Tidak dinafikan, memiliki suami yang saling tidak pernah lekang menyokong isteri tercintanya adalah sebuah rezeki buat pasangan yang telah berumah tangga.
Ya, itulah yang dapat digambarkan buat pelakon jelita, Intah Najuwa yang bertuah memiliki suami yang begitu menyokong isterinya yang kini sibuk dalam menamatkan pengajian.
Sedia maklum, pelakon berusia 26 tahun ini masih dalam pengajian peringkat asasi dalam jurusan undang-undang sebuah kolej di Singapura.
Berkata kepada Remaja, dirinya cukup bertuah dikurniakan pasangan yang tidak pernah berhenti memberi sokongan mental dan fizikal, meskipun di saat dirinya berada di titik yang bawah untuk menghabiskan pengajiannya.
“Saya masih lagi belajar, suami saya tidak bagi berhenti kerana dia cakap pengajian saya ini sudah separuh jalan.
Ads
“Sejujurnya, saya pernah juga rasa berputus asa. Namun suami saya cakap ‘tidak mengapa, teruskan sahaja dan jangan berhenti. Tak kisahlah lagi dua atau tiga tahun lagi kena habiskan’.
“Sebab itulah perlu cari pasangan yang betul-betul saling menyokong. Bukan sahaja dari segi kewangan, kena yang memahami dan menyokong,” katanya.
Pelakon drama hit Saat Kau Takluk Cinta Ini berkata demikian ketika ditemu bual di majlis pelancaran produk terbaharu jenama penjagaan kulit, Nivea, serum anti bintik nombor satu dunia, Nivea Luminous, di Mid Valley Kuala Lumpur.
Ads
Dalam pada itu, Intan turut memaklumkan dirinya tetap perlu kuat untuk menamatkan pengajian kerana dia mendedahkan suaminya juga amat mementingkan pembelajaran.
“Jadi, agak-agak bila saya boleh tamatkan pengajian ini, saya selalu cakap lagi setahun lebih dan berulang kali, tetapi sebenarnya saya dah ‘drag’ panjang ini kerana saya dah banyak main-main.
Ads
“Tetapi, saya tetap kena kuat juga, jika tidak nanti suami saya membebel jugalah kerana dia sangat mementingkan pembelajaran,” ujarnya lagi.
Sekadar informasi, Intan telah mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihan hatinya yang juga ahli perniagaan, Datuk Ahmad Azraf Azman, 39, di sebuah resort di Desaru Coast pada tanggal 18 Ogos lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Dua tahun menjejakkan kaki ke anugerah Grammy, dua tahun jugalah grup dari Korea Selatan, BTS mencipta sensasi menerusi persembahan mereka.
Jika pada tahun lalu, persembahan lagu Dynamite oleh BTS telah disiarkan secara langsung dari bangunan Hanwha Life 63 di Seoul, Korea Selatan. Tahun ini, BTS mencipta sejarah apabila diberikan penghormatan melakukan persembahan untuk sebuah lagi lagu hit, Butter di pentas Grammy yang sebenar pula.
Bermula dengan alunan muzik jazz sambil memperkenalkan seorang demi seorang ahlinya yang duduk sama ada di atas pentas mahupun di antara penonton selebriti, momen tersebut telahpun hangat diperkatakan oleh peminat BTS di seluruh dunia.
Ia setelah salah seorang ahlinya, Kim Tae-hyung aka V berkongsi momen mesra ketika duduk bersebelahan penyanyi Sour, Olivia Rodrigo.
Perbualan biasa di antara mereka bertukar menjadi bisikan ke telinga Olivia sehingga membuatkan penonton di rumah tidak keruan ingin mengetahui apa sebenarnya yang dibisikkan oleh V.
Kemudian, barulah ketujuh-tujuh ahli BTS naik ke atas pentas untuk meneruskan persembahan mereka.
Terdahulu di karpet merah Grammys, sewaktu diajukan soalan siapakah artis impian untuk mereka berkolaborasi pada masa akan datang; V telah menjawab, “Olivia.”
👥| V of BTS said Olivia when they were asked who they would like to collaborated with! pic.twitter.com/P9SpdmsW5L
— Olivia Rodrigo Daily (@DailyRodrigo) April 3, 2022
Walaupun Olivia hanya melakukan cameo dalam persembahan BTS dan belum lagi – secara teknikalnya – berduet dengan BTS, apa yang berlaku di antaranya dan V pada hari ini mungkin adalah signal kepada ARMY di seluruh dunia bahawa ada sesuatu yang istimewa bakal dirancang oleh dua nama besar muzik itu.
Tidak kurang juga, ada peminat yang merasakan skit mesra mereka ini bertujuan untuk meredakan ketegangan yang pernah tercetus di antara peminat BTS dan peminat Olivia. Ini susulan lagu nyanyian Olivia good 4 u mendapat penstriman melebihi Butter pada minggu pertama kedua-dua lagu itu diluncurkan sehingga mengakibatkan Olivia menerima keceman tidak masuk akal oleh sebahagian daripada ARMY.
REMAJA sendiri teruja untuk mengetahui apa sebenarnya yang dibisikkan oleh V sebentar tadi. Korang rasa..?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pasangan sama cantik dan sama padan Priyanka Chopra dan penyanyi dan pelakon, Nick Jonas mendirikan rumah tangga pada 1 Disember 2018 dan mereka kemudiannya menimang cahaya mata pada 15 Januari 2022. Walau bagaimanapun kelahiran cahaya mata sulung mereka bukanlah dikandung Priyanka, sebaliknya pasangan ini menggunakan khidmat ibu tumpang.
Ahad lalu, Priyanka dan Nick memuat naik gambar anak mereka di Instagram masing-masing memperkenalkannya kepada umum. Walaupun begitu, wajahnya dilindung oleh emotikon berbentuk hati.
Jom kita intai lima fakta menarik tentang anak sulung pasangan selebriti popular ini.
Nama penuh yang diberi kepada bayi ini ialah Malti Marie Chopra Jonas, ia menggabungkan nama India dan Inggeris mewakili kedua-dua keturunan orang tuanya.
Namanya mengambil inspirasi bunga-bungaan. Menurut sumber, Malti bermaksud bunga Malti atau lebih dikenali sebagai Ranggon Creeper. Bunga ini mengeluarkan bauan bernota kayu dan manis.
Sejurus dilahirkan Malti Marie ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Neonatal selama lebih 100 hari kerana dilahirkan pra-matang.
Malti Marie menerima rawatan dan jagaan rapi daripada pasukan kesihatan Rady Children’s Hospital di La Jolla dan Cedars Sinai Hospital di Los Angeles.
Lahir dalam keluarga ternama bapa saudara kepada Malti Marie merupakan Joe Jonas dan Kevin Jonas. Manakala ibu saudaranya pula merupakan pelakon popular Sophie Turner.
Bunga Malti yang cantik berwarna merah. Sumber gambar: pexels/ linh pham
Kelahiran Malti Marie secara penggunaan ibu tumpang bukanlah perkara baharu di negara barat. Kaedah ini menggunakan sperma dan ovum daripada ibu bapa dan kemudiannya dimasukkan ke dalam uterus ibu tumpang.
Antara seblebriti terkenal lain yang menggunakan khidmat ibu tumpang seperti Shah Rukh Khan dan isteri, Gauri. Kelahiran anak bongsu mereka, AbRam menggunakan khidmat ibu tumpang pada 2013.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Walau apapun yang berlaku di antara dua figura selebriti muda yang sangat luar biasa popular di laman media sosial ini, setiap gerak langkah mereka sentiasa diperhatikan dengan penuh teliti.
Korang mungkin sudah tahu bahawa mereka berdua sudah putus cinta kira-kira dua bulan yang lalu. Remaja juga pernah paparkan cerita tentang bagaimana Zayn Malik membeli rumah bernilai puluhan juta ringgit dan terpaksa merombak semula albumnya gara-gara putus cinta dengan supermodel terhangat di dunia tersebut.
Namun perkembangan terbaru lain pula jadinya. Zayn dan Gigi dikatakan telah ditemui intim bersama ketika berada di New York pada awal minggu lalu. Aksi mereka sempat dirakamkan oleh paparazi telah mengejutkan ramai pihak terutamanya peminat Zayn Malik yang dikatakan tak ingin melihat jejaka kesayangan mereka itu patah hati lagi.
Menurut laman gosip popular Amerika Syarikat iaitu TMZ, Zayn dilihat menghadiahkan Gigi sejambang bunga dan mereka juga dirakamkan bersama-sama ketika berada di Soho, New York.
Sejauh manakah hubungan mereka kali ini masih lagi menjadi tanda tanya. Tetapi melihatkan kesungguhannya, Zayn sangat obvious cuba memenangi hati Gigi semula.
Menurut sumber, Zayn memasang impian untuk bersama semula bersamanya dan dikatakan sangat merindui momen-momen ketika mereka bersama. Akan tetapi, Gigi masih belum memberi kata putus sama ada ingin bersama semula atau tidak.
Ramai yang berpendapat bahawa mereka masih menyanyangi antara satu sama lain. Cuma mungkin Gigi masih memerlukan ruang untuk berfikir dan menumpukan perhatian kepada kariernya.
Diharapkan merpati dua sejoli yang cukup bahagia pada suatu ketika dahulu dapat terus menyambung kasih bersama. Sama-sama kita nantikan apakah Zayn dan Gigi akan bersama semula?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
This is not just your regular concert, this is a celebration!Bertemakan ‘Nang Champiyen Nang Legend’, Astro bakal menggegarkan bandar Miri, Sarawak pada bulan Mei...