Berita mengenai sindrom Ramsay Hunt ataupun wajah separuh lumpuh yang dialami oleh Justin Bieber setelah penyanyi itu sendiri mengumumkannya melalui hantaran di Instagram masih sukar untuk dipercayai oleh ramai peminat.
Ini memandangkan Justin, 28 sebelum ini dilihat sihat dan bertenaga sepanjang menjayakan persembahan konsert jelajah Justice World Tour miliknya.
Kongsi penyanyi Peaches itu pada hari Selasa, dia mulai merasa lebih baik hari demi hari biarpun mengalami ketidakselesaan pada bahagian muka. Sepanjang waktu berehat dan rawatan ini, Justin memilih jalan kerohanian untuk selalu mengingatiNya.
Begitulah hakikatnya mengenai sindrom Ramsay Hunt, ia tidak mengenali mangsanya, sama ada tua mahupun muda; miskin mahupun kaya atau terkenal mahupun orang kebiasaan.
Begitupun, tahukah korang bahawa Justin bukanlah selebriti antarabangsa pertama yang berdepan kes lumpuh pada bahagian wajah ini. Sesetengah selebriti yang REMAJA senaraikan di bawah ini mungkin tidak menghidapi sindrom Ramsay Hunt; namun implikasi fizikal dan emosi yang dialami mereka miri apa yang berlaku kepada Justin Bieber sekarang.
ARTIKEL BERKAITAN : Hailey Bieber Terus Setia Di Sisi Suami – REMAJA
Angie disahkan berdepan Bell’s Palsy pada tahun 2016 dan bergantung kepada rawatan akupuntur untuk kembali pulih.
Sebelum wajah kacak pelakon francais filem ‘Ocean’s’ ini menghiasi skrin televisyen dan pawagam, pada usia 14 tahun George pernah berdepan situasi sama seperti Angelina dan mengambil masa sembilan bulan untuk pulih sepenuhnya.
Siapa sangka, 007 juga tidak terlepas daripada kelumpuhan wajah. Beliau menghadapinya pada era 80-an dan terpaksa dirawat menggunakan steroid jenis prednisone sebelum pulih dalam tempoh beberapa minggu.
Korang perasan tak senyuman yang sedikit ke tepi pada wajah pelakon jelita ini. Ia dipercayai merupakan kesan daripada sindrom Bell’s Palsy yang pernah melumpuhkan sebahagian daripada wajah bekas isteri Tom Cruise ini.
Di antara lima selebriti yang kami senaraikan ini, pelakon Rambo ini paling awal berdepan situasi kelumpuhan wajah iaitu sejak dilahirkan lagi. Itulah sebab beliau acapkali menyebut perkataan dengan sebutan yang unik. Malah, senyuman beliau yang tidak simetri juga disebabkan sindrom Bell’s Palsy tersebut.
*
Persoalannya, adakah Justin juga bakal berdepan kesan sama seperti kebanyakan selebriti di atas; iaitu memilihi senyuman yang sedikit senget setelah kembali pulih? Hanya masa akan menentukannya.
Buat masa ini, Justin khabarnya giat melakukan rawatan senaman wajah untuk mengembalikan deria serta kedudukan asal struktur wajah. All the best
Justin, REMAJA pasti jutaan peminat di seluruh dunia mendoakan yang terbaik buat penyanyi Peaches ini.P.S : Sindrom Ramsay Hunt menyerang 5 hingga 10 individu daripada 100,000 orang di seluruh dunia pada setiap tahun.
BACA LAGI : Justin Bieber Diserang Sindrom Ramsay Hunt, Kenali Gejala & Punca Penyakit – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.