Selepas dua tahun berlakunya pandemik COVID-19, nampaknya tahun ini semuanya sudah kembali seperti dahulu kerana kita sudah berada di fasa endemik.
Setelah sekian lama kebanyakan aktiviti dihadkan, terutamanya dalam bidang hiburan, kini dikhabarkan ramai selebriti luar negara bakal ke Malaysia untuk menganjurkan konsert. Pasti ramai yang excited dan tidak sabar menantikan kemunculan bintang pujaan mereka.
Terbaru, kumpulan kpop wanita popular Blackpink dikhabarkan bakal menganjurkan konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Mac tahun depan.
BACA: Blackpink Catat Rekod Sebagai Artis Pertama Miliki 70 Juta Subscribers Di YouTube
Menurut laporan media, konsert kedua Blackpink di Malaysia ini dianjurkan seiring dengan pelancaran sebuah album baharu yang akan dilancarkan sekitar bulan hadapan. Sekaligus, mereka bakal mengumumkan siri konsert jelajah dunia di negara-negara terpilih dalam masa terdekat.
Terdahulu, kumpulan yang dianggotai Kim Jisoo, Lisa Manobal, Kim Jennie dan Rosé itu pernah mengadakan konsert di Malaysia pada Februari 2019 selama dua hari berturut-turut bertempat di Stadium Malawati Shah Alam, Selangor.
BACA: YG Entertainment Umum Blackpink Tidak Lagi Akan Terima Hadiah Daripada Peminat
BACA: Lisa Blackpink Hiasi Cover Majalah Harper’s Bazaar, Sold Out Dalam Masa 1 Minit
Difahamkan juga, ramai lagi penghibur terkenal dijadualkan akan hadir ke Malaysia termasuk Billie Eilish, Boys Like Girls, Calum Scott, Russ, Lany, Boy Pablo, Keshi dan Jay Chou.
BACA : Konsert Billie Eilish Bakal Berlangsung Di KL 18 Ogos Ini – REMAJA
Nah, mesti ramai yang sudah tidak sabar menantikan kedatangan selebriti-selebriti popular ini kan? Sama-sama kita nantikan update terbaharu tentang penganjuran konsert mereka di Malaysia.
Sumber: (1)
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.