Seperti yang kita tahu, kebebasan di laman internet tiada batasannya. Sekali klik sahaja pelbagai akses boleh berada di depan mat akita. Namun tidak semestinya perkara ini membawa kepada kebaikan, ada juga keburukan jika tidak dikawal. Hari ini Kementerian Ekonomi Digital dan Masyarakat (DES) negara Gajah Outih ini menyekat akses kepada beberapa buah laman web lucah yang terkenal termasuk 190 yang lain.
Menteri kementerian itu, Buddhipongse Punnakanta menerima kecaman berbanding pujian kerana Tindakan mengharamkan akses kepada laman web lucah didakwa menghalang kebebasan rakyat untuk mengakses media.
Dalam satu laporan kepada wartawan oleh Channel News Asia, Menteri tersebut menegaskan bahawa tindakan tersebut adalah satu usaha bagi mengekang akses kepada laman lucah termasuklah perjudian dan berpendapat bahawa kandungan seperti itu adalah tidak sah di bawah undang-undang jenayah siber Thailand.
Satu kumpulan yang keras dan lantang dalam membangkang keputusan ini dikenali sebagai ‘The Anonymous Party’ di Facebook berpendirian yang rakyat seharusnya diberi kebebasan untuk memiliki akses kepada sebarang bahan media termasuklah yang memaparkan kandungan seksual. Kata Kumpulan tersebut dalam satu hantaran di laman Facebook, “Kebebasan media merangkumi semua jenis kandungan termasuklah yang bertemakan seksual, selagi penonton tidak dipaksa menontonnya.”
Dalam satu laporan oleh Bangkok Post pula, aktivis Nuttaa Mahattana menyokong keputusan yang dibuat oleh kerajaan. Tulisnya di laman Facebook, “Jangan kaitkan isu ini dengan politik dan jangan sokong aktiviti laman web yang tidak bermoral. Demokrasi tidak bermakna anda boleh melakukan segala perkara semahunya tanpa mengira tanggungjawab.”
***P/S – Tidak ada faedah pun menonton filem lucah. Betul tak?
Sumber: Bangkok Post, Channel News Asia & Astro Awani