Siapa lagi yang mahu menjunjung dan mempertahankan budaya kalau bukan golongan remaja sendiri. Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum dan agama sangat kaya dengan budaya.

Sehubungan itu, para pelajar Sekolah Komunikasi & Seni Kreatif, University of Wollongong (UOW), Glenmarie  menganjurkan pameran dan persembahan istimewa Main Teri dalam mendalami tradisi dan budaya itu.

Menurut koordinator program yang juga penysarah, Lawrence Robert Abus, ketika ditemui Majalah REMAJA, beliau berkongsi bahawa program yang berlangsung sehari itu akan terbahagi kepada tiga segmen.

Segmen pertama menampilkan pameran mengenai Main Teri yang akan dilakukan dari perspektif penyelidikan etnografi oleh para pelajar subjek Pengenalan Kepada Sosiologi.

Ads

Manakala dalam segmen kedua pula, satu sesi bual bicara dan perkongsian tentang Main Teri oleh pelajar subjek Pengenalan Kepada Media Baharu. Dalam sesi ini, para peserta akan berpeluang untuk memahami mengenai Main Teri dengan lebih lanjut.

Akhir sekali, acara akan disudahi dengan persembahan Main Teri oleh pakar dalam seni tersebut, Pak Mat Gual Jedok atau nama sebenarnya Che Mohd Zailani Che Moh. Beliau terkenal sebagai Tok Teri yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan.

Apa itu main teri?

Ads

Menurut laporan Berita Harian, Main Teri adalah rawatan penyakit dan bukan persembahan nyanyian tanpa tujuan. Terkenal di neger-negeri Pantai Timur, ritual ini sama seperti amalan perbomohan. Apa yang berbeza, ia hanya mengubat masalah kesihatan yang tidak mampu dilihat secara mata kasar.

Pameran Main Teri berlangsung pada 7 Mac 2024 di UOW dan persembahan khas oleh Pak Mat akan bermula jam 9 malam ke 11 malam. Majalah REMAJA memainkan peranan menyokong dan menjadi media rasmi penganjuran program ini.

Ads

KREDIT FOTO UTAMA: Poster (UOW), Gambar Pak Mat (FB Persatuan Pak Mat Jedok)

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI