Sejak berusia 11 tahun, pelakon terkenal Datin Lisa Surihani sudah mula mengorak langkahnya di dalam industri seni hiburan. Penampilan pertama beliau di layar kaca  menerusi drama Gergasi (2002) berjaya menangkap perhatian penonton sehingga kini.

ARTIKEL BERKAITAN: Kena ‘Adapt’ Dengan Generasi K-Pop, Ajai Titip Nasihat Buat Peserta Big Stage

“Sekurang-Kurangnya Perlu Ada Degree..” – Lisa Surihani Titip Nasihat Buat Bakat Baru

Meski bergiat aktif sebagai pelakon, pengacara, model dan jurucakap produk semenjak di bangkuk sekolah, insan berbakat ini sentiada mengutamakan aspek pendidikan dalam hidupnya.

Beliau yang baru-baru ini ditemui di acara larian Daia Go Aktif, sempat mengupas pandangannya berkaitan isu bakat baru yang lebih mengutamakan ‘job’ lakonan berbanding pendidikan mereka sendiri.

“Saya mula berlakon dari umur 11 tahun dan memang setiap hari akan pergi sekolah. Hanya pada hujung minggu sahaja waktu untuk kerja akan diperuntukkan,

“Kemudian bila sudah melangkah ke universiti, keutamaan masih diberikan untuk menuntut ilmu,

Ads

“Bagi Lisa, sokongan dan pengetahuan yang saya dapat dari menuntut ilmu amat membantu dalam memperbaiki cara saya bekerja sebenarnya,” jelasnya.

“Sekurang-Kurangnya Perlu Ada Degree..” – Lisa Surihani Titip Nasihat Buat Bakat Baru

Graduan ijazah sarjana muda undang-undang daripada Kolej Universiti HELP dan Universiti Aberystwyth di Wales, United Kingdom ini percaya bahawa segulung ijazah itu penting sebagai ‘backup plan’ sekiranya kerjaya seni tidak mekar.

No matter what, sekurang-kurangnya perlu ada degree. Kita perlu sedar bahawa meski ini jalan yang kita pilih, namun tak semestinya ini jalan yang ditentukan oleh-Nya,

Ads

“Jadi saya perlu mempersiapkan diri dengan sokongan lain untuk masa hadapan kelak,” komen Malaysia’s Sweetheart ini.

“Sekurang-Kurangnya Perlu Ada Degree..” – Lisa Surihani Titip Nasihat Buat Bakat Baru

Beliau yang turut prihatin dengan nasib bakat baru yang masih di bangkuk sekolah turut menitipkan nasihat agar mereka lebih bijak dalam menguruskan masa supaya karier dan pendidikan itu saling melengkapi.

Ads

“Kerana dengan ilmu inilah yang akan membantu kita untuk navigate our life. Mungkin ada sesetengah pihak yang merasakan pengalaman itu sendiri adalah ilmu. Iya, betul dan saya tidak nafikan perkara itu,

“Namun bagi saya kedua-duanya sama penting terutama bagi pelakon muda,” nasihat beliau.

BACA LAGI: Berjaya Buat David Foster ‘Annoyed’ Lalu Turun Pentas, Sissy Iman Hulur Albumnya Sebagai Tanda Minta Maaf

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

KREDIT FOTO: Instagram Lisa Surihani

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI