Surabaya mungkin bukanlah satu destinasi percutian yang popular kalau nak dibandingkan dengan Bandung atau pun Yogyakarta. Namun sebenarnya, masih ramai yang tidak tahu bahawa kota kedua terbesar di Indonesia ini mempunyai banyak tarikan tersembunyi untuk para pelancong.
Gunung Bromo antara yang sering mendapat tumpuan utama di daerah Jawa Timur ini. Memiliki ketinggian 2,329 meter di atas permukaan laut, keindahan gunung berapi ini memang tidak boleh disangkal.
Jika korang memang bermalam di perkampungan Bromo, perjalanan seawal jam 3 pagi diteruskan bagi memastikan korang tidak ketinggalan untuk menyaksikan kejadian matahari terbit.
Suasana di kaki bukit dipenuhi dengan beratus-ratus jeep yang membawa pelancong ke lokasi tersebut. Memang agak sesak, namun pengalaman ini pasti memberikan detik manis sekiranya korang pulang ke tanah air nanti. Jangan lupa pakai baju tebal tau, sebab dekat sana sejuk gila!
Selepas selesai menyaksikan keindahan matahari terbit, barulah kumpulan kami di bawa ke Gunung Bromo. Ha, time ni memang mencabar sikit. Di sana, korang mempunyai alternatif untuk menunggang kuda sehingga ke kaki Gunung Bromo.
Nak jalan kaki mengah sikit la sebab bila dah sampai ke kaki bukit tu korang perlu menaiki anak tangga pula untuk sampai ke puncak gunung berapi. Jadi, naik saja la perkhidmatan kuda yang disediakan dengan membayar upah sekitar 150 ribu rupiah.
Apa yang menariknya, sepanjang perjalanan ke Gunung Bromo tu ada juga tempat-tempat menarik yang boleh korang singgah untuk mengambil gambar kenangan. Antaranya adalah Bukit Teletubbies, padang rumput (savanah) dan Pasir Berbisik.
Ads
Semua lokasi-lokasi ni pemandangannya sumpah cantik. Dengan keadaan sekeliling yang sejuk, pendek kata percutian korang memang sangat menenangkan la. Hiks!
Selain itu, terdapat banyak lagi tempat pelancongan yang korang boleh lawati sepanjang kunjungan ke Surabaya. Antaranya adalah seperti:
Air terjun Madakaripura
Air terjun setinggi 200 meter ini merupakan yang tertinggi di Pulau Jawa dan kedua tertinggi di Indonesia. Lokasi air terjun ini agak sedikit ceruk dan oleh sebab itu korang perlu berjalan kaki sekitar 20 minit sebelum sampai ke kawasan air terjun.
Ads
Kepenatan berjalan tu hilang sebaik saja korang mendengar bunyi deruan air terjun dan melihat keindahan tempat tersebut.
Kalau nak ke sini, pastikan bawa baju hujan sebab korang akan melalui kawasan berair sepanjang air terjun Madakaripura. Bawa juga selipar siap-siap..
Taman Langit, Bukit Paragliding, Umah Kayu
Terletak pada lokasi yang sama, ketiga-tiga tempat ini mempunyai tarikan yang tersendiri. Taman Langit dan Umah Kayu adalah lokasi untuk merakamkan gambar kenangan kerana terdapat pelbagai konsep yang direka khas untuk pengunjung mengambil gambar.
Manakala, Bukit Paragliding pula sesuai untuk mereka yang suka kan aktiviti lasak. Harga untuk membuat terjunan paralayang ini jauh lebih murah jika mahu dibandingkan di negara kita. Harganya hanya sekitar 450 ribu rupiah iaitu lebih kurang RM127.
Ads
Petik Apel
Tidak perlu ke Australia jika mahu pengalaman memetik buah epal. Tapi, epal di Surabaya ini tidaklah gebu dan besar seperti epal Aussie. Bentuknya jauh kecil tapi rasanya boleh tahan juga. Manis-manis belaka.
Disini, korang boleh makan epal seberapa banyak yang mampu tanpa perlu dicaj sebab mereka hanya mengenakan caj pada harga tiket masuk. Tapi sekiranya korang ingin membawa pulang epal yang dipetik, ia akan dikira mengikut kilogram yang diambil.
Kampung Jodipan
Salah satu tarikan lain di Surabaya ialah Kampung Jodipan yang terletak di Malang. Penduduk disini mencari wang pendapatan dengan mengecat perkampungan mereka dan menjual makanan/jajan kepada pelancong yang datang. Perkampungan warna warni ini sangat cantik untuk dijadikan sebagai port ambil gambar.
Bukit Jaddih, Madura
Perjalanan ke Madura dari pekan Surabaya hanya mengambil masa kira-kira 30 minit. Alang-alang dah ada di Surabaya kan, singgah sekejap la ke bukit batu kapur. Sewaktu kami ke sana, nampaknya seperti mereka masih menambahbaik tempat ini. Jika tidak, mungkin kami berpeluang untuk melihat danau biru di Bukit Jaddih ini.
Nah, rugi kalau korang dah sampai Surabaya tapi hanya ke Gunung Bromo saja. Banyak lagi tempat yang tak sempat kami explore. Antaranya Kawah Ijen. InsyaAllah jika diberi kesempatan lagi, sudah pasti Surabaya menjadi tempat untuk dikunjungi lagi. Dan percaya atau tidak, kos selama 5 hari 4 malam ini hanyalah sekitar RM640, termasuk penginapan dan kos jeep ke Gunung Bromo.
Serious gaiss, Surabaya wajib masuk dalam travel checklist korang!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tindakan pantas Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan yang memerlukan sering mendapat perhatian dan pujian masyarakat. Mana tidaknya, jika hari ini viral kisah tentang kesusahan yang menimpa seseorang individu itu, keesokkan harinya pasti Ustaz Ebit hadir menyalurkan sumbangan. Tidak kira di ceruk mana sekali pun golongan susah itu berada, Ustaz Ebit tetap akan datang menjenguk.
Terbaru, Ustaz Ebit telah memberikan bantuan kepada pasangan adik-beradik yang kehilangan rumah mereka akibat kebakaran. Ustaz terus menziarahi mereka dan membayar kontraktor untuk mendirikan kediaman baru bagi pasangan adik-beradik itu.
Ustaz Ebit juga turut menaja sebanyak RM40,000 kepada seorang pelajar cemerlang yang tidak mampu menyambung pelajarannya ke peringkat Association of chartered certified accountants ( ACCA).
Jika mahu menyebut segala bantuan yang telah diberikan oleh Ustaz Ebit, memang terlalu banyak untuk disenaraikan. Mungkin ada yang tertanya-tanya banyak betul duit ustaz sehingga mampu memberikan bantuan kepada orang ramai.
Ha, bagi korang yang tidak tahu, berikut kami senaraikan antara perniagaan yang diusahakan oleh Ustaz Ebit menurut Majalah Labur.
1. Motivator dan seminar
Ustaz pernah bekerja bersama dengan Dato Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah dan Profesor Hamim sebagai motivator dan juga trainer. Antara yang dikendalikannya adalah program koprat teambuilding selama 4 tahun.
Selepas itu, barulah ustaz memulakan program motivasinya sendiri di bawah syarikat Transform Education & Training Sdn Bhd dengan produk yang terkenal iaitu seminar motivasi kekeluargaan Keluarga Sunnah.
Ustaz Ebit mempunyai tiga cawangan kafe Paramount Coffee House yang merupakan perniagaan keluarga. Perniagaan ini sudah bermula sejak tahun 2015 atas nama Azmy bin Ibrahim Lew.
Hari pertama ustaz membuka butiknya, jualan jubah habis semuanya. Butik ini terletak di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, Selangor dan diberi nama Elew’s Design.
Pernah menulis 9 buah buku dan kesemua bukunya itu masih laris walaupun sudah 8 tahun di pasaran. Antara buku yang dihasilkannya adalah Isteriku Bidadari, Tangisan Umat, Menulusuri Cinta, Perjalanan Hidayah Umat dan 11 Amalan Memiliki Kekayaan.
5. Rancangan Talk Show
Pernah mempunyai dua program televisyen, iaitu Door to Door Ebit Lew di Astro Oasis dan A bit With Ebit ditayangkan di TV Al Hijrah. TV program ini ditayangkan semalam dua musim dan ustaz mendapat bayaran syarikat media untuk pengiklanan.
6. Pendakwah media sosial
Facebook dan YouTube antara yang banyak memberi bayaran kepada Ustaz Ebit melalui video yang telah dimuat naik di media sosialnya. Khabarnya, melalui saluran YouTube sahaja pendapatan ustaz boleh mencecah sehingga ribuan ringgit sebulan.
Pasar raya ElewSmart menawarkan harga barangan yang murah dan menyediakan Food Bank bagi membantu golongan yang memerlukan. Sehingga kini, terdapat 21 cawangan ElewSmart termasuklah Kajang, Cyberjaya, Shah Alam, Cheras, Prima Gombak dan banyak lagi.
Maka dengan itu, tidak hairanlah jika Ustaz Ebit sering memberi bantuan kepada golongan susah. Kami percaya, sikap mulia yang ditunjukkan oleh pendakwah ini juga menjadi asbab rezeki beliau dimurahkan. Semoga kisah-kisah yang dipaparkan oleh Ustaz Ebit membuka mata individu lain untuk turut sama memberikan bantuan jika berkemampuan.
Sebuah gabungan mega di antara Astro Malaysia Holdings Bhd (Astro) dan syarikat perkhidmatan penstriman antarabangsa, Netflix nampaknya bakal terlaksana setelah kedua-dua syarikat mengumumkan pemeteraian perjanjian strategik pada hari ini.
Tidak lama lagi, pelanggan Astro boleh mengakses untuk menonton Netflix menerusi Ultrabox selepas kerjasama ini dilancarkan dan menerusi Ultibox dalam tempoh beberapa bulan akan datang.
Ini merupakan di antara ciri-ciri terbaharu yang diperkenalkan bagi mengintegrasikan perkhidmatan penstriman global di platform Astro.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Henry Tan, kerjasama ini menawarkan perkhidmatan penstriman terbaik di samping pelbagai kandungan hebat seperti naskhah ‘originals’, program ‘signatures’, tayangan acara sukan secara langsung dan filem blockbuster tempatan.
Naib Presiden Pembangunan Perniagaan APAC Netflix, Tony Zameczkowski pula berkata, Netflix menawarkan rangkuman program menarik daripada koleksi filem Hollywood seperti Army of the Dead, La Casa de Papel dari Sepanyol, Lupin dari Perancis dan K-drama seperti Vincenzo.
Kesemua drama ini kini lebih mudah ditonton oleh rakyat Malaysia yang sebelum ini tidak pernah melanggan Netflix.
Menerusi kerjasama ini, pelanggan Astro dan Netflix di Malaysia boleh menguruskan akses pembayaran yuran langganan Astro dan Netflix mereka dengan lebih mudah dalam satu bil yang sama; dengan nilai tambah yang lebih baik. Haa, lagi mudahlah kan. Tak perlu ada banyak-banyak akaun hiburan.
Dengan Astro, korang boleh menikmati kedua-dua siaran termasuklah filem dan drama-drama yang terdapat di saluran Netflix.
Aktres berbakat besar, Qistina Raisah meluahkan rasa syukur selepas berjaya memiliki sebuah kereta idaman, Toyota Yaris, dengan wang simpanannya sendiri.
Yang lebih membanggakan, pencapaian tersebut tercapai pada usia 16 tahun.
Menurut Qistina, pembelian kereta pertama ini adalah pencapaian yang amat bermakna, terutamanya kerana sepanjang perjalanan karier lakonannya, dia sering bergerak ke lokasi penggambaran menggunakan kereta Proton Exora milik ibu tersayangnya.
Namun, aktres muda ini tidak merasa malu walaupun terpaksa menggunakan kereta yang bukan dalam kategori mewah.
“10 tahun ibu bawa Exora manual ni. Ibu pernah cakap, ‘baby jangan malu tau naik Exora.’ Tapi saya tak pernah sekali pun malu saya naik Exora je sebab inilah kereta susah senang saya.
“Saya berjaya ke tahap ini dengan kereta Exora. Walaupun sekarang bukan kereta mewah tapi saya bersyukur dan saya bangga,” kongsi Qistina di hantaran terbaharu di Instagram.
Tambahnya lagi, dia turut merasa bangga kerana dapat membeli kereta tersebut sendiri pada usia muda.
Pada masa sama, Qistina turut menzahirkan penghargaan kepada kedua orang tuanya atas sokongan mereka yang tidak putus-putus.
“Umur 16 tahun saya boleh bayar kereta saya sendiri.
“Terima kasih abah permudahkan urusan Qis beli kereta. Terima kasih ibu sentiasa sokong Qis,” katanya penuh rasa syukur.
Perkongsian tersebut telah mendapat sambutan hangat di media sosial dengan lebih 27,000 tanda suka selain pelbagai kata-kata semangat daripada peminat dan rakan-rakan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Instagram Qistina Raisah
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
This is not just your regular concert, this is a celebration!Bertemakan ‘Nang Champiyen Nang Legend’, Astro bakal menggegarkan bandar Miri, Sarawak pada bulan Mei...