REMAJA yakin pasti ada antara korang yang berdepan dengan masalah tak dapat ke luar negara akibat masalah bayaran semula pinjaman wang pendidikan PTPTN.
Well guys, kami ada berita baik untuk korang semua.
Memetik laporan daripada Malaysia Gazzete, Menteri Pendidikan yang baharu iaitu Dr. Maszlee Malik telah mengumumkan kerajaan akan menarik semula sekatan perjalanan ke luar negara kepada peminjam PTPTN yang berdepan masalah ini.
Sebagai sebahagian daripada manifesto Pakatan Harapan, Dr. Maszlee berkata pihak kerajaan akan berhubung dengan pihak imigresen untuk melaksanakan penarikan semula sekatan perjalanan.
Dalam pada masa yang sama, Dr. Maszlee juga mengumumkan bahawan peminjam PTPTN yang belum memperoleh pendapatan melebihi RM4,000 sebulan boleh dikecualikan daripada membuat sebarang pembayaran.
Jelas beliau langkah tersebut akan berkuat kuasa serta-merta sebagai menunaikan janji PRU14 yang dibuat Pakatan Harapan dalam masa 100 hari selepas menang PRU.
Akan tetapi korang perlu ingat, ini tidak bermakna hutang PTPTN korang dimansuhkan tetapi hanyalah penangguhan bayaran balik kepada peminjam sehinggalah mereka mendapat pendapatan bulanan seperti yang dinyatakan di atas.
Menurut Menteri Pendidikan lagi kepada yang kerajaan mengalu-alukan kepada sesiapa sahaja untuk meneruskan bayaran hutang PTPTN walaupun gaji mereka tidak sampai RM4,000 kerana itulah sikap yang perlu ada.
Cuma dengan ekonomi yang teruk mengalami negara sekarang, penangguhan bayaran ini diharap mampu membantu golongan muda untuk meringankan kos sara hidup mereka.
Ingat ya korang, hutang tetap hutang. Jangan pula nanti pendidikan yang korang dapat tu tak berkat dek kerana enggan membayar hutang.
REMAJA menyambut baik saranan kerajaan yang memberikan ruang untuk golongan muda membuat pembayaran PTPTN. Dan penarikan semula sekatan ke luar negara pasti di sambut baik oleh generasi muda yang secara zahirnya perlu meluaskan skop pengalaman mereka ke luar negara.