Ads
Home Berita “Selain Ikut Protokol, Perlu Ada Sikap Perikemanusiaan & Toleransi,” Syahdu Di Pentas...

“Selain Ikut Protokol, Perlu Ada Sikap Perikemanusiaan & Toleransi,” Syahdu Di Pentas Konvo Graduan Anugerah Naib Canselor

Ads

Majlis konvokesyen merupakan satu majlis yang terindah dan dikenang sepanjang hidup, selepas penat lelah belajar hingga bergelar graduan.

“Selain Ikut Protokol, Perlu Ada Sikap Perikemanusiaan & Toleransi,” Syahdu Di Pentas Konvo Graduan Anugerah Naib Canselor

Selepas berhempas-pulas menghabiskan pengajian dengan pelbagai cerita disebalik setiap perjalanan menggenggam transkripsi, sudah tentu mereka mahukan orang tersayang ada semasa hari kejayaan mereka.

Namun tidak semua perkara berjalan seperti yang dirancang. Perkongsian graduan  ini benar-benar  buat warganet turut berasa hiba. Seorang graduan dan penerima Anugerah Naib Canselor, Nur Ietrah Shahila Shaharum terlambat untuk menghadiri majlis istiadat konvokesyen di UiTM Segamat selepas kematian bapa saudaranya.

Kehilangan dan ketiadaan orang tersayang semasa kita meraikan hari bahagia sememangnya bukanlah sesuatu yang mudah. Baru-baru ini telah viral di laman Facebook di mana seorang graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) terlambat untuk hadir ke majlis istiadat konvokesyen kerana baru selesai menguruskan pengebumian bapa saudara.

Ads

Menerusi komen yang diperoleh daripada Facebook, rata-rata pengguna akaun media sosial itu telah menzahirkan ucapan takziah.

“Selain Ikut Protokol, Perlu Ada Sikap Perikemanusiaan & Toleransi,” Syahdu Di Pentas Konvo Graduan Anugerah Naib Canselor

Kisah terbabit kemudian dikongsikan oleh Pegawai Istiadat Konvokesyen, Kapten (B) Ujud Tabil pada hari itu telah menulis di laman Facebook miliknya dan menceritakan detik-detik ketika itu.

Ads

Pihak mereka turut ingin membantu graduan tersebut yang dikenali sebagai Nur Ietrah Shahila yang dikatakan terlambat untuk menghadiri majlis istiadat konvokesyen itu kerana masih dalam perjalanan dari Selangor ke UiTM Segamat selepas kematian bapa saudaranya.

“Tahniah team konvo UiTM Johor.”

“Selain Ikut Protokol, Perlu Ada Sikap Perikemanusiaan & Toleransi,” Syahdu Di Pentas Konvo Graduan Anugerah Naib Canselor

Sementara itu, Ujud berkata, Nur Ietrah yang sudah ketiadaan ibunya dan dijaga bapa saudaranya adalah graduan terbaik sepanjang menuntut di universiti itu.

Ads

“Setiap semester, dia menerima Anugerah Dekan kerana berjaya mencatat PMK terbaik. Walaupun kami tidak mengenalinya lebih dekat, tapi kami perlu memastikan dia naik pentas meskipun kehilangan insan tersayang,” katanya.

Menceritakan detik menyedihkan itu, Ujud berkata, semua petugas pada hari terbabit mempunyai peranan masing-masing termasuk memainkan lebih banyak lagu supaya majlis berlangsung lebih lama.

Menurutnya, majlis sepatutnya berakhir pada jam 4 petang dan ketika itu Nur Letrah Shahira dalam perjalanan ke UiTM Segamat dan sebaik dia tiba dipintu utama, kenderaan keselamatan UiTM mengiringinya hingga ke Dewan Sri Temenggong.


Apapun tahniah warga Uitm Segamat..Buat Nur Ietrah . Semoga terus sukses. Tahniah juga kepada semua Ajk istiadat konvo kerana bertoleransi dan memahami situasi graduan. Terbaik la UiTM dihatiku….

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI