Baju jersi sudah tersarung, pipi wajah pula sudah tercalit dengan jata negeri yang disokong.

Apa tunggu lagi, tinggal lagu patriotik untuk bangkitkan semangat menonton perlawanan bola sepak secara live di stadium sahaja!

Sebelum detik wisel ditiup, mana-mana perlawanan bola sepak tentunya akan bertambah rancak dengan elemen game changer iaitu tidak lain, tidak bukan – muzik.

Ya, muzik di stadium bukan sekadar latar belakang semata-mata. Muzik adalah penggerak kepada semangat berkobar-kobar antara penonton di stadium tidak kiralah pasukan mana yang korang sokong.

Menariknya untuk musim Piala Malaysia 2024 – 2025 kali ini, Astro selaku penyiar rasmi membawakan elemen hiburan muzik untuk menaikkan lagi suasana dan semangat di stadium mahupun di kaca televisyen.

Lebih-lebih lagi apabila berada dalam suasana stadium untuk perlawanan akhir Piala Malaysia 2024 – 2025 antara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT FC) dan Pahang FC pada 26 April ini.

Walaupun aksi final itu terpaksa ditunda dari tarikh asal 12 April selepas mempertimbangkan musim perayaan Hari Raya Aidilfitri yang masih diraikan pada awal bulan ini, semangat yang dirasakan tetap terasa meski masih berbaki tempoh dua minggu lagi.

Tambahan pula dengan lagu yang ‘kena’, ‘gerenti’ satu stadium akan vibe sama-sama tidak kira tua muda yang berbilang kaum dan latar belakang. Semuanya boleh feel!

Jom check out empat buah lagu nyanyian asal Ella dan Dato’ M. Nasir pilihan REMAJA yang diharap akan dimainkan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 26 April kelak.

 

Sekali Dengar Terus Bangkit Semangat Di Stadium! Rakyat Malaysia Gerenti Boleh ‘Vibe’ Dengan 4 Lagu Nyanyian M. Nasir & Ella

MENTERA SEMERAH PADI – DATO’ M. NASIR

Lagu ini bukan sekadar lagu, dah macam ‘mantera’ betul!

Ads

Dari awal melodi sampailah ke bahagian klimaks, terus meremang bulu roma kita yang mendengarnya. Walaupun bait liriknya mempunyai unsur ketuhanan tetapi Mentera Semerah Padi juga punyai elemen perjuangan dan keberanian yang amat bersesuaian dengan semangat kesukanan.

Harapnya Dato’ M. Nasir akan menyanyikan lagu ini secara live nanti, barulah pasukan bola sepak terasa macam sedang bersiap-sedia untuk ‘berperang’! Hehe..

 

Sekali Dengar Terus Bangkit Semangat Di Stadium! Rakyat Malaysia Gerenti Boleh ‘Vibe’ Dengan 4 Lagu Nyanyian M. Nasir & Ella

STANDING IN THE EYES OF THE WORLD – ELLA

Ibarat lagu anthem tidak rasmi buat seluruh rakyat Malaysia, Standing In The Eyes Of The World mula menjadi siulan kita semua sejak kejohanan Sukan Komanwel 1998.

Tidak tahu apakah rahsia di sebalik lagu ini, ia pantas meruntun jiwa dan membuatkan kita terharu dengan kegigihan dan semangat waja para atlet.

Adakah lagu ini bakal kita nyanyikan beramai-ramai sewaktu perlawanan akhir Piala Malaysia 2024-2025 nanti? Sama-sama kita saksikan.

 

Ads

Sekali Dengar Terus Bangkit Semangat Di Stadium! Rakyat Malaysia Gerenti Boleh ‘Vibe’ Dengan 4 Lagu Nyanyian M. Nasir & Ella

PHOENIX BANGKIT DARI ABU – DATO’ M. NASIR

Siapalah yang tak pernah dengar lagu Phoenix Bangkit? Sarat dengan elemen emosi, budaya dan patriotisme, lagu yang pernah tercalon bagi kategori Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu di Anugerah Industri Muzik ke-9 ini menggunakan metafora burung Phoenix yang melambangkan keazaman rakyat Malaysia untuk bangkit semula selepas berdepan cabaran.

Liriknya seperti, “Takkan Mengalah”, “Semangat Membara” dan “Kita Akan Bangkit Semula” sudah cukup untuk menaikkan semangat pemain dan peminat bola sepak.

 

Sekali Dengar Terus Bangkit Semangat Di Stadium! Rakyat Malaysia Gerenti Boleh ‘Vibe’ Dengan 4 Lagu Nyanyian M. Nasir & Ella

GEMILANG – ELLA

Gemilang bukan sekadar lagu hit nyanyian Ella ketika ia diluncurkan pada tahun 1994 tetapi ia juga merupakan simbol harapan kita semua sebagai rakyat Malaysia untuk maju bersama.

Bersama-sama

Tempuhi segala

Saat gemilang akan tiba

Ads

Kan kita kecapi bersama

Fuh! Meremang beb bila satu arena menyanyikan lagu Gemilang!

Kalau korang nak tahu, Gemilang merupakan sebahagian daripada 14 trek dalam album studio kelima Ella berjudul Ella USA yang mendapat sentuhan pemain gitar terkenal dari jepun, Kyoji Yamamoto.

Patutlah meremang bulu roma bila mendengar lagu Gemilang ini.

*

Sememangnya, muzik dan emosi saling berkait rapat. Bukan hanya lagu-lagu ‘berhantu’ ini sedap didengar tetapi ia membawa mesej yang kuat untuk menyentuh jiwa dan menaikkan mood. Memang berdiri bulu roma dibuatnya!

Jadi bila korang berada di stadium nanti, cubalah dengarkan lagu-lagu yang dimainkan secara live nanti. Lihat juga reaksi penonton lain dan selami bagaimana lagu tersebut mampu menghidupkan suasana.

Sekali Dengar Terus Bangkit Semangat Di Stadium! Rakyat Malaysia Gerenti Boleh ‘Vibe’ Dengan 4 Lagu Nyanyian M. Nasir & Ella

Jangan lupa saksikan aksi final Piala Malaysia pada 26 April 2025 bermula jam 9 malam secara langsung dari Stadium Nasional Bukit Jalil dengan Astro One melalui Astro Arena, Astro Arena Bola (saluran 801, 802, 803) atau muat turun dan strim live di aplikasi sooka.

Sama-sama kita lihat sama ada trofi akan berpihak kepada pasukan Harimau Selatan atau pasukan Tok Gajah.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagramTikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik. 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI