Jangan tak percaya, biarpun merupakan hobi atau dilakukan secara suka-suka namun ia punya manfaat yang sangat bagus untuk kesihatan korang!
Beberapa tahun yang lepas, pakar perubatan dan kesihatan mental telah mengeluarkan kenyataan di mana terapi mewarna mempunyai banyak manfaat daripada segi psikologi terhadap orang dewasa. Aktiviti mewarna yang dahulunya dilihat khas bagi kanak-kanak kini telah muncul sebagai trend yang disukai oleh orang dewasa.
.
Berikut kami kongsikan tujuh manfaat yang boleh diperoleh melalui aktiviti mewarna bagi orang dewasa:
1. Mengalihkan perhatian daripada diri sendiri
Aktiviti mewarna berupaya untuk mengalihkan perhatian anda daripada diri sendiri. Hal ini kerana anda memberi tumpuan kepada aktiviti yang sedang anda lakukan sama seperti kesan meditasi. Daripada membiarkan diri melayan fikiran yang bukan-bukan, anda dapat fokus mewarna pelbagai corak yang kompleks selama beberapa jam.
2. Membantu menangani masalah emosi dan mental
.
Kebosanan, tekanan perasaan dan rasa tidak sistematik boleh mencetuskan masalah emosi dan mental. Ini boleh terjadi kepada mereka yang menderita penyakit OCD (Obsessive Compulsive Disorder) dan kemurungan. Masa dan perhatian yang diberikan individu kepada aktiviti mewarna mampu mengalihkan fokus mereka daripada tabiat negatif dan membolehkan mereka fokus kepada aktiviti yang lebih produktif dan selamat.
Ads
3. Menenangkan otak
.
Aktiviti mewarna boleh membantu individu yang mengalami tekanan akibat trauma (PTSD atau post traumatic stress disorder), kegelisahan dan stres kerana ia bertindak menenangkan mereka. Bahagian otak ini mengawal tindak balas ‘lawan atau lari’ (fight or flight) yang membuatkan mereka berada dalam keadaan berjaga-jaga, bimbang dan takut apabila ia aktif. Bagi mengurangkan tindak balas tersebut dan merehatkan otak, aktiviti yang menenangkan seperti mewarna sangat membantu.
4. Mewarna mengembalikan kita ke masa lalu
Aktiviti mewarna mampu mengembalikan diri anda pada memori-memori zaman kanak-kanak dahulu, di mana waktu itu anda bebas melakukan apa sahaja, tiada beban dan tanggungjawab. Di dalam fikiran hanya ingin bermain dan bergembira sahaja. Namun, apabila dewasa anda mula kenal apa itu beban dan tanggungjawab tapi dengan melakukan aktiviti mewarna, anda seolah-olah dibawa kembali ke zaman nostalgia, zaman di mana anda masih lagi bergelar kanak-kanak.
Ads
5. Manfaat intelektual
.
Sukar untuk percaya aktiviti mewarna turut mempunyai manfaat intelektual. Hal ini demikian kerana mewarna melibatkan penggunaan bahagian otak yang meningkatkan daya tumpuan dan perhatian. Ia juga membantu meningkatkan daya penyelesaian masalah dan kemahiran organisasi. Mewarna corak yang kompleks boleh mengaktifkan semua fungsi tersebut.
6. Melatih semula daya kemahiran
.
Ads
Kedua-dua hemisfera otak kiri dan kanan digunakan ketika aktiviti mewarna. Sewaktu kita memilih skim warna dan menimbang kesesuaiannya serta menggerakkan pensel warna pada kertas, ini sebenarnya mengembangkan keupayaan menyelesaikan masalah dan kemahiran motor halus (pergerakan jari dan sebagainya). Menariknya, aktiviti mewarna sangat berguna untuk terapi kerja. Semakin susah dan sukar corak yang diwarnakan, semakin banyak fungsi otak dan daya kemahiran yang dilatih.
7. Mengalihkan perhatian daripada kesakitan
.
Aktiviti mewarna boleh meningkatkan kesedaran kita dengan menggantikan pemikiran negatif kepada positif dan menyenangkan. Jika anda sedang menjalani rawatan tertentu dalam tempoh yang panjang, memberikan tumpuan kepada aktiviti ini dapat mengurangkan perasaan cemas dan tidak selesa. Anda dapat mengalihkan tumpuan anda daripada kesakitan fizikal atau emosi dengan melakukan sesuatu daripada hanya melihat.
Jelaslah di sini aktiviti mewarna tidak terhad kepada kanak-kanak sahaja malah orang dewasa juga boleh melakukan aktiviti ini bagi melepaskan segala tenaga negatif. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.
So jom la kite mewarna kembali untuk kesihatan tubuh badan kita.
Tiga pelakon popular K-movie telahpun dipilih sebagai pelakon Korea dengan perangai paling bermasalah sepanjang tahun 2022 oleh para wartawan di sana.
Carian (survey) yang diinspirasikan daripada ‘Golden Raspberry Awards’ di Amerika Syarikat ini telah dilakukan oleh portal media Sports Kyunghyang.
Ia melibatkan 34 orang wartawan industri perfileman yang akan memilih tiga orang ‘pemenang’ menerusi beberapa kategori berbeza.
Bagi kategori ‘Pelakon dengan Perangai Paling Bermasalah pada 2022’, pelakon yang popular menerusi filem Train To Busan iaitu Ma Dong-seok telahpun mendapat undian tertinggi apabila 20 daripada 34 juri memilih beliau.
Menurut mereka, Dong-seok enggan terlibat dalam mana-mana temubual bersama media sewaktu minggu promosi filem Men of Plastic pada November lalu dengan alasan jadual sibuk.
Sebaliknya, agensi yang mewakili pelakon itu akan menyediakan senarai soalan serta jawapan kepada semua rakan media. Justeru, para wartawan Korea mengkritik cara pelakon tersebut sebagai tidak profesional dan tidak menunjukkan contoh yang baik.
Menariknya, tangga kedua dan ketiga bagi kategori ‘Pelakon dengan Perangai Paling Bermasalah pada 2022’ juga bukanlah calang-calang pelakon.
Aktres Kim Tae Ri (Alienoid, Twenty-Five Twenty-One) menduduki tangga kedua dengan 11 undi manakala Nam Joo Hyuk (Twenty-Five Twenty-One, Start-Up) pula memperolehi 6 undi untuk berada di tangga ketiga.
Kim Tae Ri dikatakan tidak mengambil sesi temubual dengan wartawan secara serius apabila dilihat lebih khusyuk ‘doodle’ pada kertas; lalu dilabel sebagai seseorang yang tidak memberikan perhatian.
Nam Joo Hyuk pula dipilih akibat ketiadaannya semasa tempoh promosi filem Remember dan ia dikaitkan dengan kontroversi minum alkohol biarpun belum mencapai usia minimum untuk berbuat demikian.
Selain kategori ‘Pelakon dengan Perangai Paling Bermasalah pada 2022’ ini, dua lagi kategori yang dipertaruhkan adalah kategori ‘Filem Paling Teruk bagi 2022’ yang dimenangi oleh Serve The people dan kategori ‘Pelakon Paling Teruk bagi 2022’ yang menjadi milik Ji Ahn menerusi filem Serve The People.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahukah kamu, pada era 60-an, Isabel Myers dan ibunya, Katharine Cook Briggs telah mencipta satu kuiz yang boleh menjadi panduan untuk mengetahui keperibadian seseorang. Ada beberapa tips yang boleh mencerminkan diri kamu sama ada kamu adalah adalah seorang yang Extrovert/ Introvert, feeling / judging. Macam menarik kan? Jom cuba kuiz ni!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anugerah Meletop Era untuk edisi kelimanya pada malam ini dah nak berakhir. Agak-agak siapalah yang akan bawa pulang trofi Top Top Meletop tu?
Ada yang kata Khai Bahar memandangkan Khai sudah memenangi kategori Lagu dan Penyanyi Meletop. Kita tunggulah sama ada betul ke tak, ye dak.
Terlebih dulu, para selebriti berjalan di karpet merah AME 2018. Jom tengok siapa paling lit dan legend malam ni.
01
Nabila Razali
Cantik betul Nabila malam ini dalam persalinan Ezuwan Ismail. Pada mulanya, nampak seperti dress moden, namun bila Nabila berjalan, baru nampak ia sebenarnya versi seluar dan body con dress. Senang la sedikit nak jalan kan.
02
As’ad Motawh
Memang handsome semacam pula As’ad Motawh malam ini. Dulu rasa As’ad comel je, tapi malam ni nampak dapper dalam persalinan Meg KL, serius! Tambahan pula apabila As’ad membawa ibu sebagai peneman di karpet merah, melting hati peminat semua
03
Khai Bahar
Tahniah Khai Bahar! Sebelum tampil di atas pentas untuk menyanyikan lagu Bayang dan ketika menerima dua anugerah sebentar tadi, Khai berjalan di karpet merah dengan rekaan Hatta Dolmat yang kemas dengan aksesori tali pinggang sedondon.
04
Hannah Delisha
Hai, cantiknya lah awak Hannah. Dalam persalinan Cosry malam ini, Hannah bukan saja nampak cantik dan moden, dia juga tampil yakin di atas pentas bersama senior industri iaitu Sabri Yunus dan Maya Karin.
05
Ismail Izzani
Awak ini luar biasa lah, hehe. Ismail Izzani memilik Bak Tailor yang mereka pakaian sut ringkas namun menyakinkan ini. Selalunya kita melihat Mail dalam persalinan bomber jacket dan pakaian yang lebih kasual. Sekali pakai formal sedikit, terus nampak macho! Seperti As’ad, Mail juga membawa ibu bersama di karpet merah.
06
Sufian Suhaimi
Interesting. Sufian Suhaimi memilih tiga warna asas dan ia cukup kena dengan tema Black Tie yang dikenakan. Iyalah, nampak formal tetapi tidak terlalu serius, sesuai dengan umur Sufian.
07
Hael Husaini
Meremang lagi selepas mendengar Hael mendendangkan single terbaru, ‘Haram’ bersama Dayang Nurfaizah. Namun semasa dia di karpet merah, Hael memilih rekaan Rizman Ruzaini, Memang nampak lain daripada yang lain.
08
Alif Muhaimin & Safwan Nazri
Kalau dah namanya Black Tie, pilihan terbaik dan paling selamat tentulah untuk memakai pakaian yang formal dan klasik. Hey hey, Alif & Safwan, handsome lah malam ni.
* * * * *
So stail mana jadi kegemaran korang?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...