Sejak kebelakangan ini, aktiviti mendaki gunung atau bukit telah menjadi kebiasaan dalam kalangan anak muda yang ingin ‘healing’ bersama rakan-rakan lain di hujung minggu.

Namun perlu diingatkan kepadas semua individu yang terlibat dengan aktiviti pendakian gunung untuk membuat persediaan rapi sebelum mendaki bagi mengelak daripada perkara tidak diingini.

ARTIKEL BERKAITAN: 500 Malim Gunung Digerakkan Cari Muhammad Hawari, Pendaki OKU Yang Hilang Di Gunung Everest

Seharusnya Lebih Sayangkan Nyawa, Pendakian Gunung Ekstrem Hanya Untuk Pendaki Cukup ‘Fit’ & Sihat

Menerusi petikan temubual KOSMO bersama Pengerusi Persatuan Malim Gunung Perhutanan Cawangan Perak, Muzafar Mohamad baru-baru ini, antara perkara penting yang patut disediakan ialah penggunaan khidmat malim gunung bertauliah bagi mengelak risiko tersesat ketika aktiviti tersebut.

Katanya, terdapat lokasi-lokasi yang ditentukan oleh Jabatan Hutan Negeri, Taman Negeri dan Taman Negara yang mewajibkan penggunaan malim gunung yang telah melalui latihan meliputi aspek perundangan, keselamatan dan kemahiran dalam aktiviti mendaki.

Seharusnya Lebih Sayangkan Nyawa, Pendakian Gunung Ekstrem Hanya Untuk Pendaki Cukup ‘Fit’ & Sihat

“Malim juga bertindak sebagai pemberi pertolongan cemas dalam mana-mana insiden kemalangan dan mereka telah terlatih seperti apa yang berlaku di Gunung Tahan minggu lalu.

Ads

“Di samping malim memantau keselamatan peserta sepanjang aktiviti, mereka juga bertindak sebagai pemudah cara dengan mengatur jadual perjalanan, di mana harus berkhemah, berehat dan penerangan berkenaan lokasi,” katanya ketika dihubungi semalam.

Seharusnya Lebih Sayangkan Nyawa, Pendakian Gunung Ekstrem Hanya Untuk Pendaki Cukup ‘Fit’ & Sihat

Jelasnya, malim gunung juga akan memastikan penggunaan laluan mendaki tidak me­rosakkan alam seperti membuka laluan baru sewenang-wenang­nya.

Selain itu, Muzafar berkata, setiap individu yang menjalankan aktiviti mendaki terutama yang berusia 30 tahun ke atas digalakkan untuk membuat pemeriksaan kesihatan berkala.

Ads

Seharusnya Lebih Sayangkan Nyawa, Pendakian Gunung Ekstrem Hanya Untuk Pendaki Cukup ‘Fit’ & Sihat

“Kesemua penggiat, malim gunung dan pendaki sebaiknya mengikuti mana-mana latihan khidmat bantuan awal ‘first aid’ kerana dalam mana-mana situasi pendakian atau kembara, khidmat kecemasan terhampir adalah sekitar dua jam paling dekat malah berhari-hari bagi sesebuah gunung.

“Semua yang terlibat harus membawa kit pertolongan cemas masing-masing di samping ubat-ubatan yang diperlukan untuk diri sendiri kerana hanya kita yang benar-benar tahu kesesuaian ubat-ubat dan tahap kesihatan diri,” ujarnya.

Seharusnya Lebih Sayangkan Nyawa, Pendakian Gunung Ekstrem Hanya Untuk Pendaki Cukup ‘Fit’ & Sihat

Ads

Muzafar turut mengingatkan agar peserta aktiviti lasak seperti pendakian gunung perlu mengisi borang pengisytiharan kesihatan diri supaya malim gunung maklum mengenai situasi tersebut.

“Peserta juga digalak memakai jam pintar yang membolehkan mereka tahu kemampuan diri seperti tahap kardiovaskular semasa pendakian.

“Pendaki juga seharusnya le­bih sayangkan nyawa berban­ding impian gunung masing-masing dengan mematuhi arahan malim gunung, atau arahan pihak berkuasa. Sebab ada ketikanya suatu aktiviti terpaksa dibatalkan sebelum bermula sedangkan wang telah habis dibelanja untuk permit dan persiapan,” katanya.

BACA LAGI: Datuk Nicol David Atlet Berpendidikan Tinggi, Rajin Timba Ilmu Walau Dah Bersara!

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: KOSMO

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI