Kebetulan pula, tujuh pasangan yang baru saja mendirikan rumah tangga ini dan kini sedang menanti waktu untuk menimang cahaya mata sulung mereka telah memilih persalinan merah dan kuning semasa Hari Raya pertama, Isnin lalu! Hhm, warna-warna yang menaikkan semangat hendak makan agaknya. Hehe..
Jelas keceriaan tetap terserlah pada wajah masing-masing biarpun si isteri sedikit penat kerana sedang berbadan dua. Sekarang beraya berdua, tahun hadapan mereka bakal meraikannya secara bertiga pula!
Raja Shahiran & Uyaina Arshad
Sejak mengumumkan hamil pada awal April lalu, pengacara dan pelakon Uyaina Arshad semakin selesa untuk berkongsi momen bersama peminatnya sebagai seorang selebriti yang sedang berbadan dua. Pertama kali menyambut Ramadan dan Syawal sebagai bakal ibu bapa, pasangan ini mendoakan agar keberkatan dalam bulan mulia ini dapat diperolehi.
Ayie Floor88
Pejam celik, usia kandungan isteri penyanyi band Floor 88 berusia 24 tahun ini telahpun memasuki usia tujuh bulan. Menyifatkan isterinya, Nur Natasha sebagai seorang yang tidak mengenal erti penat, Ayie turut berkongsi bahawa Natasha juga masih gagah ingin mengekorinya semasa membeli baju raya untuk keluarga hingga ke tengah malam.
Ads
Fizo Omar
Ceria betul keluarga kecil ini. Pelakon dan Naib Juara Hero Remaja 2007/2008 iaitu Fizo Omar tampil sedondon dengan isterinya, Fazeera Nazri yang kini sedang hamil cahaya mata mereka bersama serta anak Fizo daripada perkahwinan pertamanya, Wan Maryam.
Ads
Harith Zazman
Tik tok, masa yang ditunggu-tunggu oleh penyanyi Cute (Stop Lah Being So Cute), Harith Zazman dan isterinya, Nuramalina Ghakashah yang kini memasuki bulan terakhir sebelum momen bersalin tidak lama lagi. Tampil bersederhana di kampung halaman mereka, mereka juga tidak sabar untuk mengendong bakal cahaya mata lelaki tidak lama lagi.
Ariff Bahran
Mengesahkan isterinya, Amirah Syazwani Mohd Ridzuan kini sedang hamil, penyanyi Ariff Bahran mengakui dirinya gementar namun tetap teruja kerana kehamilan sudah berada awal trimester ketiga. Sambil mengharapkan doa peminat agar urusannya, isteri dan bayi merea terus dipermudahkan, Hari Raya tahun ini disambut sederhana bersama keluarga di kampung halaman.
Elisya Sandha
Memasuki usia kandungan tujuh bulan, terserlah kecerian pada wajah pelakon, Elisya Sandha dan pasangannya, Uzair Haqimy. Hanya pada empat hari lalu, Elisya menerusi hantaran di Instagram telah berkongsi berita gembira itu bersama warganet menerusi video yang menunjukkan reaksi gembira dan penuh kesyukuran dalam kalangan keluarganya sewaktu berita itu terlebih dahulu disampaikan kepada mereka.
Ads
Usop
Akhir sekali, kemanisan bulan Ramadan dan Syawal tahun ini turut dirasai oleh penyanyi, Usop dan isterinya, Nur Fatihah Md Hashim yang kini hamil cahaya mata sulung mereka. Kata Usop, mereka dapat merasai kesempurnaan Ramadan lalu setelah mendapat tahu berita gembira itu. Malah, dia sendiri merasai dirinya kini lebih matang dalam perihal rumah tangga apabila keselamatan dan kesejahteraan isteri (dan bayi) lebih diutamakan berbanding dirinya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sekali lagi, portal hiburan Korea Selatan, Dispatch telah membongkarkan satu lagi pasangan selebriti yang kini dilaporkan sedang hangat bercinta.
Kali ini, ia melibatkan bintang K-Drama tvN, Crash Landing On You iaitu Kim Jung Hyun, 31 dan Seo Ji Hye, 37.
Menurut laporan tersebut, mereka berdua sebenarnya telahpun bercinta selama setahun sejak siri popular itu tamat bersiaran.
Dispatch tampil dengan bukti beberapa keping foto yang menunjukkan Ji Hye dan Jung Hyun kerap ber-dating di rumah mereka.
Ini kerana mereka berdua menetap di sekitar kawasan yang sama dan dipisahkan jarak 10 meter saja. Jung Hyun dilaporkan telah berpindah pada tahun lalu ke kawasan Sundong-gu yang terletak berdekatan dengan kediaman Ji Hye.
Dispatch juga mendakwa pasangan yang membawakan watak Alberto Gu Seung-jun dan Seo Dan dalam ‘Crash Landing On You’ itu sering meluangkan masa bersama dan tidak ketinggalan menyambut hari kelahiran masing-masing.
*
Bagaimanapun, semua dakwaan itu ditepis oleh agensi yang mewakili Seo Ji Hye iaitu Culture Depot sepantas 18 minit setelah Dispatch menyiarkan artikel tersebut.
Kata Cultere Depot, Kim Jun Hyun sedang mencari sebuah agensi baru untuk mewakilinya dan dia bertemu Ji Hye untuk mendapatkan pandangannya berkenaan hal ini. Pertemuan juga dilakukan di kediaman memandangkan situasi pandemik COVID-19 di Korea Selatan.
“Ini adalah tidak benar sama sekali. Pihak agensi dan Seo Ji-hye memandangnya sebagai sesuatu yang tidak masuk akal.”
Agensi Jung Jyun juga menidakkan dakwaan itu dan berkata setakat ini, mereka tidak mengetahui sebarang berita berkenaan hubungan artis yang diwakili mereka itu dengan sesiapa.
Alah, kalau betul pun laporan ini apa salahnya. Masing-masing pun single dan cukup sepadan bersama!
Dengan sekali lafaz, penyanyi Aizat Amdan selamat diijab kabulkan dengan pasangan pilihan, Elyssa Alia Illias dalam sebuah majlis akad nikah di Puchong, Selangor sekitar pukul 9.17 pagi tadi.
Mereka dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Leftenan Kolonel (B) Illias Moideen sambil disaksikan jurunikah, Ustaz Idrus Mohd Shahlan dan hampir 100 orang hadirin dengan mas kahwin RM300.
Dalam majlis tersebut juga, pihak pengantin lelaki telah menghantar tiga dulang hantaran dan dibalas dengan lima dulang. Begitupun, kedua-dua pihak keluarga memilih untuk merahsiakan wang hantaran.
Ketika ditemui oleh pihak media, Aizat menyifatkan perkahwinan mereka pada hari ini sebagai fasa permulaan baharu. Setelah sekian lama peminat dan media bertanyakan soal jodoh kepada Aizat, kini semuanya terjawab juga.
Beralih ke soal perancangan berbulan madu pula, Aizat berkongsi impian mereka berdua untuk ke Tulum, Mexico.
“Saya ada angan-angan untuk membuka studio di tepi pantai, manakala Elyssa pula ada impian untuk membuka sekolah menyelam serta vila di tepi pantai.
“Insya-Allah, November ini saya akan ke Los Angeles atas urusan kerja dan alang-alang di sana akan ke Tulum untuk bercuti,” katanya.
Terdahulu, Aizat, 33 dan Elyssa, 34 telah saling mengenali hati budi masing-masing selama tiga tahun sebelum mereka membuat keputusan untuk menamatkan zaman bujang setelah acara merisik dilangsungkan pada bulan Februari.
Atas dasar cinta terhadap bakal isterinya pada waktu itu juga, Aizat telah menghasilkan sebuah lagu berjudul Hanya Kita Dua untuk dedikasikan kepada isterinya.
Tahniah diucapkan kepada Aizat & isteri. REMAJA doakan agar tali perkahwinan akan berkekalan hingga ke penghujung hayat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bintang karya hit Pokya Cong Codei dan Angeline yang memainkan watak sebagai Lucy menerusi naskhah popular Pi Mai Pi Mai Tang Tu itu kelihatan segak dan cantik mengenakan rona putih.
Difahamkan, majlis akad nikah itu hanya dihadiri ahli keluarga dan kenalan rapat kedua-dua pengantin.
Susulan itu, rata-rata warganet terkejut dengan berita gembira tersebut selain mengucapkan tahniah buat kedua pasangan pengantin.
Terdahulu menerusi di platform Instagram milik Angeline, bintang berkenaan berjaya mencuri perhatian warganet apabila memuat naik beberapa keping foto dirinya mengenakan hijab berona hitam.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Ini bukan pengakhiran tetapi ia adalah permulaan untuk perjalanan seni saya.”Begitulah pandangan peserta pertandingan realiti nyanyian, Big Stage Alpha (BSA) iaitu Ashmirul yang baru-baru...