Tahniah REMAJA ucapkan kepada Hafeez dan pasangan!
Dengan sekali lafaz, pelakon tampan, Hafeez Mikail kini sah bergelar suami kepada Noor Azira Azman di Changkat Telang, Hulu Langat, Selangor pada 6 Mei yang lalu.
Perkara tersebut dikongsikan pelakon drama Hatimu Sedingin Salju menerusi sebuah hantaran terbaharu di entri Instagram miliknya.
Mengenakan busana tradisional Jawa serba putih, Hafeez menitipkan kesyukuran dan menzahirkan penghargaan buat keluarga dan sahabat handainya yang telah membantu dalam menjayakan majlis perkahwinannya itu.
Selain itu, pelakon berusia 31 tahun itu turut tidak lupa berterima kasih buat semua para tetamu yang hadir pada acara resepsi perkahwinan mereka.
“Alhamdulillah saya dan isteri saya selamat diijab kabulkan pada 6/5/23. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua keluarga dan rakan-rakan yang telah membantu menjayakan majlis kami.
“Terima kasih juga kepada mereka yang hadir pada majlis kami, saya dan isteri ingin memohon maaf jikalau ada kekurangan dari pihak kami sepanjang process majlis kami dijalankan,” coretnya panjang.
Terdahulu, Hafeez dan isteri mengikat tali pertunangan di kediaman pihak wanita yang terletak di Beranang, Selangor pada 24 Disember 2022 selepas lebih setahun berkenalan.
Malah, dia sempat memberi peringatan kepada Azira untuk bersedia dengan kecaman netizen dan perhatian yang diberikan apabila bergelar isteri kepada seorang artis.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Hafeez Mikail