SEKALI LAGI, Penyokong Malaysia Dibaling Batu Semasa Masuk Stadium Gelora Bung Karno

Share

 

Bukan hanya bas yang terima balingan batu, nak masuk stadium pun sama!

 

Kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di antara Malaysia – Indonesia yang sedang berlangsung pada malam tidak sah tanpa provokasi yang dimulakan oleh penyokong negara jiran.

Bertempat di Stadium Utama Gelora Bung Karno, stadium keramat itu menjadi saksi kepada insiden dibaling batu oleh penyokong Indonesia petang tadi sewaktu mereka memasuki stadium tersebut.

Lihat sajalah kepada video yang dikongsikan oleh mereka sebentar tadi. Korang berani tak nak ‘redah’ pintu masuk dengan balingan objek merbahaya seperti ini..?


 Walaupun tidak kelihatan, jelas bunyi objek jatuh kedengaran di dalam video di atas seakan-akan mereka sudah lama menunggu masa untuk ‘menyerang’.

Untuk mengelakkan ada insiden yang tidak diingini, penyokong Malaysia yang telah memasuki kawasan stadium menasihatkan agar mereka yang masih di luar memasuki stadium dalam satu grup besar.

“Di dalam selamat. Kalau yang datang kelompok kecil tu nanti geng lain dulu.”

Aduhh guys, please lah. Ini bukan kali pertama penyokong Malaysia diserang sebegitu rupa di Stadium Gelora Bung Karno.

Tahun lalu, kejadian sama berlaku setelah kemenangan Malaysia ke atas pasukan bola sepak Indonesia pada aksi separuh akhir Piala AFF U-19. Bukan setakat batu yang dibaling. Objek lain seperti botol minuman dan air suar (flare) turut dilemparkan bersama kata-kata kesat.

Apapun, semoga kemenangan berpihak kepada Harimau Malaya malam ini!

Published by
FZ