Belum sempat kita mengakhir tahun 2022, satu klip video berdurasi 16 saat telah tular di TikTok apabila ia memaparkan seorang pelancong asing yang berkelakuan biadap dan menutur kata-kata berbaur lucah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Menerusi klip yang dikongsi oleh pengguna TikTok @missssssyl, wanita yang kini digelar oleh warganet sebagai ‘Karen KLIA’ ini memiliki pasport negara Norway dan bertindak menyerang kakitangan darat secara lisan pada 25 Disember dan 26 Disember lalu.
View this post on Instagram
Menurut Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Imran Abd Rahmad dalam kenyataannya kepada media, wanita berkenaan telahpun memasuki pesawat sebelum mendakwa tertinggal barangan dan ingin keluar dari pesawat.
Bagaimanapun, dia tidak dihalang daripada berbuat sedemikian dan terus membuat kecoh. Akibatnya, dia telahpun didakwa atas kesalahan berkelakuan tidak senonoh dan didenda RM100.
*
Untuk pengetahuan korang, kelakuan tidak senonoh bukanlah satu-satunya kesalahan melibatkan denda yang sering berlaku di KLIA. Terdapat enam lagi perangai ‘popular’ dalam kalangan penumpang di sana.
Antaranya termasuklah membiarkan kereta ‘tersadai’ lama di ruangan parkir. Jika penumpang tidak menuntut kereta untuk tempoh yang terlalu lama, mereka akan dikenakan denda DAN tetap dikenakan caj parkir.
Selain tidak menuntut kereta, ada juga segelintir penumpang yang gemar memarkir di zon tunda sepanjang jalan menuju dan dari bangunan terminal. Kesalahan ini boleh dikenakan denda RM300 tau!
Satu lagi kesalahan terkenal di KLIA adalah merokok di kawasan yang tidak dibenarkan di sekitar lapangan terbang. Denda yang boleh dikenakan bernilai RM250 dan RM50 bagi pesalah bawah umur.
Akhir sekali, biarpun denda yang satu ini tidak melibatkan penumpang; namun korang percaya tak masih wujud golongan ‘ulat’ yang menawarkan perkhidmatan kereta sewa tidak berlesen di KLIA. Kesalahan berkenaan boleh mengakibatkan denda sehingga RM50,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya.
*
Jika korang masih ingat, pada tahun lalu Malaysia dikejutkan dengan tingkah laku ‘Karen Dior’ yang memaki hamun kakitangan setelah enggan memakai pelitup muka di cawangan butik Suria KLCC.
ARTIKEL BERKAITAN: “RM3,000 Je?! Double Standard Betul!” Warganet Berang ‘Karen’ Dikompaun Kurang Dari Warga B40 – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.