Sekarang ni kalau korang perasan, banyak sangat sindiket peminta sedekah di negara kita. Kadang-kadang sampai rasa ragu-ragu nak menderma atau pun tidak kerana bimbang mereka hanya ‘berlakon’ menjadi orang susah.
Tambahan lagi di bazar Ramadan, golongan pengemis juga kelihatan seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan cuba meraih simpati daripada para pengunjung di sana.
ARTIKEL BERKAITAN : Etnik Rohingya Tolak Kerja! Lelaki Kongsi Pengalaman Benar
Susulan hal ini, polis Melaka bersama JKM dan BPT telah berjaya menumpaskan dan menangkap dalang utama sindiket pengemis warga asing ini.
Menerusi hantaran di laman Facebook Polis Melaka, Difahamkan kegiatan mengemis yang dilakukan oleh warga asing itu mampu meraih wang sedekah sekitar RM400 hingga RM500 setiap hari di bazar Ramadan di Melaka.
Dalam serbuan yang dilakukan kira-kira 7.30 petang itu, suspek lelaki tempatan berusia 35 tahun terbabit ditangkap bersama tiga pengemis yang berusia antara 33 hingga 46 tahun yang dibawa olehnya dari Kuantan.
Menurut Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah, serbuan berkenaan dibuat selepas pihaknya menerima aduan berkenaan aktiviti mengemis yang semakin rancak di bazar Ramadan, pasar raya dan pusat beli belah dengan sebahagiannya juga tular di media sosial.
Dalang bawa warga asing dari Kuantan ke Melakan untuk mengemis, siap tidur di hotel
Menurutnya lagi, siasatan awal mendapati ketiga-tiga warga asing itu telah dibawa oleh dalang dari Kuantan ke Melaka hanya untuk mengemis.
“Dalang utama ini bertanggungjawab membawa tiga warga asing itu ke Melaka dengan menggunakan kenderaanya bagi tujuan mengemis dan menguruskan tempat tinggal mereka di sebuah hotel di Jalan Tun Perak.
“Sindiket ini turut juga memperolehi hasil kutipan harian antara RM400 sehingga RM500 dengan menyasarkan tapak-tapak bazar Ramadan,” katanya lagi.
Berkongsi lanjurt, Zainol berkata hasil soal siasat daripada suspek utama juga mendakwa dia merupakan pengusaha kantin di sebuah sekolah di Kuantan.
Jelasnya lagi, kesemua suspek ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdangang Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007, jika sabit kesalah boleh dipenjara hingga 15 tahun dan denda.
BACA LAGI : [Video] Pura-Pura Mengaku Islam, Hati-Hati Dengan Sindiket Peminta Sedekah
Sumber: KOSMO
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.