
YouTuber Sugu Pavithra Terharu Terima Hadiah Daripada Perdana Menteri
Sebelum ini Remaja pernah menyiarkan tentang kisah seorang suri rumah yang mewujudkan siaran YouTube bagi berkongsi resipi dan cara hidup mereka sekeluarga. Sugu Pavithra mendapat perhatian daripada masyarakat Malaysia kerana keikhlasan hatinya jelas terselah pada setiap video yang dimuat naik.
Terkini, Sugu dikatakan telah menerima hadiah istimewa daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin, antaranya adalah tripod, ketuhar gelombang mikro, periuk nasi elektrik serta barangan memasak.
Wah, bertuah badan. Memang rezeki Sugu sekeluarga.
Sugu telah memuat naik video resipi Ulunthu Vadai di YouTubenya sambil menyelitkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri dan turut berkongsi ucapan kad bertulis tangan tertera:
“Dengan ingatan tulus ikhlas daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin. Keep up the good work, just stay at home”
“Semasa ada orang datang hantar ke rumah, saya tidak percaya kerana siapalah saya, sampailah akak (wartawan Bernama) telefon saya untuk bertanya hadiah telah diterima atau belum,” katanya kepada Bernama.
Menurut Pavithra, penghargaan yang diterima daripada Perdana Menteri serta pengikut akaun YouTube beliau akan dijadikan sebagai perangsang untuk terus memuat naik kandungan video memasak bagi manfaat bersama.
Daripada lebih kurang 150 ribu followers di YouTube, kini channelnya sudah mempunyai hampir 460 ribu pengikut.
BACA: Hanya Kongsi Video Masak, Daripada 100 Subcribers Kini Peroleh Lebih 100,000 Pengikut Di YouTube
Dah memang tertulis rezeki Sugu Pavithra dan keluarganya. Semoga dengan kejayaan ini dapat membuatkan wanita ini lebih bersemangat untuk berkongsi resipi dan menjana pendapatan daripada hasil perkongsiannya di YouTube.
Sumber: Harian Metro
8 Perkahwinan Diraja Paling Mewah Sepanjang Zaman, ‘Wedding Of The Year’!
Perkahwinan anakanda anakanda Sultan dan Yang Dipertua Brunei Darussalam, Putera Abdul Mateen menjadi ‘Wedding of The Year’ kerana begitu gah dan meriah. Malah, pasti ramai yang berangan nak kahwin dengan anak raja kan…hehe
ARTIKEL BERKAITAN : Anak Raja Thailand Berjiwa Fesyen, Gaya Puteri Sirivannavari Di Minggu Fesyen Paris
Difahamkan, sebelum Putera Mateen, beberapa majlis perkahwinan pasangan diraja ini pernah mencuri perhatian kerana kemewahan mereka. Sanggup membelanjakan bajet sehingga ratusan ribu, berikut adalah 8 perkahwinan pasangan diraja paling mewah sepanjang zaman.
- Putera Rainier III dan Grace Kelly, Monaco
Perkahwinan Putera Rainier III dan Grace Kelly adalah salah satu perkahwinan diraja yang paling mewah di dunia. Berkahwin pada tahun 1956 di St. Nicholas, majlis perkahwinan yang dihadiri kira-kira 600 tetamu jemputan itu diadakan selama 2 hari. Pada masa itu, Grace Kelly, memakai gaun pengantin yang menampilkan garis leher yang tinggi, banyak lapisan petticoat, dan mutiara antik yang direka khas oleh Helen Rose. Tidak cukup dengan itu, terdapat kek perkahwinan enam tingkat dengan gambar istana negeri yang diperbuat daripada gula yang turut menjadi tumpuan.
2. Putera Charles dan Lady Diana Spencer, England
Pasangan diraja Britain, Putera Charles dan Lady Diana Spencer telah berkahwin secara rasmi di St. Paul pada tahun 1981. Perkahwinan kedua mereka sangat popular sehingga sukar untuk dilupakan. Memakai gaun putih gading dihiasi 10,000 mutiara, Puteri Diana kelihatan cantik dan anggun.
Disiarkan di kaca televisyen, perkahwinan Putera Charles dan Puteri Diana dianggarkan berjumlah USD 70-100 juta. Malah, perkahwinan itu adalah yang paling mahal dalam sejarah perkahwinan British.
3. Putera Felipe dan Letizia Ortiz Rocasolano, Sepanyol
Raja dan Ratu Sepanyol berkahwin di Katedral Santa María la Real de La Almudena di Madrid. Perkahwinan yang diadakan pada 22 Mei 2004, memeterai ikrar suci perkahwinan di hadapan 1,200 tetamu. Gaun Manuel Pertegaz yang dipakai oleh pengantin perempuan itu sangat cantik, dihiasi dengan sulaman emas. Majlis perkahwinan diraja Sepanyol itu dipercayai menelan belanja sekitar USD 25-30 juta. Malah, siaran televisyen majlis itu berjaya menarik perhatian 25 juta penonton di Sepanyol.
4. Putera Albert II dan Charlene Wittstock, Monaco
Putera Albert II berkahwin dengan perenang Olimpik, Charlene Wittstock pada 2011. Majlis perkahwinan Katolik berlangsung di perkarangan Istana Monaco. Charlene kelihatan memukau dengan memakai gaun Armani berwarna putih yang dihiasi dengan 40,000 kristal Swarovski dan 20,000 mutiara. Berlangsung selama 3 hari, perkahwinan mewah Putera Albert II dan Charlene dianggarkan menelan belanja sekitar USD 70 juta.
5. Putera William dan Kate Middleton, England
Tidak kurang menarik perhatian, perkahwinan Putera William dan Kate Middleton turut menjadi perbualan hangat pada tahun 2011. Diadakan secara mewah di Westminster Abbey, perkahwinan itu dianggarkan menelan belanja USD 34 juta. Malah, sekitar USD 32 juta diperuntukkan untuk perlindungan dan keselamatan acara. Hebat tak?
Pada majlis perkahwinannya, Kate kelihatan cantik memakai gaun putih rekaan Alexander McQueen. Pelbagai tetamu terkenal dunia turut menghadiri majlis perkahwinan diraja itu, seperti David dan Victoria Beckham, Sir Elton John dan David Furnish.
6. Putera Harry dan Meghan Markle, England
Putera Harry dan Meghan Markle telah berkahwin secara rasmi di St George’s Chapel di Windsor pada 2018. Majlis perkahwinan itu dihadiri 600 tetamu di Chapel, manakala 2,000 orang meraikan di luar Istana Windsor. Pada hari perkahwinannya, Meghan kelihatan cantik memakai gaun pengantin Givenchy. Dianggarkan perkahwinan Putera Harry dan Meghan Markle menelan belanja sekitar USD 40-42 juta.
7. Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah dan Pengiran Haji Muhammad Ruzaini
Sebelum perkahwinan Putera Abdul Mateen, perkahwinan kakaknya, Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah, mula menjadi tumpuan. Pada tahun 2012 Puteri Sultan Brunei, sebagai pengantin diraja, berkahwin dengan lelaki bukan diraja. Terdapat kira-kira 3,000 tetamu yang dijemput ke sambutan itu. Dianggarkan kos keseluruhan acara diraja itu mencecah USD 20 juta.
8. Putera Abdul Mateen dan Anisha Rosnah
Masih menjadi bualan hangat, perkahwinan Putera Abdul Mateen dan Anisha Rosnah adalah antara majlis perkahwinan diraja yang paling mewah. Menghabiskan wang yang tidak kurang hebatnya, pernikahan kedua mereka baru saja berlangsung di Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien, Brunei Darussalam, pada hari Khamis (11/1/24). Majlis perkahwinan itu diadakan selama 10 hari dan dianggarkan menelan belanja sehingga berbilion.
Untungnya jadi anak raja ni, majlis perkahwinan pun gah dan mewah.
BACA LAGI : Walaupun Sudah ‘Keluar’ Istana. Anak Putera Harry & Meghan Markle Tetap Terima Gelaran Diraja
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.