Sedihnya! Beberapa Minit Sebelum Bernikah, Wanita Ini Meninggal

Share

Kasih sayang tidak mungkin dijual beli. Ia satu nilai agung bagi yang tahu menghargainya. Ramai pasangan kekasih menyimpul impian ingin mendirikan rumahtangga. Tapi bukan semua berakhir dengan kenangan indah.

Kisah sedih pasangan ini pasti tidak dapat dilupakan hingga mati. Beberapa minit sebelum disatukan sebagai suami isteri, pengantin lelaki ini harus menerima hakikat bahawa bakal isterinya sudah meninggal akibat kanser darah (leukemia).

Sesuatu yang sangat menyedihkan, di saat itu Yang Feng, 27 tahun sudah mengenakan tuxedo dengan lengkap kerana bakal menyarung cincin ke tangan bakal isterinya, Xiao Hui yang sudah lama terlantar sakit, namun dia menerima ujian bahawa Tuhan terlebih dahulu mengambil nyawa bakal isterinya.

“Ia saat yang paling menyedihkan berlaku dalam kehidupan saya. Ia satu kehilangan dan satu ujian yang harus saya lalui sekalipun amat pahit untuk menelannya,” katanya.

Bukan hanya dirinya yang menangis tetapi keseluruhan ahli keluarga yang menantikan saat indah menyaksikan detik pasangan ini disatukan sebagai suami isteri, kesemuanya menangis sebaik dikhabarkan oleh doktor bahawa kekasihnya Xiao Hui sudah tiada.

Xiao Hui disahkan meninggal beberapa minit sebelum bergelar isteri kepada pasangan hidupnya, Yeng

Kisah cinta pasangan ini memang sejati. Sekalipun tidak dapat disatukan dengan bakal isterinya tetapi Yang Feng dilihat setia memakai cincin perkahwinan mereka. Mereka sudah pun memilih tarikh yang baik iaitu 12 Ogos lalu selepas doktor di Hospital RS Zhengzhou memaklumkan keadaan kesihatan kekasihnya semakin teruk beberapa hari sebelum itu.

Segala persiapan sudah dipersiapkan termasuk kehadiran ahli keluarga, tetamu tetapi tepat jam 5.18 petang, beberapa minit sebelum disatukan, Xiau Hui menghembuskan nafas terakhirnya.

Bakal pengantin perempuan ini sudah lama mengidap kanser iaitu leukemia pada usianya 24 tahun. Di sebalik kesedihan menerima berita itu, Xiao Hui bertemu Yang yang juga seorang pemandu lori menghantar barang.

“Sekian lama berkenalan baru Xiao berani menceritakan penyakit dialaminya kerana takut saya akan menolak cintanya. Awalnya saya berasa kasihan dengan keadaannya tetapi semakin lama mengenalinya, saya sedar saya sangat menyintainya.

“Kalau boleh saya ingin merawatnya, menjaganya dan memastikan dia hidup sihat bersama sama sepanjang hayat kami. Jika saya mengenalinya lebih cepat, tentu saya sudah menjaganya dengan penuh perasaan cinta. Dia cinta sejati saya,” katanya yang dilihat terus menangis dan berasa kesal kerana tidak sempat mengahwini kekasihnya.

Kisah pasangan ini menjadi tular di China dan ramai netizen menyuarakan simpati pemergian kekasihnya dan cinta yang tiada kesempaian. Ramai yang memberinya kata-kata semangat untuk meneruskan kehidupan. Kata mereka cinta sejati itu wujud!

Ternyata cinta itu indah bagi yang tahu merasai keindahannya.

Published by
Almaswa Haji Che Ros