“Sekejap Sahaja Allah Pinjamkan Mama Untuk Adik, Hari Paling Saya Takutkan Sudah Pun Tiba…” -Kilafairy

Share

Kelmarin, industri seni tanah air dikejutkan dengan kehilangan bintang seni, Allahyarhamah Rohana Jalil.

Allahyarhamah telah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 11.33 malam di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pastinya, kehilangan bekas juara Bintang RTM 1980 itu cukup cukup meninggalkan kesan mendalam buat semua pemain industri terutama ahli keluarga terdekatnya.

BACA LAGI: “Tak Akan Biarkan Mama Pergi…” -Harapan Kilafairy Buat Rohana Jalil

Harus ditelan walaupun pahit, rindu pastinya tersemat dalam sanubari. Namun, harus merelakan dan reda akan pemergian insan tercinta…

Begitulah yang boleh diungkapkan buat anak tercinta Allahyarham yang juga penyanyi, kilafairy yang  perlu meneruskan kehidupan meski tanpa ibunya di sisi.

Menerusi hantaran terbaharu di Instagram milik anak kepada arwah, dia dilihat memuat naik sekeping foto ibu tercintanya beserta ucapan yang teristimewa.

“Sekejap sahaja Allah pinjamkan mama untuk adik dekat dunia ini. Hari yang paling saya takutkan sudah pun tiba. Tetapi saya tiada pilihan, tetap perlu teruskan hidup di dunia yang mencabar ini tanpa awak di sisi.

“Mama, awak pelindung saya, awak bidadari saya, nyawa saya dan awak lah segala-galanya,” katanya.

Dalam coretan di ruangan kapsyen juga, penyanyi berusia 31 tahun itu sempat meluahkan rasa syukur apabila ibunya pergi menghadap Sang Pencipta pada bulan yang mulia iaitu Zulhijjah.

“Allah ambil mama dihari kedua Zulhijjah, Subhanallah. Allah sayang 70 kali ganda lebih daripada seorang anak sayang ibu dia.

“Nanti jumpa adik jumpa mama dekat sana (akhirat) okay. Rehatlah bidadari syurgaku. I love you,” 

ujarnya lagi.

Terdahulu, penyanyi popular era 1980-an, Allahyarham Rohana Jalil, telah dimasukkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sejak April lalu.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram Kilafairy

Published by
Fath