Tengku Puteri Raja, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan pilihan hatinya, FD Idzham FD Iskandar sah bergelar suami isteri dalam istiadat akad nikah di Istana Abdulaziz, pada malam tadi.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh Mufti Negeri Pahang, Datuk Profesor Dr. Asmadi Mohamed Naim yang diperkenankan oleh Sultan Pahang menjadi wakil rasmi Baginda di majlis tersebut.

Segak & Manis Berona Putih, Tengku Afzan Sah Milik FD Idzham
sumber: Sinar Harian

Pada istiadat akad nikah itu, kedua-dua pasangan diraja itu sama cantik dan sama padan mengenakan berbaju Melayu dan kurung berona putih.

Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta seluruh keluarga Baginda berdua pula dilihat mengenakan sepersalinan berwarna kuning diraja.

Selepas selesai akad nikah, FD Idzham dibawa menunaikan solat sunat ke kamar khas disusuli dengan perarakan masuk Tengku Afzan ke mahligai pelamin.

Segak & Manis Berona Putih, Tengku Afzan Sah Milik FD Idzham
sumber: Sinar Harian

Kemudian pengantin lelaki berarak masuk semula ke mahligai pelamin bagi menyempurnakan Istiadat Menyarung Cincin.

Terdahulu, Pengelola Bijaya Diraja Utama Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya berkata, istiadat perkahwinan diraja itu akan berlangsung pada tiga hari iaitu 22, 23 dan 25 Ogos ini.

Majlis akad nikah akan diikuti berinai Jumaat ini dan bersanding pada Ahad.

Segak & Manis Berona Putih, Tengku Afzan Sah Milik FD Idzham

Segak & Manis Berona Putih, Tengku Afzan Sah Milik FD Idzham

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagramTikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: Bernama.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI