Ramai yang gembira apabila kerajaan telah mengumumkan bahawa sektor pelancongan domestik telah dibenarkan beroperasi. Kemana agaknya destinasi korang selepas ini?
Terdapat pelbagai promosi diskaun yang ditawarkan oleh pihak hotel dengan harga yang memang berbaloi-baloi!
Antara hotel yang membuat potongan harga menarik adalah seperti berikut:
1. DoubleTree by Hilton Melaka
Bermula dengan serendah RM220 satu malam
2. DoubleTree Resort by Hilton Penang
Bermula serendah RM150 untuk satu malam (weekdays) dan RM180 satu malam (weekend)
Ads
3. Berjaya Langkawi Resort
Penginapan selama 3 hari 2 malam bermula serendah RM506 sahaja
Ads
4. The Gemalai Village, Langkawi
Penginapan 4 hari 3 malam dengan harga bermula serendah RM597. Korang juga boleh menikmati suasana bendang yang cantik dan tenang
5. Pelangi Beach Resort & Spa, Langkawi
Penginapan 3 hari 2 malam dengan harga serendah RM427 sahaja. Memang sangat berbaloi
Ads
6. Ombak Villa Langkawi
Harga asal RM2,999 untuk dua malam, namun harga promosi penginapan untuk 2 malam hanya RM588
Ha, amacam berbaloi kan?
Kalau korang memang sudah ada perancangan untuk keluar bercuti, jangan abaikan gaya hidup norma baru ya. Sentiasalah memakai mask dan hand sanitizer, serta pastikan setiap kali pulang ke bilik hotel, bersihkan diri terlebih dahulu.
Walaupun tengah syok bercuti nanti, jangan lupa jaga jarak. Hiks!
Sukar untuk sesiapa mengenepikan populariti kumpulan K-Pop, Blackpink ketika menyertai pertunjukan fesyen Spring Summer 2020, baru-baru ini.
Keempat-empat ahli Blackpink hadir solo ke empat buah show berlainan. Namun aura dan stail yang mereka bawakan cukup hebat! Cer lihat kelibat mereka di Burberry, Saint Laurent, Chanel dan Celine.
Jisoo
Burberry . London Fashion Week
Jisoo,Dua Lipa and Anwar Hadid bersama di front row? Oh yes!
Jisoo mencuri perhatian walaupun ringkas memakai jaket tartan wool dan matching miniskirt from yang dipilih olehnya sendiri hari sebelumnya di Regent Street.
Jennie
Chanel . Paris Fashion Week
Sebenarnya, penulis tak terkejut dengan kehadiran Jennie di pertunjukan Chanel. Dia telah mewakili Chanel Beauty Korea sejak tahun 2018.
Walaupun pilihan baju Jennie sedikit dipertikaikan oleh netizen kerana beranggapan dia boleh memilih stail yang lebih cantik, Jennie masih menjadi tumpuan utama bersebelahan dengan rapper, Cardi B dan Editor Vogue, Anna Wintour.
Lisa
Chanel . Paris Fashion Week
Penangan Lisa Manoban di pertunjukan Celine Paris memberikan impak hebat kepada dunia K-pop dan dunia fesyen setelah hashtag #LALISAxCelinePFW di-retweet & di-repost sekerap 3 juta kali.
Stail minimalis tetapi masih elegan yang disarung oleh Lisa juga dicuba semula oleh ramai remaja di Korea untuk beberapa hari selepas pertunjukan tersebut.
Rose
Saint Laurent. Paris Fashion Week
Rose merupakan antara selebriti Korea yang hadir ke pertunjukan fesyen dengan penuh bersedia sejak di lapangan terbang lagi.
Menyarung pakaian YSL di Lapangan Terbang Incheon, Rose dijemput ke Paris untuk menyertai nama-nama besar Hollywood. Walaupun berdepan dengan cuaca hujan, Rose masih nampak bertenaga dan berstail dalam persalinan double-breasted coat dress Saint Laurent.
Jadi, stail siapa menjadi pilihan korang?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terbaru, pelakon sensasi, Kim Soo Hyun dilaporkan bahawa beliau berdepan risiko untuk dikeluarkan dari satu acara besar yang berlangsung di Kaohsiung, Taiwan yang dijadualkan pada 19 Mac lalu.
Menurut laporan daripada media Taiwan ET Today, penampilan pelakon yang berusia 37 tahun itu dalam acara Festival Bunga Sakura Kaohsiung yang ditaja oleh Seven-Eleven berada dalam keadaan ‘bahaya’ berikutan kontroversi yang melibatkan dirinya baru-baru ini.
Difahamkan, sebelum beliau terlibat dalam kontroversi yang melibatkan mendiang pelakon Kim Sae Ron, Soo Hyun pernah terbang ke Taiwan untuk berbincang tentang kolaborasi bersama jenama tersebut.
Pada masa yang sama, Seven-Eleven turut bersedia melancarkan tiga produk edisi terhad dengan wajah pelakon drama ‘It’s Okay To Not Be Okay’ itu termasuk makanan, cawan kopi dan penutup cawan istimewa bersempena festival tersebut.
Walau bagaimanapun, menurut laporan media, segala perancangan untuk kolaborasi bersama Soo Hyun terpaksa dipertimbangkan semula dan peluang beliau untuk muncul adalah sangat nipis.
Untuk pengetahuan, acara festival bunga sakura ini merupakan acara yang paling dinantikan oleh orang ramai kerana pada tahun lalu, lebih 60,000 peminat membanjiri festival ini.
Selain itu, bagi tahun 2025 pula, acara ini dijangka akan lebih meriah kerana ia akan dihadiri oleh selebriti dari Taiwan, Jepun, Korea Selatan dan Hong Kong, termasuk Koda Kumi dan pastinya, Kim Soo Hyun sebagai selebriti utama yang akan membuat persembahan istimewa selama 40 minit pada hari terakhir festival.
Melihat pada skala acara tersebut, denda pembatalan tersebut mungkin akan mencecah kira-kira TWD30 juta iaitu lebih kurang RM4.5 juta.
Terdahulu, keluarga mendiang Kim Sae Ron mendakwa bahawa Kim Soo Hyun pernah menjalin hubungan selama enam tahun, dari 19 November 2015 hingga 7 Julai 2021 namun pihak pengurusan, Gold Medalist tampil menafikan dakwaan tersebut.
Tumpuan juga terarah kepada ‘Knock-Off’ iaitu drama terbaru Kim Soo Hyun yang bakal ditayangkan di Disney+ pada tahun 2025 membuatkan orang ramai mempersoalkan apakah ia akan menerima kesan negatif yang sama dari isu ini selain menjejaskan nama Soo Hyun sebagai salah seorang pelakon Korea paling berpengaruh?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Indiana Jones And The Dial Of Destiny menjadi sebuah filem akhir Harrison Ford dalam memainkan watak sebagai legenda ahli arkeologi dan juga pengembara.
Filem kelima ini mengisarkan perjalanan terakhir Indiana Jones yang ditemani oleh anak perempuan sahabat baiknya, iaitu Helena Shaw yang dilakonkan oleh Phoebe Waller-Bridge.
Pertengahan Perang Dunia II pada tahun 1944, Indiana Jones dan sahabat baiknya, Basil Shaw (Toby Jones) berada di Eropah. Kedua-duanya cuba menawan semula artifak yang dicuri oleh Nazi.
Bagaimanapun, yang ditemui oleh Indiana Jones yang dikenali sebagai Indy adalah artifak itu ternyata palsu. Namun begitu, terdapat satu artifak yang tulen iaitu Plat Archimedes.
Indy cuba menuntut artifak itu supaya ia tidak jatuh ke tangan penyelidik Nazi iaitu Jorgen Voller (Mads Mikkelsen).
Dua puluh lima tahun kemudian, Indiana Jones masih menjalani hidupnya sebagai tenaga pengajar di sebuah kolej dan Indy suatu hari bersara daripada jawatan mengajarnya. Pada hari persaraannya, Indy bertemu dengan Helena Shaw. Helena cuba merampas Plat daripada Archimedes Indy untuk dijual di pasaran gelap.
Bukan sahaja Helena, Voller turut masih mengejar artifak berkenaan demi cita-cita peribadinya. Voller mahu menggunakan plat untuk memperbaiki masa lalu untuk masa depan yang lebih baik.
Indiana Jones terpaksa kembali ke pengembaraan untuk menghentikan Helena dan Voller supaya tidak menyalahgunakan Plat Archimedes itu.
Menerusi karya hebat yang diarahkan dan ditulis oleh James Mangold itu, bukan sahaja pengembaran dan aksi ditampilkan, bahkan terdapat juga pelbagai unsur seperti plot yang padat dan nilai kasih sayang.
Plot padat, penuh aksi
Semestinya jalan yang cerita yang ditampilkan tidak membosankan. Malah, setiap babak dalam semua plot yang dipenuhi aksi membuatkan penonton tidak senang duduk sepanjang hampir 2 jam karya hebat ini berjalan.
Watak ‘hero veteran’ yang memukau
Siapa tidak kenal dengan si pemain karakter popular Indiana Jones ini, walau sudah berusia 80 tahun, namun lagak aksi yang ditonjolkan dalam filem ini amat membuatkan figura itu tampak segar dan sememangnya boleh digelar sebagai seorang ‘hero veteran’.
Nilai kasih sayang
Perjalanan cerita ini bukan sahaja mementingkan aksi dan pengembaraan yang menakjubkan, malahan juga dapat dilihat nilai kasih sayang yang ditonjolkan antaraIndy dan anak perempuan rakan baiknya itu iaitu Helena Shaw.
Selain itu, di penghujung jalan cerita, cintanya mula berputik kembali selepas bekas isterinya kembali kepangkuannya, selepas lebih sedekad berpisah.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Apa terjadi apabila seorang pempengaruh glamor yang bertukar viral disebabkan kontroversi tiba-tiba 'menghilang' dan pulang ke kampung? Nak dijadikan cerita pula, pempengaruh itu tidak...