Selain Puasa Sunat Asyura, Ketahui Kenapa Digalakkan Puasa Seminggu Ini

Share

Semoga bermanfaat untuk semua. Salam Maal Hijrah!

Bulan Muharram memang tidak dinafikan ianya merupakan satu bulan yang mulia. Sebaimana kita tahu, Muharram merupakan bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Selain itu, ianya bagi menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam untuk memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Mekah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.


.

Dalam pada itu, Muharam juga adalah salah satu daripada empat bulan yang dihormati dan memiliki kemuliaan di sisi Allah SWT. Jumlah bulan dalam setahun yang ditetapkan Allah SWT terdapat 12 bulan semuanya. Ia diciptakan sejak Allah SWT menciptakan langit dan bumi lagi.

Pada bulan Muharam ini juga kita disunatkan memperbanyakkan berpuasa sunat.


.

Peristiwa berpuasa sunat ini dapat dilihat bila mana Rasulullah SAW sewaktu berhijrah ke Madinah di mana Baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura. Namun bagi membezakan umat Islam dengan orang Yahudi maka Nabi mengajar kita berpuasa pada 9 Muharram atau disebut hari Tasu’a.

Ini seperti dinyatakan dalam satu hadis daripada Abu Hurairah, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baik puasa selepas puasa Ramadan adalah puasa dalam bulan Allah iaitu bulan Muharam. Sebaik-baik solat selepas solat fardu adalah solat sunat pada waktu malam.” (Sahih Muslim)

Imam An-Nawawi turut menyatakan puasa paling afdal selepas puasa Ramadan adalah berpuasa pada bulan Muharam.


.

Menurut laporan, antara hari yang dianjurkan berpuasa adalah pada hari ‘Asyura iaitu puasa hari ke-10 dalam bulan tersebut.

Bagaimanapun, dalam mazhab Shafie, ulama menyatakan sunat untuk kita berpuasa pada 9, 10 dan 11 Muharam.

Antara fadilat terbesar puasa pada 10 Muharam yang tidak sepatutnya diabaikan adalah diampunkan dosa seorang hamba itu bagi tempoh setahun yang lalu.

Di Malaysia tarikh 10 Muharam 1442 Hijrah adalah bersamaan dengan hari Sabtu 29 Ogos 2020.


.

So alang-alang itu apa kata kita berpuasa seminggu ini bermula esok, Khamis (27 Ogos 2020)

Jom berpuasa seminggu!

1. Khamis: 27 Ogos 2020
8 Muharram (Hari amalan diangkat)
[HR al-Tirmizi, no. 747]

2. Jumaat: 28 Ogos 2020
9 Muharram (Hari disunatkan puasa sebelum hari ‘Asyura)
[HR. Muslim: 1134]

3. Sabtu: 29 Ogos 2020
10 Muharram (Hari Asyura, berpuasa pada hari itu diampuni dosa 1 tahun lalu)
[HR. Ibn Majah: 1738]

4. Ahad: 30 Ogos 2020
11 Muharram (Hari dianjurkan puasa selepas hari ‘Asyura)
[HR. al-Baihaqi: 287]

5. Isnin: 31 Ogos 2020
12 Muharram (Hari amalan diangkat)
[HR al-Tirmizi, no. 747]

6. Selasa: 31 Ogos 2020
13 Muharram (Hari putih pertama: Puasa hari-hari putih, iaitu 13, 14 dan 15 hijriyah setiap bulan, ganjarannya seperti berpuasa setahun)
[HR. Abu Daud: 2449]

7. Rabu: 1 September 2020
14 Muharram (Hari putih kedua)

8. Khamis: 2 September 2020
15 Muharram (Hari putih ketiga dan hari diangkat amalan)

Sebarkanlah ini, kita tidak tahu siapa yang akan berpuasa disebabkan “sharing” dari kita, moga-moga kita diberi pahala seperti orang berpuasa juga. Semoga kedatangan tahun baru ini kita menjadi insan yang lebih baik daripada tahun sebelumnya 🙂

Wallahu’alam.

Published by
Ruziana Zainal