Penyanyi terkenal tanah air, Ernie Zakri menzahirkan kesyukuran dan teruja apabila sekali lagi wajahnya terpampang besar menerusi salah satu iklan digital di Times Square, New York.
Menerusi perkongsian di entri Instagram, pelantun lagu popular Masing-Masing itu memuat naik foto dan video yang menunjukkan dirinya sedang menghiasi iklan digital berkenaan di bandar terkenal tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN:
Giliran Figura Ernie Zakri Pula Di Times Square, New York. Peminat Tumpang Bangga“Surprise! I’m the EQUAL ambassador of this month! Alhamdulillah untuk kedua kalinya. Masih lagi bermimpi,” coretnya di ruangan kapsyen.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis turut sama berbangga dengan pencapaian isteri kepada penyanyi Syamel itu sekali gus mengucapkan tahniah Ernie.
“Kamu hebat (selalu)” komen vokalis kumpulan Govinda.
“Tahniah!” komen penyanyi Dayang Nurfaizah.
“Hebat Hebat!” tulis juga pereka fesyen Hatta Dolmat.
ARTIKEL BERKAITAN: “Ernie Zakri Miliki Suara Yang Luar Biasa, Kami Yakin Namanya Boleh Melonjak Di Indonesia” -Govinda
Penampilan ibu kepada seorang cahaya mata itu pada papan iklan digital tersebut adalah sebagai wakil penyanyi Malaysia dalam kempen Equal oleh wadah penstriman muzik digital, Spotify.
Equal merupakan program anjuran Spotify yang memperjuangkan kesamaan dalam mengetengahkan artis wanita dari seluruh dunia.
ARTIKEL BERKAITAN: Govinda Bakal Gegarkan Zepp KL 31 Oktober Ini! Turut Tampilkan Penyanyi Hebat Ernie Zakri, Aina Abdul, Elica Paujin & Fadly Padi
Sebelum ini, beberapa penyanyi lain termasuk Datuk Seri Siti Nurhaliza, Yuna, Dolla, Iman Troye pernah dipilih menghiasi papan digital gergasi yang sama.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Ernie Zakri