Kasih sayang tidak mungkin dijual beli. Ia satu nilai agung bagi yang tahu menghargainya. Ramai pasangan kekasih menyimpul impian ingin mendirikan rumahtangga. Tapi bukan semua berakhir dengan kenangan indah.
Kisah sedih pasangan ini pasti tidak dapat dilupakan hingga mati. Beberapa minit sebelum disatukan sebagai suami isteri, pengantin lelaki ini harus menerima hakikat bahawa bakal isterinya sudah meninggal akibat kanser darah (leukemia).
Sesuatu yang sangat menyedihkan, di saat itu Yang Feng, 27 tahun sudah mengenakan tuxedo dengan lengkap kerana bakal menyarung cincin ke tangan bakal isterinya, Xiao Hui yang sudah lama terlantar sakit, namun dia menerima ujian bahawa Tuhan terlebih dahulu mengambil nyawa bakal isterinya.
“Ia saat yang paling menyedihkan berlaku dalam kehidupan saya. Ia satu kehilangan dan satu ujian yang harus saya lalui sekalipun amat pahit untuk menelannya,” katanya.
Ads
Bukan hanya dirinya yang menangis tetapi keseluruhan ahli keluarga yang menantikan saat indah menyaksikan detik pasangan ini disatukan sebagai suami isteri, kesemuanya menangis sebaik dikhabarkan oleh doktor bahawa kekasihnya Xiao Hui sudah tiada.
Kisah cinta pasangan ini memang sejati. Sekalipun tidak dapat disatukan dengan bakal isterinya tetapi Yang Feng dilihat setia memakai cincin perkahwinan mereka. Mereka sudah pun memilih tarikh yang baik iaitu 12 Ogos lalu selepas doktor di Hospital RS Zhengzhou memaklumkan keadaan kesihatan kekasihnya semakin teruk beberapa hari sebelum itu.
Segala persiapan sudah dipersiapkan termasuk kehadiran ahli keluarga, tetamu tetapi tepat jam 5.18 petang, beberapa minit sebelum disatukan, Xiau Hui menghembuskan nafas terakhirnya.
Ads
Bakal pengantin perempuan ini sudah lama mengidap kanser iaitu leukemia pada usianya 24 tahun. Di sebalik kesedihan menerima berita itu, Xiao Hui bertemu Yang yang juga seorang pemandu lori menghantar barang.
“Sekian lama berkenalan baru Xiao berani menceritakan penyakit dialaminya kerana takut saya akan menolak cintanya. Awalnya saya berasa kasihan dengan keadaannya tetapi semakin lama mengenalinya, saya sedar saya sangat menyintainya.
Ads
“Kalau boleh saya ingin merawatnya, menjaganya dan memastikan dia hidup sihat bersama sama sepanjang hayat kami. Jika saya mengenalinya lebih cepat, tentu saya sudah menjaganya dengan penuh perasaan cinta. Dia cinta sejati saya,” katanya yang dilihat terus menangis dan berasa kesal kerana tidak sempat mengahwini kekasihnya.
Kisah pasangan ini menjadi tular di China dan ramai netizen menyuarakan simpati pemergian kekasihnya dan cinta yang tiada kesempaian. Ramai yang memberinya kata-kata semangat untuk meneruskan kehidupan. Kata mereka cinta sejati itu wujud!
Ternyata cinta itu indah bagi yang tahu merasai keindahannya.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Isteri kepada Tunku Mahkota Johor, YM Che’ Puan Besar Khaleeda memang dikenali sebagai seorang yang pengasih, lebih-lebih lagi kepada kanak-kanak. Sebelum ini, beliau telah menyantuni adik Bella (kanak-kanak sindrom down yang didera) di Taman Tema Lego Land Malaysia Resort.
Terbaharu, menerusi instagram story yang dimuat naik, YM Che’ Puan Khaleeda dilihat membuat gesaan untuk menyiasat kembali kes kematian bayi perempuan Nour Rania Asyifaa Yuseri (Syifaa) ketika masih dalam jagaan di pusat jagaan kanak-kanak Bandar Seri Sendayan, Negeri Sembilan pada Februari lalu.
Isteri TMJ berkongsi sebuah hantaran yang dibuat oleh bapa Syifaa, Yuseri Yusoff yang memuat naik gambar kecederaan anaknya itu serta laporan bedah siasat yang meragukan dengan peringatan mengenai tarikh sebutan semula kes inkues di Mahkamah Koroner Seremban pada 29 Jun depan.
Namun, YM juga berasa curiga dengan menjelaskan bahawa tidak masuk akal jika Baby Syifaa terjerut buai dengan ada kesan luka di kaki seperti dia diheret. “Bagaimana seseorang boleh melakukan perkara ini ke atas kanak-kanak yang tidak terdaya?” jelasnya.
Di hantaran story itu juga YM turut menandakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Rina Harun bagi memberi peringkatan kepada individu-individu yang bertanggungjawab.
Jelas beliau lagi, kalau betul dijerut dengan buai, bukankah ia akan menunjukkan kesan yang lebih tebal? Tidak pernah pula beliau lihat buai yang bertali nipis.
Baby Syifaa disahkan meninggal dunia pada pukul 4.30 petang 22 Februari lalu selepas dibawa pengasuhnya ke Klinik Kesihatan Sendayan untuk rawatan. Siasatan awal polis mendapati pengasuh bayi itu mendakwa mangsa dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan leher dan kepalanya terkeluar daripada buaian dan tergantung pada kain buaian, manakalanya badannya berada di dalam buaian.
Pengurusan kes inkues bagi menentukan punca kematian baby Syifaa ditetapkan semula pada 29 Jun depan di Mahkamah Koroner Seremban. Semoga keadilan berpihak kepada orang yang benar. Sama-sama kita doakan!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kalau korang masih ingat pada bulan lalu, seorang remaja berusia 20 tahun bernama Shah Hairil Izman Dave telah ditangkap selepas kantoi menyamar menjadi seorang doktor di sebuah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Stadium Perpaduan Kuching, Sarawak.
Insiden yang berlaku di Hospital Umum Sarawak itu sebenarnya bukanlah percubaan kali pertama oleh remaja yang berasal dari Bandar Bau Semariang ini. Amat memeranjatkan apabila siasatan mendapati dia pernah melakukannya sekerap 32 kali dari 16 Jun hingga 1 Julai lalu.
Dari luaran, Shah Hairel memiliki kesemua perkakas dan peralatan yang diperlukan untuk kelihatan seperti seorang doktor sebenar seperti kad nama, peralatan perubatan, cop, pas palsu sebagai kakitangan di hospital berkenaan dan kelengkapan lain yang dibawanya sendiri.
Biarpun ‘berpengalaman’ menjadi seorang doktor sehingga 32 kali, penipuannya berakhir setelah dia didapati hanya berusia 20 tahun semasa sibuk berbual dengan doktor lain; lantas menimbulkan keraguan di kalangan kakitangan di sana. Setelah siasatan dijalankan, dia rupanya mempunyai minat mendalam dalam bidang perubatan malah telah mempelajari ilmu perubatan secara dalam talian.
Oleh sebab ini dianggap sebagai satu bentuk kesalahan mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai seorang penjawat awam, maka kes ini perlu dirujuk ke Mahkamah Kuching pada hari ini dalam sebuah prosiding.
Hasilnya, Shah Hairil pada hari ini telah diperintahkan oleh mahkamah untuk menjalani program khidmat masyarakat selama 120 jam selepas dia mengaku bersalah atas tuduhan yang dikenakan di atasnya. Perintah ini dibuat di bawah Seksyen 293(1)(e) Kanun Prosedur Jenayah.
Dia bernasib baik kerana terlepas daripada hukuman maksimum dua tahuun penjara atau denda atau kedua-duanya sekali.
Penulis sebenarnya masih keliru bagaimana tertuduh boleh bertahan menjadi doktor sekerap 32 kali tanpa ‘terkantoi’ oleh pihak pengurusan mahupun para doktor lain? Namun orang kata, sepandai-pandai tupai melompat (sebanyak 32 kali dalam kes ini) akhirnya jatuh ke tanah juga.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap bulan, ada saja perkara yang bertukar viral. Bulan ini, semua orang bercakap mengenai #LathiChallenge.
So guys, baru-baru hangat diperkatakan tentang Lathi Challenge yang menjadi ikutan netizen. Lathi Challenge memerlukan seseorang menunjukkan teknik tatarias wajah cantik sebelum berubah menjadi watak yang menakutkan.
Cabaran ini menggunakan lagu tema yang menggabungkan elemen muzik elektronik dan tradisional berjudul Lathi hasil nyanyian Weird Genius dan Sara Fajira.
Selepas ramai netizen memuat naik imej atau video mereka melakukan #LathiChallenge di media sosial, timbul pula persoalan bahawa solekan ini ada unsur-unsur pemujaan dan haram buat orang Islam?
Baru-baru ini PU Syed menerusi laman Instagramnya, menjelaskan cabaran yang kini menjadi ikutan masyarakat di Malaysia khususnya yang beragama Islam, adalah haram kerana menyalahi apa yang dibenarkan oleh syarak.
A post shared by Syed Bakri Al-Yahya (@syedbakri_alyahyaofficial) on Jun 3, 2020 at 5:09pm PDT
“Kecoh apabila ambe (saya) nyatakan bahawa perbuatan yang sedang viral sekarang iaitu Lathi Challenge adalah haram kerana menyalahi apa yang dibenarkan oleh syarak.
“'Barang siapa yang merintis satu sunnah (yang baik) dalam Islam, maka baginya pahala amalan yang dirintisnya itu serta (dia juga beroleh) pahala orang yang mengamalkannya selepasnya.
“Dan barang siapa yang merintis suatu sunnah (yang buruk) dalam Islam, maka baginya dosa amalan yang dirintisnya itu serta (dia juga beroleh) dosa orang yang mengamalkannya selepasnya. ( HR Imam Muslim),” tulisnya.
PU Syed juga menegaskan, cabaran itu jelas memaparkan solekan ala-ala syaitan yang tidak perlu diikuti. Jelasnya, hukum agama bukan berdasarkan akal semata-mata tetapi nas.
“Dengan merakamkan video berlatarbelakangkan lagu, dengan solekan ala-ala syaitan, maka adakah ingin kita katakan perbuatan itu harus dilakukan?
"Hukum dalam agama bukan berdasarkan akal semata-mata tetapi mempunyai nas.
“Semalam saya membawa hadis tentang meniru gaya orang kafir walaupun golongan penyokong Lathi Challenge menyebut bahawa ia diasas oleh orang Indonesia dan walau sekalipun dia seorang Muslim tetap ada sumber awal yang menyebabkan mereka berani membuat sesuatu yang menyalahi syarak,” tegasnya.
So korang nak lagi ke buat Lathi Challange ni, Iktibarnya, jangan suka sangat nak ikut semua challange yang ada okay.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...