Sebelum ini pihak KKM telah pun memberitahu sela masa dos penggalak bagi individu yang mengambil vaksin Pfizer dan AstraZeneca adalah selepas enam bulan mendapatkan dos kedua, namun sela masa ini telah dipendekkan menjadi tiga bulan.
Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menjelaskan bukti kukuh yang terkumpul sejak tiga minggu lalu menunjukkan bahawa vaksin penggalak COVID-19 berkemungkinan meningkatkan perlindungan terhadap jangkita varian Omicron.
Hasil kajian awal membabitkan 21 juta pemberian dos penggalak yang dijalankan di United Kingdom menunjukkan data keselamatan yang amat meyakinkan.
Menurut beliau lagi, kumpulan kerja teknikal juga sudah menilai bukti sedia ada dan memberikan saranan baharu mengenai pemberian dos penggalak COVID-19 kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas dan semua individu dewasa yang menerima semua jenis vaksin.
Keberkesanan dos penggalak ini sudah terbukti di Sarawak sebagai negeri perintis apabila menunjukkan trend penurunan kes positif sejak dua bulan lalu.
Sejak Minggu Epidemiologi (ME) ke-48, jumlah kes yang dilaporkan adalah kurang dari 1,000 kes seminggu iaitu 776 kes berbanding bilangan kes pada ME ke-52 iaitu sejumlah 208 kes.
Selain itu, angka kematian yang disebabkan COVID-19 juga menunjukkan penurunan daripada 497 kes pada Oktober kepada 24 kes sehingga 28 Disember.
Individu berusia 18 tahun ke atas sudah layak menerima dos penggalak pada Januari dan Februari ini. Semoga dengan ikhtiar yang dilakukan ini dapat mengurangkan gejala jangkitan COVID-19 di negara kita.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: (1)