Kehadiran cahaya mata sulung bagi pasangan selebriti popular, Priyanka Chopra dan Nick Jonas pada 21 Januari lalu telahpun mencetuskan reaksi gembira dalam kalangan para peminat mereka berdua. Namun, sebelum berita kelahiran bayi perempuan itu, ramai yang tidak tahu bahawa pasangan sama cantik sama padan itu telah lama merancang untuk mempunyai cahaya mata menerusi ibu tumpang ataupun ‘surrogacy’.
Dari sudut agama di negara majoriti penduduk Islam seperti Malaysia, khidmat ibu tumpang ini sememangnya menimbulkan banyak persoalan dan boleh mengguris sensitiviti pihak. Namun dalam dunia selebriti di India, ia telah lama dipraktikkan oleh para pelakon di sana.
Baik Priyanka, 39 dan Nick, 29 tidak pernah cuba berdalih daripada keputusan mereka untuk mendapatkan ibu tumpang. Cumanya, mereka masih tidak berkongsi alasan sebenar di sebalik keputusan itu.
Jadi sekiranya teknik ibu tumpang ini popular di Bollywood, siapakah lagi di antara pelakon popular yang telah menggunakan teknik yang sama bagi memperolehi anak?
Shah Rukh Khan
Selepas Shah Rukh Khan dan isterinya, Gauri mempunyai sepasang anak iaitu Aryan Khan dan Suhana Khan; mereka mengambil keputusan untuk memperolehi cahaya mata ketiga menerusi teknik ibu tumpang. Pada 27 Mei 2017, AbRam Khan telah dilahirkan dalam keadaan pra-matang (sama seperti bayi Priyanka dan Nick).
Sedikit kontroversi tercetus dengan kelahiran AbRam apabila namanya menggabungkan nama Nabi Ibrahim dan tuhan Hindhu bernama Ram.
.
.
Shilpa Shetty
Jelitawan ini telah mengumumkan kelahiran anak keduanya, Samisha menerusi cara ibu tumpang pada tahun 2020.
.
.
Amir Khan
Amir Khan dan bekas isterinya, Kiran Rao telah memilih khidmat ibu tumpang setelah Kiran seringkali berdepan keguguran dan komplikasi kesihatan ketika cuba untuk hamil.
Akhirnya pada 5 Disember 2011, anak lelaki mereka Azad Rao telah dilahirkan dan Amir Khan dilaporkan berkata, kelahirannya itu telah membuatkan dirinya ‘cukup’.
.
.
Preity Zinta
Pada November 2021, Preity Zinta telah mendedahkan menerusi Instagram bahawa dia dan suami, Gene Goodenough telah dikurniakan pasangan kembar yang dinamakan Jai dan Gia menerusi ibu tumpang.
.
.
Karan Johar
Pengarah dan penerbit Bollywood popular ini telah memperolehi pasangan kembar menerusi ibu tumpang pada 7 Februari 2017. Di sebalik nama kembar ini, Yash Johar dan Roohi Johar ini juga mempunyai kisah yang menarik; di mana ia bersempena nama mendiang ayah Karan dan nama ibunya.
*
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.