
Penemuan jasad pelancong, Nora Anne Quoirin sememangnya amat memilukan apatah lagi ramai yang berharap agar remaja berusia 15 tahun itu selamat kembali ke pangkuan keluarga.
Di saat ini, masih terlalu banyak spekulasi oleh orang ramai malah ramai juga ingin mengetahui apakah yang sebenarnya terjadi pada Nora sebelum ditemui.
Pun begitu, lelaki yang dikenali sebagai Ikhwan berkongsi di laman Twitternya mengenai satu lagi kes yang hampir sama dengan kes Nora melibatkan kematian pelancong asing di negara ini satu ketika dahulu.
Bagaimanapun, mangsa dalam kes tersebut iaitu Stephanie Foray, 30 tahun yang melancong seorang diri ditemui 3 bulan kemudian dan suspek pula telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati pada tahun 2016 lalu.
Apa-apapun, masih terlalu awal untuk kita menilai apa yang terjadi pada Nora, namun yang pasti sama-sama kita berdoa semoga kebenaran mengenai remaja tersebut dapat diketahui.
#QuranHour 2023 Angkat Surah Al-Insan, Raja Permaisuri Agong Berkenan Berangkat Sertai Program

Sebagai tradisi tahunan setiap kali tibanya bulan Ramadan Al-Mubarak, acara World #QuranHour sekali lagi bakal menemui semua pada hari ini 13 April 2023 bersamaan 22 Ramadan 1444H.
ARTIKEL BERKAITAN : Dua Finalis Hero Remaja Ini Kongsi Pengalaman Hafaz Al-Quran
Bersiaran secara langsung di Masiid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Pejam celik World, kempen #QuranHour anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) pada tahun ini telah memasuki edisi lapannya dengan mengangkat tema ‘Memanusiakan Ummah’ melalui agenda memanusiakan diri, keluarga, masyarakat dan negara.
Ia merujuk kepada intipati surah Al-Insan yang telah menjadi surah pilihan pada kempen gerakan membina sistem nilai melalui al-Quran dan Hadis (Thematic & Reconstruct) sepanjang tahun ini.
Pengasas WUIF, Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, ia dibuktikan apabila jumlah umat Islam yang membaca kitab suci itu meningkat dengan ketara.
“Saya kira orang baca al-Quran di Malaysia (sekarang ini) meningkat beratus peratus,” katanya ketika sidang akhbar sebaik selesai Program World #QuranHour 2023
Hussamuddin yang juga Penasihat Kumpulan Karangkraf dalam masa sama turut menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak dalam menjayakan program tahunan itu.
Raja Permaisuri Agong sertai program World #QuranHour 2023
Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini turut berkenan berangkat menyertai program World #QuranHour 2023. Seri Paduka Baginda tiba di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIAM pada jam 11.45 pagi bagi meluangkan masa mendengar bacaan Surah Al-Insan yang dipilih sebagai surah pilihan untuk edisi kali ini.
Ini merupakan kemunculan kedua Tunku Azizah yang pernah menghadiri program tersebut buat kali pertama di lokasi perdana, Studio TV AlHijrah pada 26 April tahun lalu.
Untuk pengetahuan korang, surah Al-Insan jadi panduan modal insan sejagat melalui agenda Humanising the Home, Humanising the Workplace, Humanising the Nation serta Humanising the World.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
“Lelaki Tidak Boleh Pakai…”, Aisyah Hijanah Kongsi Hukum Pakai Baju Kelawar

Baju kelawar memang selesa dipakai, dan semestinya ia sinonim sebagai salah satu pakaian wanita. Terbaru, pempengaruh media sosial, Aisyah Hijanah tampil berkongsi sedikit ilmu dan pandangannya mengenai hukum jika lelaki memakai baju kelawar.
Melalui perkongsian di Tiktok, Aisyah memaklumkan bahawa baju kelawar itu asalnya dicipta untuk golongan wanita dan ia tidak sesuai untuk digayakan oleh kaum lelaki walaupun ketika berada di rumah.

“Sekarang ini ramai lelaki yang suka pakai baju kelawar. Sebab kita lihat ibu atau kakak kita pakai baju itu nampak sangat selesa. Jadi apa sebenarnya hukum lelaki pakai baju kelawar?”
“Jika baju itu boleh dipakai oleh dua jantina berbeza, hukumnya berbeza. Tetapi dekat sini, kalau kita lihat secara umum tahu baju kelawar merupakan pakaian kaum wanita”
Katanya, meskipun itu hanya nampak seperti baju tidur ataupun seperti satu kain selembar. Baju kelawar dipakai oleh golongan wanita, maka tidak boleh dipakai oleh kaum lelaki.

“Jadi untuk lelaki di luar sana yang suka pakai baju kelawar, jangan pakai lagi selepas ini. Kerana itu memang pakaian bagi golongan wanita. Semoga bermanfaat”
Aisyah juga tampil memberi pesanan kepada kaum lelaki untuk tidak sesekali memakai baju kelawar selepas ini.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
‘The Land of Smiles’, Thailand Kini Dilanda Jerebu. Hampir 200 Ribu Orang Dimasukkan Ke Hospital

Hampir 200,000 penduduk di negara seberang, Thailand telah dimasukkan ke hospital ekoran daripada pencemaran udara atau lebih dikenali jerebu.
Ibu kota ‘The Land Of Smiles’, yang mempunyai kira-kira 11 juta orang dan salah satu destinasi pelancongan paling popular di dunia, telah dilanda jerebu beberapa hari yang lalu susulan daripada campuran asap kenderaan, pelepasan asap industri serta asap daripada pembakaran sektor pertanian.
ARTIKEL BERKAITAN: Hat Yai Jadi ‘Top 1’ Destinasi Pilihan Percutian Keluarga Malaysia, Kuala Lumpur Pula Destinasi Domestik Paling Kerap Dilawati

Menurut Kementerian Kesihatan Awam, lebih 1.3 juta orang telah jatuh sakit di bandar itu sejak awal tahun ini akibat pencemaran udara, dengan hampir 200,000 dimasukkan ke hospital minggu ini sahaja.
Selain itu, sebanyak 50 daerah di Bangkok semalam merekodkan paras tidak selamat zarah halus paling berbahaya dinamakan PM2.5, manakala kandungan pencemaran itu hari ini turut jauh melebihi garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia.
Paras PM2.5 telah melebihi had selamat untuk kebanyakan kawasan di Bangkok sejak tiga hari lalu, demikian menurut jabatan kawalan pencemaran kerajaan.
Keadaan lebih buruk di bandar utara Chiang Mai, di wilayah pertanian di mana petani membakar tunggul tanaman pada masa ini.
Wakil doktor daripada kementerian tersebut, Kriangkrai Namthaisong, semalam menggesa kanak-kanak dan wanita hamil untuk tinggal di dalam rumah selain memaklumkan sesiapa yang berada di luar perlu memakai topeng pelitup muka N95.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Pexels