Bahang konsert band, Coldplay yang direncana berlangsung di Malaysia pada 22 November 2023 makin hangat terasa.
Malah, sebelum ini ramai yang kecewa selepas tiket konsert Coldplay: Music of the Spheres World Tour yang menjadi rebutan ribuan rakyat Malaysia ‘licin’ dalam tempoh tiga jam selepas dibuka kepada orang awam sejak 10 pagi minggu lepas.
ARTIKEL BERKAITAN : Tiket Coldplay Jadi Mas Kahwin, Pasangan Rare Ini Dan Curi Perhatian
Lebih parah lagi apabila ramai ‘ulat tiket’ mengambil kesempatan dengan menjual semula tiket Konsert dengan harga yang tidak masuk akal.
Beri Sinar Buat Peminat
Semalam, penganjur konsert ‘hangat’ ini Live Nation Malaysia tidak menolak kemungkinan konsert Coldplay: Music Of The Spheres di Stadium Nasional Bukit Jalil, akan ditambah sehari lagi susulan permintaan yang diterima masih tinggi.
Bagaimanapun, Pengarah Urusannya, Para Rajagopal berkata, terlalu banyak aspek perlu diambil kira bagi menunaikan impian ramai itu.
“Segalanya ada kemungkinan. Perbincangan masih berjalan mengenai banyak perkara. Kami tak boleh cakap apa-apa lagi,” katanya seperti dilaporkan portal Berita Harian pada Selasa.
Beliau berkata demikian susulan terdapat petisyen dalam talian untuk konsert hari kedua ditambah selepas kumpulan terbabit mengumumkan bakal adakan konsert hari kedua di Koahsiung, Taiwan. Dalam masa sama, Para menyarankan peminat-peminat sentiasa melihat pengumuman terbaharu di saluran-saluran penganjur.
Jadi, korang gembira tak dengan berita ni? Tapi kena sentiasa alert okay dengan pengumuman pihak penganjur.
BACA LAGI : PMX Beria ‘Welcome’, Rupanya Ini Sumbangan Besar COLDPLAY Kepada Malaysia
BACA LAGI: Jadual Konsert Julai Di Malaysia Makin Padat, MUSE Pula Sah Datang Ke KL!
Sumber : ( 1 )
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.