
Tanpa apa-apa ‘hint’ atau petunjuk, pelakon & finalis Hero Remaja 2011/12 Fendy Bakry selamat diijabkabulkan bersama gadis pilihannya, semalam.
Besar kemungkinan disebabkan oleh musim Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), Fendy dan pasangan enggan melangsungkan majlis pada skala besar dan hanya menyertakan ahli keluarga dan kenalan rapat sahaja.
Menariknya, Fendy masih merahsiakan siapakah isterinya itu. Muka pun tak tunjuk lagi! Amboi.. sorok eh.
.
Catat Fendy di Instagram-nya, “Terima kasih kepada adik-beradik semua yang datang ke majlis kecil kami. InsyaAllah majlis resepsi akan menyusul kelak.
“Buat masa ini abam mewajibkan yang mana perlu didahulukan. Jangan risau, akan abang jemput media dan kawan-kawan yang selalu support abang. Tak ada RSVP okay.
.
Apapun, REMAJA ucapkan tahniah kepada Fendy dan pasangan. Semoga segala persediaan menjelang majlis resepsi kelak akan berjalan dengan lancar.
Jom lihat finalis Hero Remaja lain yang sudah berkahwin dan bergelar hot daddies!
Dari Lakonan Ke Stesen Radio, Imran Aqil Kini Bergelar Penyampai Di Hot FM

Stesen radio rangkaian Media Prima Berhad, Hot FM hari ini telah memperkenalkan wajah-wajah baru yang bakal menemani pendengar mereka selepas ini. Apa yang mengejutkan, finalis pencarian Hero Remaja 2020 yang menyandang kategori Hero Inspirasi, Imran Aqil turut tersenarai sebagai salah seorang penyampai radio Hot FM sekaligus menjadi wajah baharu stesen radio berkenaan.
Jika sebelum ini, Imran lebih dikenali sebagai pelakon drama dan telemovie di kaca televisyen. Antara lakonan Imran yang mendapat tumpuan ramai adalah menerusi drama Budak Tebing 2 dan Lelaki Lingkungan Cinta.
Kini, peminatnya boleh mendengar suara Imran di corong radio pula.
Jom kita ikuti temu bual Remaja bersama Imran Aqil.
“Alhamdulillah, saya sebenarnya terkejut dan tidak sangka diberi peluang menjadi penyampai radio. Memang tidak pernah terbayang pun hendak bekerja di konti radio. Tapi mungkin sudah namanya rezeki, saya ambil peluang ini sebagai cabaran untuk meluaskan lagi kerjaya dalam industri hiburan tanah air,” luahnya.
Imran menceritakan saat pertama dia dilamar oleh Media Prima iaitu ketika dia ada bersama-sama rakan selebritinya, Ismail Izzani yang sedang merakamkan video promo untuk drama terbaharu mereka.
“Semuanya berlaku ibarat sekelip mata. Waktu itu saya ditegur oleh salah seorang petugas di Media Prima. Katanya, berminat hendak jadi penyampai radio? Saya pun cakaplah saya tidak pernah terfikir untuk jadi penyampai radio; tetapi jika ada peluang boleh saja kerana saya seorang yang suka belajar dan mencuba perkara-perkara baru.”

“Seminggu kemudian, saya dihubungi salah seorang pengurus Hot FM yang meminta saya hadir ke sesi uji bakat. Untuk sesi pertama, saya ditugaskan bersama abang AG. Komen yang saya terima pada waktu itu adalah saya dianggap terlalu formal. Sedangkan Hot FM merupakan stesen radio yang menarik orang-orang muda dan selalu kasual menggunakan bahasa percakapan harian.
“Beberapa hari selepas itu, saya menerima panggilan susulan untuk menyertai sesi kedua uji bakat. Untuk peringkat ini, saya ditugaskan seorang diri dan ia lebih sukar daripada yang kita sangka. Saya diberikan tiga tugasan dan pada hari itu juga, saya disuruh hadir ke sesi uji bakat ketiga.
“Dalam peringkat akhir ini, ada ‘bos besar’. Bila sedang sibuk sembang-sembang, tiba-tiba mereka katakan, “We want you”. Memang saya tidak sangka dan saya sangat bersyukur kerana telah diberikan kepercayaan dan peluang sebegini,” jelas adik kepada pelakon dan model, Nabil Aqil ini.

Imran turut berkongsi reaksi keluarganya apabila menerima tawaran ini, lebih-lebih lagi ibunya yang pernah bertanya sama ada Imran mampukah mengendalikan konti radio?
“Kalau sesiapa yang mengenali saya dengan rapat, pasti mereka tidak sangkakan peluang ini hadir kerana saya boleh menjadi gagap ketika gementar. Tetapi, bila mama cakap macam tu saya hanya katakan padanya saya cuba sahaja. Saya lebih yakin apabila mendapat kepercayaan orang yang berpengalaman dalam bidang radio kerana mereka lebih tahu apa yang mereka inginkan sebelum mengambil keputusan menawarkan saya peluang ini,” jelasnya.
Dalam pada itu, Imran mengatakan yang dia masih ingin terus aktif dalam bidang lakonan kerana impiannya sejak dulu lagi adalah untuk bergelar seorang pelakon.
“Sebelum ini, saya memang ada mendapat tawaran berlakon tetapi ia sedikit tersekat disebabkan musim PKP. Semua perancangan jadi tergantung. Jika ada tawaran berlakon selepas in, saya akan beikan komitmen tinggi mengikut jadual yang sesuai supaya tidak bercanggah dengan jadual kerja saya di konti,” jelasnya.
Untuk makluman korang, Imran akan bersiaran dalam segmen Hot Flix, setiap hari Isnin hingga Jumaat pada jam 8 malam hingga 12 tengah malam.
All the best to you Imran!
Semakin ‘International’, Meerqeen Hadiri Jemputan Dari Jenama YSL Beauty Di Paris

Usai dilamar selebriti pertama sebagai duta kepada produk terkenal antarabangsa, di bawah YSL Beauty Malaysia, membuktikan bintang ini antara anak seni yang kian rancak dalam industri hiburan.
ARTIKEL BERKAITAN: Tidak Kisah Raya Sekejap. Usai Dilantik Duta YSL, Meerqeen ‘Terbang’ Ke NYC Pula Bagi Tiffany & Co
Memiliki personaliti yang unik dan mempunyai jumlah pengikut yang ramai di platform media sosial miliknya, membuatkan jenama-jenama berprestij tiada kompromi dan tidak gerun untuk bekerjasama dengan bakat muda ini.
Terbaharu pelakon berbakat besar, Meerqeen berkesempatan untuk ‘terbang’ pula ke Paris bagi menghadiri Saint Laurent Womenswear Spring/Summer 2024, iaitu antara sebahagian daripada Paris Fashion Week.
Menjengah di platform Instagram Meerqeen, bintang tersebut ada memuat naik beberapa momen di Instastory miliknya ketika berada di Paris, Perancis bagi memenuhi jemputan YSL Beauty sebagai duta Malaysia pertamanya.
Tampil segak dan segar untuk berada di majlis gilang gemilang itu, pastinya kehadiran pelakon naskhah hit Melur Untuk Firdaus itu di sana sedikit sebanyak menjadi kebanggaan buat seluruh anak watan selain nama Malaysia semakin dikenali di mata dunia.
Sekadar informasi, menjadikan menara cinta, iaitu Eiffel Tower sebagai latar belakang bagi pertunjukan fesyen tersebut.
Antara figura terkenal antarabangsa yang turut hadir memeriahkan acara Saint Laurent Womenswear Spring/Summer 2024 itu ialah Anya Taylor-Joy, Rose, Demi Moore, Kate Moss, Stephane Cardinale, Hailey Bieber, Natalia Dyer, Jennifer Larence dan ramai lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Tidak Jadi ‘Ikat’ Setahun, Hero Remaja Pertama ESMA DANIEL Tamatkan Zaman Duda Lepas 7 Tahun

“Saya pernah dua kali gagal dalam perkahwinan. Untuk berkahwin semula itu bukan satu keputusan yang mudah sebenarnya.”
Begitulah kenyataan pelakon dan juara Hero Remaja sulung dari edisi 1990/1991, Esma Daniel setelah selamat menamatkan zaman dudanya pada 20 Mei 2023 (Sabtu) dengan wanita pilihan, Nur Atira Mazlan.
Bertempat di Kajang, Selangor; pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Mazlan Abdul Malik. Esma juga menyerahkan sebentuk cincin emas berlian dan mas kahwin bernilai RM300 kepada Atira.
Terdahulu, mereka telah mengikat tali pertunangan pada 14 Januari 2023 dan awalnya berhasrat untuk kekal sebagai pasangan bertunang untuk tempoh setahun.
Bagaimanapun, kedua-dua belah pihak mengambil keputusan untuk mempercepatkan majlis pernikahan memandangkan ahli keluarga telahpun merestui hubungan mereka.
ARTIKEL BERKAITAN: “Hero Remaja Mesti La Helokkkk.”, Netizen Teruja Bila Anak Esma Daniel ‘Throwback’ Foto – REMAJA
“Alhamdulillah, saya sah bergelar suami dengan sekali lafaz.
“Walapun sudah ada pengalaman sebelum ini, tetap rasa gementar ketika hendak bernikah. Saya pernah dua kali gagal dalam perkahwinan dan untuk berkahwin semula itu bukan satu keputusan yang mudah sebenarnya.
“Pastinya, kali ini saya berdoa hubungan kami berakhir hingga ke syurga. Dia pun memahami kerjaya saya sebagai pelakon. InsyaAllah doakan kami,” kata Esma.
Untuk pengetahuan, Esma dan Atira juga kini sedang melakukan persiapan untuk mengadakan majlis resepsi bagi belah lelaki sekitar bulan Ogos-September kelak; selepas majlis resepsi anak lelaki Esma sendiri.
ARTIKEL BERKAITAN: ‘Dulu Jadi Artis Rasa Eksklusif Sangat’, Esma Daniel Throwback Zaman Hero Remaja 1990/91 – REMAJA
BACA LAGI: Ini Antara Selebriti Kelahiran Pencarian Hero Remaja
Terdahulu, Esma pernah dikurniakan dua cahaya mata menerusi perkahwinan dengan pelakon, Sherie Merlis (1992 – 1997) dan enam lagi cahaya mata menerusi perkahwinan dengan Nitra Sari Omar (2002 – 2016).
FOTO: Instagram Esma Daniel