Bahang kehangatan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU 15) semakin terasa apabila banyak parti telah mengumumkan nama calon yang bakal bertanding pada 19 November ini.
Tambah menarik pada hari ini apabila aktivis sosial terkenal, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali Uncle Kuan a.k.a Uncle Kentang telah menawarkan diri sebagai calon bebas di Parlimen Puchong pada PRU15 nanti di bawah tiket calon bebas.
Menerusi kenyataan yang dimuat naik olehnya di platform Facebook pada hari ini, beliau mengajak masyarakat di kawasan Parlimen Puchong untuk sama-sama membawa suara rakyat yang sebenar dengan turun mengundi pada bulan November.
“Untuk orang Puchong. Yang ada undi di tangan anda di P103. Setelah sa
habat-sahabat kita ditinggalkan, kita bangkit semula.
“Kita muram, kita merajuk, kita mengalah kerana bukan sahabat kita jadi calon. Bukan orang tempatan jadi calon. Bukan mereka yang telah berkhidmat jadi calon,” catatnya yang turut menyifatkan dirinya bukanlah seorang ‘elit’ yang sukar untuk ditemui selepas ini.
“Jangan resah dan gusar. Kita masih ada seorang apek Cina yang boleh dipangkah.”
Ads
Tambah beliau lagi, orang ramai tidak perlu bimbang kerana mereka masih boleh berjumpa dengannya di mana-mana sahaja seperti sebelum ini untuk mengadu sebarang permasalahan.
Uncle Kentang yang cukup popular dalam kalangan golongan tidak berkemampuan kerana banyak melaksanakan aktiviti sukarelawan selama ini bukanlah asing dalam kempen Pilihan Raya di Malaysia. Terdahulu, beliau pernah mencuba nasib sebagai calon bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih tiga tahun lalu. Begitupun pada waktu itu, beliau tewas pada percubaan pertamanya.
Uncle Kentang dan penyokong hanya akan mengetahui siapakah lawan mereka secara rasmi sewaktu hari penamaan calon pada 5 November nanti.
Bagaimanapun mengikut rekod PRU terdahulu, Puchong merupakan kubu kuat parti DAP setelah ia ditandingi Gobind Singh Deo selama tiga penggal sejak 2008. Pada PRU-14 lalu, Gobind menang dengan majoriti 47,635 undi menewaskan Ang Chin Tat (BN-MCA) yang mendapat 12,794 undi dan Mohamad Rosharizan (PAS) dengan 10,255 undi.
*
Ads
PRU 15 kali ini juga meriah dengan kehadiran beberapa selebriti yang bakal bertanding di kawasan masing-masing.
Pelakon dan pengasas Ikatan Silaturahim Brotherhood, Azlan Sani Zawawi atau dikenali sebagai Lando dicalonkan bagi Parlimen Tanjung Karang.
Manakala, Datuk Seri Eizlan Yusof dan Dr. Ahmad Idham pula telah diumumkan sebagai calon mewakili Gerakan Tanah Air (GTA) di bawah Parti Pejuang.
Wah, makin ramai muka-muka baru bertanding untuk PRU kali ini, bukan?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Isu penarikan diri peguam yang mewakili Kementerian Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta keluarga arwah Muhammad Adib semalam ternyata membuatkan ramai mula terkeliru.
Ramai yang mengandai-andai tindakan peguam Syazlin Mansor yang menarik diri kerana adanya tekanan dari sesetengah pihak seperti dilaporkan oleh kebanyakan media sosial hari ini sebagai ada sesuatu “kerumitan” kerana prosiding inkues kematian arwah Muhammad Adib hanya berbaki dua hari lalu selepas 36 hari saksi-saksi memberikan keterangan.
Baca kenyataan penuh yang dikeluarkan oleh Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia mengenai isu ini. Ini kerana tentu ramai antara kita yang ingin tahu sebab sebenar kematian arwah Muhammad Adib selepas terlibat dengan insiden rusuhan yang berlaku di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya yang mencetuskan rusuhan di tanahair tahun lalu.
KENYATAAN AKHBAR
PERSATUAN PEGUAM-PEGUAM MUSLIM MALAYSIA
BERTARIKH 28 MEI 2019
Negara semalam dikejutkan dengan penarikan diri seorang Peguam yang mewakili Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Syazlin Mansor di dalam prosiding inkues Allahyarham Mohd Adib Kasim setelah 36 hari prosiding berlangsung dan berbaki dua hari lagi.
Dilaporkan penarikan balik tersebut dibuat kerana pihak kerajaan telahpun diwakili oleh Jabatan Peguam Negara yang menjadikan Syazlin sebagai peguam swasta bersifat kelewahan (redundant). Terdapat juga pelbagai perkara lain yang ditularkan mengundang kegelisahan awam tetapi tidak dapat disahkan.
Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) musykil sekiranya benar alasan yang dilaporkan kenapa hanya setelah 36 hari prosiding berlangsung barulah tindakan ini diambil. Prosiding tersebut pula hanya berbaki dua hari sahaja lagi. Daripada catatan prosiding inkues ini adalah amat jelas saksi-saksi dikemukakan KPKT keterangannya sangat berbeza dari keterangan diberikan saksi dikemukakan Jabatan Peguam Negara. Timbul persoalan di sini adakah Jabatan Peguam Negara mahu beberapa fakta matan kepada prosiding tersebut tidak diberi pertimbangan coroner?
Malah ditularkan juga terdapat arahan pihak tertentu mendesak Syazlin menarik diri. Jabatan Peguam Negara mesti menjelaskan perkara ini supaya kegusaran ramai tentang ketelusan prosiding ini dapat diredakan. Malah Jabatan Peguam Negara juga sehingga hari ini tidak mengesahkan beberapa orang yang diberikan jaminan mulut dibebaskan setelah direman masih berada di dalam pemantauan pihak berkuasa atau tidak.Rusuhan yang berlaku di Kuil Sri Mariamman, Subang Jaya mencetuskan suasana tidak aman di Malaysia
PPMM memahami Syazlin terpaksa menarik diri atas arahan daripada anak guamnya dan tidak boleh mengabaikan arahan tersebut. PPMM mengucapkan terima kaseh atas perkhidmatan yang diberikan bagi membawa keadilan kepada Allahyarham Mohd Adib. Namun pihak berkuasa perlu memberikan penjelasan yang tuntas berkaitan hal ini.
Pada 24 Disember 2018 Menteri KPKT Zuraida Kamarudin dilapor Bernama sebagai berkata selain memberi nasihat guaman Syazlin dilantik bagi turut membantu PDRM dan pihak pendakwaan dalam persediaan prosiding tersebut. Malah Zuraida menegaskan sekiranya terdapat perkara dianggap terlepas pandang atau perlu diberi penelitian dan sebagainya Syazlin boleh memberi pandangan dan input untuk kebaikan semua.
Namun semalam pada 27 Mei 2019 Menteri yang sama dilaporkan berkata Syazlin tidak perlu lagi mewakili mereka kerana Jabatan Peguam Negara mewakili pihak Kerajaan walaupun dahulu beliau mahukan semua perkara diambil kira.
Melalui penelitian PPMM dalam prosiding tersebut, Syazlin telah bekerja keras membawa kes beliau dan membantu koroner dengan pelbagai input dan keterangan yang tidak disentuh oleh Jabatan Peguam Negara. Inilah peranan yang dimainkan Syazlin sebagaimana yang dikehendaki Menteri KPKT melalui siaran medianya pada 24 Disember 2018 walaupun beliau kemudiannya dilaporkan berubah pendirian.Pihak polis berusaha meleraikan kekecohan di antara puluhan individu susulan daripada insiden rusuhan yang berlaku di tapak Kuil Sri Mariamman, USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya, Selangor. Foto Malaysia GazattePegawai bomba, Muhammad Adib antara yang terkorban dalam tragedi rusuhan tersebut
Peguam Negara perlu menjelaskan hal ini dengan terperinci kenapa tindakan sebegini diambil dan telus di dalam menjalankan amanah beliau. Jika benar Syazlin adalah bersifat kelewahan kenapa dari awal prosiding Syazlin dibenarkan membantu koroner di dalam prosiding tersebut.
Seperkara lagi yang perlu dijelaskan ialah segala keterangan yang diambil koroner sebelum ini dibuat secara bersumpah di dalam suatu prosiding yang sah di sisi undang-undang. Oleh yang demikian keterangan-keterangan tersebut tidak boleh dibuang begitu sahaja semata-mata kerana peguam menarik diri. Koroner mesti mengambil kira segala keterangan yang diambil walaupun peguam telah menarik diri.
Persoalan kini adakah apabila pegawai Jabatan Peguam Negara mengambil alih tugas Syazlin pegawai tersebut boleh memohon kepada koroner untuk membuang apa-apa keterangan yang telah diterima masuk oleh koroner tersebut? Implikasinya pula ia akan mengakibatkan inferens bertentangan (adverse inference) berkenaan fakta pihak pendakwaan atau mana-mana pihak berkepentingan termasuk keterangan yang telah membangkitkan secara langsung dan tidak langsung berkaitan ketiadaan kerdibiliti fakta kes pendakwaan mahupun pihak berkepentingan selain daripada kepentingan Allahyarham Mohd Adib. Adakah terdapat motif tertentu apabila tiba-tiba sahaja penukaran peguam dibuat?
Malah kita juga masih ingat di mana Peguam Negara telah memfailkan suatu affidavit yang bersetuju dengan pandangan seorang saksi yang menyatakan Allahyarham Mohd Adib meninggal dunia akibat kemalangan bertentangan dengan pandangan saksi yang menyatakan sebaliknya walhal mahkamah koroner masih lagi bersidang dan belum membuat sebarang dapatan. Hal yang demikian menzahirkan pihak Peguam Negara telah mengambil alih peranan mahkamah koroner walaupun prosiding masih belum selesai.
Perlu difahami bahawa inkues bukanlah suatu prosiding di mana ada pihak yang bertentangan atau berlawan, ada yang menang atau kalah, tujuan inkues adalah untuk mendapat tahu apa yang berlaku melalui saksi-saksi. Oleh itu jika semua fakta dan pandangan tidak dizahirkan sepenuhnya adakah matlamat inkues ini dapat dicapai?
PPMM kesal dengan tindakan tidak professional seperti ini dan keadilan mestilah dilakukan kepada Mohd Adib Kassim. Peguam Negara perlu menjelaskan sepenuhnya apa yang berlaku tanpa berselindung di sebalik kuasa yang ada pada beliau.
Dato’ Haji Zainul Rijal Abu Bakar
Presiden
Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon Bollywood, Sushant Singh Rajput telah ditemui mati di rumahnya semalam. Kenyataan polis menyebut aktor yang berusia 34 tahun itu dijumpai tergantung dirumah di Carter Road, Mumbai dan diklasifikasikan sebagai bunuh diri.
Kematian aktor ini dikatakan susulan beberapa hari selepas bekas pengurusnya, Disha Salian meninggal dunia, yang juga dipercayai membunuh diri.
Kali terakhir dilihat Sushant mengemas kini akaun instagramnya yang memiliki 11 juta pengikut, kira-kira seminggu yang lalu dengan memuat naik foto ibunya.
Berita kematiannya ini juga turut mendapat perhatian pelakon cantik Bollywood, isteri kepada Nick Jonas yang telah memuat naik foto bersama mendiang di laman instagramnya.
Sushant mula popular selepas membintangi siri televisyen Pavithra Rishta, sebelum mencipta nama sebagai bintang filem.
Antara wataknya yang paling diingati ialah sebagai bekas kapten pasukan kriket India, Mahendra Singh Dhoni, dalam filem biopik, MS Dhoni, yang juga merupakan antara filem paling berjaya pada tahun 2016.
Namun begitu, ada sebuah filem yang dibintangi oleh mendiang tidak sempat ditayangkan. Sushant juga berlakon dalam filem Dil Bechara, sebuah filem remake cinta popular The Fault In Our Stars. Filem yang menjalani penggambaran pada tahun 2018 ini masih belum ditayangkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Bagi peminat yang bakal merindui aktor ini, mungkin korang boleh menonton Dil Bechara apabila ia sudah ditayangkan nanti.
Bagai tiada kesudahan. Malah tidak juga mengambil iktibar terhadap hukuman yang pernah dijatuhkan terhadap orang lain.
Jika korang masih ingat kes yang dihadapi oleh K Ganesh, seorang pekerja kontrak yang dihukum penjara dua tahun 10 bulan dan denda RM40,000 akibat memasukkan kucing bunting ke dalam mesin basuh.
.
Namun ternyata hukuman yang dijatuhkan terhadap orang lain tidak menjadi iktibar dan terbaru, sebanyak 11 ekor kucing ditemui mati dipercayai diracun di sebuah pangsapuri di Bukit Beruntung, Rawang, petang semalam.
Posting yang dikongsikan oleh laman media sosial Facebook milik Persatuan Haiwan Malaysia ini mendapat 5.2K like dan 1.6 komen. Menurut posting ini, haiwan malang itu ditemui mati bergelimpangan akibat perbuatan kejam manusia yang tidak berhati perut.
Berikutan insiden itu, Persatuan Haiwan Malaysia, pihaknya memohon kepada saksi kejadian untuk tampil membantu menyalurkan maklumat berhubung kes itu.
Baca hantaran di fb Persatuan Haiwan Malaysia. Dan tolong sebar sehingga pelakunya tertangkap!
Menurut Presiden Persatuan Haiwan Malaysia, Arie Dwi Andika yang dilaporkan oleh Astro Awani berkata ia merupakan kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan jika pelaku berjaya dijejak, hukuman boleh dikenakan.
“Iaitu penjara minimum satu tahun sehingga maksimum tiga tahun atau denda minimum RM20,000 dan maksimum RM100,000,” jelasnya.
Malah, netizen turut terkesan dan geram dengan apa yang berlaku pada haiwan yang tidak bersalah ini. Rata-rata mendoakan si pelaku mendapat hukuman yang setimpal.
.
.
Animal Malaysia memohon saksi menghubungi persatuan itu dengan segera menerusi aplikasi WhatsApp di nombor 6011-20901097 demi keadilan buat haiwan tersebut.
Emmm…apa la salah kucing-kucing ni kan.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tarikh 8 Mac pada setiap tahun memberi makna yang cukup mendalam buat kaum hawa apabila mereka diraikan menerusi sambutan Hari Wanita Sedunia.Gadis remaja pada...